Bebas bersuara tanpa menyentuh sensitiviti agama ,kaum dan fahaman politik [Captain Mus http://www.facebook.com/captmust]
Jumlah Pelawat Captain Mus
Popular Posts
-
Kenangan yang tidak dapat dilupakan oleh seseorang adalah hari pertama bertugas , tempat pertama bekerja , gaji pertama diterima...
-
“OSIOU OH KAMANANG” [ “SIAPA BERANI MENANG (WHO DARES WIN)”. ] Bila melihat dan mendengar kawan kawan dari Bn 9 RAMD reunio...
-
Semakin hari semakin bertambah usia kita. Sekarang sudah 49 tahun depan 50. Is sekejap rasanya . Mas...
Friday, 9 December 2011
SEKADAR RENUNGAN
Kalau berjalan lihat lihatlah kiri dan kanan
……. Takut takut ada duri
Kalau berlari lihat lihatlah kebelakang
…….. takut takut ada binatang buas
Kalau baring lihat lihatlah ke atas
……... takut takut ada serangga berbisa
Kalau makan tengok tengoklah kebawah
……… takut – takut ada tulang gemulang
Kalau menangis berhentilah seketika
……. Takut takut ada yang terguris
DAN
Kalau tak lihat kiri dan kanan
Nanti disisi terkena duri berbisa
Kalau tak lihat kebelakang
Belakang dimamah” binatang buas”
Kalau tak lihat keatas
Muka di serang “ serangga berbahaya”
Kalau tak tengok kebawah
Mulut termamah tulang gemulang
Kalau tak berhenti menangis
Jiwa tersiksa hati derita
TAHNIAH - Tempat Pertama Anugerah Inovasi , Katogeri Perkhidmatan , JPV Malaysia
TAHNIAH DAN SYABAS
Anugerah Inovasi 2011 , Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia diadakan pada 8 Disember 2011 di Dewan Serbaguna , Kementerian Pertanian Dan Industeri Asas Tani Malaysia. Majlis ini di rasmikan oleh YB Datuk Chua Tee Yong , Timbalan Menteri Pertanian Dan Industeri Asas Tani Malaysia.
Sebanyak 5 katogeri dipertandingkan iaitu :
Inovasi Teknologi
Inovasi Perkhidmatan
Inovasi Industeri - produk makanan
Inovasi Industeri - produk pengeluaran
Anugerah Kecermelangan Inovasi - Ketua Pengarah Perkhidmatan Vdeterinar
Pemenang Tempat Pertama Inovasi Perkhidmatan
Syukur alhamdullilah kerana ENFORCE II yang dibangunkan oleh Kapt ( B ) Mustafa bin Dollah muncul sebagai Pemenang Tempat PERTAMA Anugerah Inovasi dalam Katogeri Perkhidmatan dengan hadiah sejumlah wang tunai , Piala Pusingan dan Sijil Penghargaan. Hadiah telah disampaikan oleh YB Datuk Chua Tee Yong , Timbalan Menteri Pertanian Dan Industeri Asas Tani Malaysia.
Piala Pusingan Dan Sijil Penghargaan
Anugerah Inovasi Perkhidmatan
" Anugerah ini diberikan kepada individu atau kumpulan dalam jabatan yang telah berjaya melaksanakan inovasi dalam bidang perkhidmatan yang disampaikan oleh jabatan. Ia bertujuan untuk memupuk budaya kreativiti dan inovasi dikalangan anggota jabatan pan hasilnya dapat meningkatkan keberkesanan penyampaian perkhidmatan kepada pelanggan"
ENFORCE II
Merupakan satu inovasi sistem penyimpanan data atau maklumat bagi tujuan "rujuk pantas" yang dibangunkan dengan menggunakan pengkalan data Microsoft Acces.
Pertandingan ini telah diadakan pada 12 Oktober 2011 di Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia.
Terima kasih kepada pihak Pengurusan Bahagian Penguatkuasa , JPV Malaysia yang telah memberi sokongan padu dalam menjayakan inovasi ini .
Kepada pemenang dalam katogeri yang lain diucapkan tahniah dan syabas.
