Jumlah Pelawat Captain Mus

Popular Posts

Monday 16 August 2021

KU TERUSKAN LAGI DIY KU

Memang sikap aku yang tidak boleh duduk diam. Dari memasang mozek, buat kolam ikan  dan ubahsuai ruang tamu hinggalah kepada ubahsuai ruang dapur.

Berbekalkan Awang Gugel dan Mat Tube aku belajar pelahan lahan. Biarpun lambat tapi akhirnya berjaya. Membina kabinet dapur dengan 28 pintu atas bantuan Bidadariku bukan sesuatu yang mudah. Namun berkat usaha menampakkan kejayaan. Biarpun separuh mati namun terus cekal hingga berjaya.

Sekarang hampir sekeliling ruang dapur berukuran 16 kaki x 18 kaki dipenuhi kabinet dapur hasil dari usaha sendiri. Puas dan puas... Rasanya tak nak ulang lagi membuat kabinet sebegini. Siksa dan menyiksakan lebih lebih lagi part untuk melekatkan rangka di dinding dengan menggunakan wall plug. Masyaalah siksanya



Awal mula - rangka pertama . Cubaan pertama alhamdulillah  berjaya



Setelah dipasang dinding menggunakan papan palet yang dibeli dari kedai shopee RM 3.00 sebatang kabinet tersebut menampakkan kecantiknnya , Lebih-lebih lagi apabila di cat dengan warna gelap bagi menzahirkan suasana antik ala-ala rumah dululu-dulu.



Setelah siap keseluruhanya dengan memasang cermin bantuan dari kawan-kawan untuk menyiapkan pintu


Selain kabinet gantung turut dibuat kabinet bawah bagi meletakkan barang barang yang lebih berat.

Secara keseluruhannyanya  kos dianggarkan hampir RM 2000.00  tanpa upah. Upah sendiri buat Maknanya upahnya free. Walaupun  tidak secantik tukang namun tetap  terserlah kepuasan. Puas kerana berjaya menghasilkan sesuatu yang pada awalnya agak mustahil dan hampir berputus asa, Namun semangat Agi Idup Agi Ngelaban tetap membara di jiwa ku gagahkan jua akhirnya BERJAYA.

.............................AGI IDUP AGI NGELABAN ........................


Friday 13 August 2021

TERIMA KASIH SEMUA- I LOVE U ALL


SIMPAN DISINI UNTUK KENANGAN SUATU KETIKA NANTI

Bukan penghargaan yang diminta. Bukan jasa yang dituntut. Bukan hadiah yang ditagih. Namun sebagai anak mereka tetap mahu mengenangkan jasa. Syukur atas hadiah yang diberikan. Sekurang-kurangnya boleh juga untuk menyiapkan kerja kerja pejabat semasa Work From Home. Normal baru. Gaya baru dan sentiasa jaga diri dari ancaman Covic 19.

23 Mac 2021 genap 59 tahun meminjam hidup dibumi Allah. Entah bila dijemput Ilahi belum ditentukan. Sambutan sederhana namun tetap meriah