Kepada yang menyokong usaha ini diucapkan terima kasih dan kemenangan ini membuktikan bahawa
" Kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya .... kalau tidak ada usaha manakan dapat hasilnya"
"INOVASI PEMANGKIN KESEJAHTERAAN NEGARA"
S A L A M 1 P E N G U A T K U A S A
PENGHARGAAN
Kemenangan ini adalah hasil dorongan dan sokongan pihak
pengurusan Bahagian Penguatkuasa , juga sokongan padu dari kawan kawan
di semua Bahagian Penguatkuasa Negeri / Cawangan. Kemenangan ini
merupakan hadiah istimewa kepada Bahagian Penguatkuasa JPV sempena
berakhirnya tahun 2011. Semoga kemenangan ini memberi semangat kepada
rakan rakan untuk terus berinovasi dan berideakretif.Terima kasih
kepada semua. Assalamualaikum
S A L A M 1 P E N G U A T K U A S A
Captmust: 09122011 @ 0658hrs
Sunday, 4 December 2011
Dakian Kibaran Bendera Negeri Perlis Terbesar Di Puncak Kinabalu 2003 - [ SETELAH 9 TAHUN BERLALU ]
Semangat kental pelajar yang mengikuti program ini wajar dicontohi
bagi membina kekuatan dan disiplin diri yang tinggi . Akhir nya satu perancangan diatur bagi mencapai
3 MISI.....
Program ini telah diilhamkan oleh Kapt ( B ) Mustafa Bin Dollah dan
dibantu oleh En Roslan bin Darus dengan sokongan padu dari Tuan Hj
Samsudin bin Mad Nor , Guru Besar Sekolah kebangsaan Sena , Kangar
Perlis. Setelah dipersetujuai oleh AJK PIBG yang mana Dr Suraya Sudin
merupakan YDP PIBG , perancangan rapi diatur bagi menjayakan program
yang melibatkan murid murid tahun Satu hingga tahun 6 bagi
mencipta rekod dalam Malaysia Book of Records bagi 3 misi berikut iatu Kumpulan Teramai Murid Sekolah Rendah Mendaki Gunung Kinabalu , Mengibar Bendera
Terbesar Negeri Perlis dan Pelajar Termuda Perlis Mendaki Kinabalu
Majlis Perlancaran Program pada 25 Mac 2003 oleh YAB Menteri Besar Perlis
Terima kasih kepada PIBG dan semua AJK yang telah bertungkus lumus dalam menjayakan program ini. Kepada penaja jutaan terima kasih kami hulurkan atas sumbangan ikhlas ........
Misi selama 6 hari dirangka setelah pelbagai rintangan dan dugaan khususnya semasa latihan yang melibatkan anak anak yang masih kecil dan mendaki Gunung Jerai Kedah jam 1 pagi bagi membiasakan diri dalam keadaan sebenar semasa mendaki Gunung Kinabalu.
Temubual pemberita keatas 3 perserta termuda yang mengikuti program ini . Tahniah atas semangat juang yang tinggi
Riang ria bagi menjayakan misi mencabar
Dari Lapangan Terbang KLIA menuju ke Kinabalu
Bergambar kenangan bersama semua peserta sebelum memulakan misi
Masih belum terasa penatnya. Pondok pertama , Pondok Kandis
Pondok Lowi , Pondok Ketiga dengan ketinggian 2267. 4 meter
Sambil menanti pendaki lain yang belum tiba di Pondok Mempening , perhentian keempat
Masih gagah biarpun sudah melepasi ketinggian 3052 meter
Sejuk ... suasana di Gunting Lagadan , tempat transit dan berehat sekelita sebelum meneruskan perjalan ke puncak pada awal pagi seawal jam 1.00 pagi
Perasaan seronok yang tidak terhingga bila dapat menjejaki kaki ke puncak lebih lebih lagi Muhamad Amerul Nazrin peserta termuda yang berjaya menawan puncak Kinabalu
Hamparan Bendera Negeri Perlis di dada Gunung Kinabalu . Benderaan terbesar 20 meter x 30 meter.
Setibanya di lapangan terbang Sultan Abdul Halim Kedah peserta di sambut penuh meriah...
Bukti sampainya peserta ke kemuncak. Pemandu Pendakian adalah Mr Jennus Lambayad
Peserta di anugerahkan Sijil Mendaki Gunung Kinabalu dengan ketinggian 4095.2 meter. Pemandu Pendakian Mr Maikin Yundok
LIPUTAN MELUAR AKHBAR TEMPATAN DAN AKHBAR DI SABAH
Bersama YB Dato Azmi sebaik tiba di Lapangan Terbang KLIA
KRONOLOGI PERJALANAN PROGRAM DAKIAN KIBARAN BENDERA NEGERI PERLIS TERBESAR DI PUNCAK KINABALU 2003
Program 23 Mei hingga 26 Mei 2003
Diperincikan catatan perjalanan sebagai suatu memori indah
28 Mei hingga 01 Jun 2003 - berakhir dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia ( SPM ) TV 1 pada 01 Jun 2003.
Ucapan Penghargaan
Penghargaan khusus kepada Kerajaan Negeri Perlis , Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Perlis dan PIBG Sekolah Kebangsaan Sena yang telah memberi sokongan padu dalam menjayakan program ini.
Kepada yang menjayakan program ini diucapkan tahniah dan maaf sekiranya disepanjang program ini ada yang kurang menyenangkan....
Kenangan Yang Tak Mungkin Aku Lupa ...........
Kursus Pegawai Mortar - 81 mm mortar di Pusat Latihan Darat ( PULADA) 12/1/1985 - 15/3/1985 |
Sempena Perkhawinan pada 7 April 1985 - No 1 Dress |
Majlis Makan Beradat di Wisma Perwira Bn Ke 2 Rejimen Renjer , Lt Nordin , Nora , Suzana , Lt Mustafa |
Kursus Serang Rintis di Sekolah Jurutera Tentera Darat Kluang Johor |
Latihan bersama Tentera Gurka - Latihan Orang Hutan 1988 , Bn Ke 2 Rejimen Renjer , Johor Bharu |
Lawatan Kolonel Kehormat DYMM Raja Perlis |
Bersama rakan sejawat di Bilik Gerakan Bn Ke 2 Rejimen Renjer |
Di Wisma Perwira Sekolah Jurutera Tentera Darat Kluang Johor |
Sempena Mess Night bersama pegawai Bn Ke 2 Rejimen Renjer |
Sempena Majlis Perkhawinan 7 April 1985 - No 1 Dress |
Kursus Pegawai makanan di Sek Kor Perkhidmatan , Taiping |
Saturday, 3 December 2011
Sekadar pengalaman yang tidak ternilai ….
Semakin
hari semakin bertambah usia kita. Sekarang sudah 49 tahun depan 50. Is sekejap
rasanya . Masih segar dalam ingatan
diwaktu muda dahulu. Bermula dari dalam
perut ibu , melihat dunia , merangkak , berjalan dan akhirnya beruban baru tersedar bahawa sebenarnya aku sudah
melewati usia.
Umur 18 tahun sudah meninggal kampong halaman. Mencari pengalaman
yang akhirnya aku berada disini. Bermula dengan penglibatan aku dalam tentera sebagai
Leftenan Muda tahun 1981 sehingga menamatkan perkhidmatan sebagai Kapten pada tahun 1991 membuat aku
banyak membentuk disiplin diri. Dan
disiplin itulah teras pentadbiran yang
aku terapkan dalam perlaksanaan tugas
harian.
Kini aku sebagai seorang penjawat awam..
Kini aku sebagai seorang penjawat awam..
Pengalaman
berada di Officer Cadet School , Port Dickson,
Negeri Sembilan dengan
berendam
dalam “Kolam Sarimah” , tidur di “ lubang beruang “ , di terajang
senior kedet , didera di padang kawat jam 3 atau 4 pagi . Berlari di
bawah panas terik matahari tepat jam satu . Muntah didewan makan
adalah
pengalaman indah yang tidak dapat dilupakan.
Kem Sebatang Karah , Port Dickson Negeri sembilan - Sekadar Hiasan Blog
Berada
di kubur cina tepat jam 12.00 malam semasa aku pegawai muda yang baru melapur diri di pasukan
setelah ditauliahkan , tidur atas
bumbung , bermalam atas
siling , lena di bilik air , tertidur di
mangkuk tandas , jari jemari dihentak gelas
sampai pecah berdarah , sudah
menjadi kenangan silam yang menyeronokkan sehingga aku menjadi pegawai
tentera yang tegas dan berdisiplin.
Perkhawinan
dengan isteri tersayang pada tahun 1985 membuka lebaran baru . Hidup seragai
pegawai muda secara bujang amat menyeronokkan tapi keadaan itu tidak boleh
berterusan kerana takut ianya tidak
dapat dikawal . Akhirnya aku mengambil keputusan untuk berkhawin dalam usia muda iaitu 23 tahun. Meninggalkan
isteri tersayang masa didalam tentera adalah perkara biasa. Sarat mengandung
masih ada didalam hutan sudah lumrah .
Kawasan Operasi
Operasi Gubir , Ops Indera dan apa apa
Ops lagi selama 2 ke 3 bulan sudah menjadi rutin . Tapi aku bersyukur biarpun aku
berada di hutan namun disaat saat
kelahiran semua putera puteri ku aku sempat menemani isteri semasa lahirnya putera puteriku .Syukur
Alhamdulillah.
Masih
segar ingatan aku disuatu ketika didalam hutan aku dan anggota bawahan aku
terpaksa menggali kembali sisa sisa makanan yang telah di timbus gara gara
helikopter tidak dapat menghantar makanan lebih 10 ke 14 hari atas pelbagai alasan
Cuaca buruk , heli rosak , heli tak ada dan keadaan tidak selamat adalah alasan biasa . Namun pengalaman mengatasi segalanya. Nasib baik ada yang berketurunan Iban yang pandai mencari makanan untuk hidup dihutan . Barang melintas dihadapan itulah makanan pada hari itu…Is tak sanggup nak ingat …
Makanan Tentera - Bila kehabisan makanan ditimbus pun digali kembali
Cuaca buruk , heli rosak , heli tak ada dan keadaan tidak selamat adalah alasan biasa . Namun pengalaman mengatasi segalanya. Nasib baik ada yang berketurunan Iban yang pandai mencari makanan untuk hidup dihutan . Barang melintas dihadapan itulah makanan pada hari itu…Is tak sanggup nak ingat …
Heli - pengangkut utama menghantar makanan dalam kawasan operasi
Hilangnya
seorang
anggota berpangkat sarjan dalam satu operasi dan menjalani operasi
menyelamat adalah
pengalaman amat menarik dan tidak dapat dilupakan . Setelah beberapa
hari mencari akhirnya dijumpai hanya beberapa beberapa meter dari
base
camp , di sebelah sebatang pokok besar . Jika dijerit pun dengar .
Daripada ceritanya dia nampak dan dengar orang mencarinya . Helikopter
berlegar legar diatas
kepalanya. Azan berkumandang di kem operasi dihutan. Tapi semuanya tidak
dapat
berbuat apa apa . Mulut bagaikan ditutup rapat
dan wajahnya tidak kelihatan oleh orang yang mencari. Tangan bagai
digari .Tapi
itulah , keadaan ini hanya mereka tertentu sahaja yang boleh
mentafsirkan . Dalam
hutan juga ada makhluk Allah. Cakap kena dijaga dan tingkah laku kena
diawasi . Cakap jangan
sebarang cakap. Kata orang jangan cakap lepas sahaja…… cakap ikut
terkeluar
dari mulut . Susah nanti
Gara
gara
mengacau atau menggangu dikawasan 7 kolam yang bersih dan tenang
dalam OPS GUBIR yang kononnya
dimiliki oleh makluk Allah di hutan ,
satu platun terpaksa berpindah diwaktu
malam , apabila dimaklumkan bahawa tempat itu adalah kawasan
permainan “nya” melalui mimpi seseorang . Tanpa mahu mengambil sebarang
risiko kemah dibuka
dan lokasi lain dicari. Jika dilihat pada 7 kolam kecil seolah olah ada
penjaganya , bersih dan air yang tenang. Itulah kebesaran Allah….
Kini
aku
bersyukur kerana mempunyai
anak anak yang amat aku bangga . Seorang
memperolehi Ijazah Undang Undang dari UKM , seorang lagi
tahun akhir jurusan undang undang di UiTM Shah Alam dan
yang ketiga sedang mengikuti
Asasi Undang Undang di UiTM Merbok manakala yang bongsu masih
berada di MRSM Pengkalan Chepa. Doa ku
moga anak anak aku berjaya dalam semua
bidang yang diceburi. Masa untuk aku sudah pendek namun perjalanan anak
anak ku baru bermula. Jadikan disiplin diri teras kepada kehidupan .
Terima
kasih atas pengorbanan dan sokongan padu isteri tersayang. Biar pun kadang
ketika hidup ini banyak cabaran tapi dengan berkat kesabaran serta tolak ansur
yang kotor dibersihkan , yang bengkok dibetulkan , yang retak ditampal dan yang berlubang ditimbus.Jtulah lumrah dunia ....
Sekadar
catatan…. Captmust: 031211 @ 2209hrs
Subscribe to:
Posts (Atom)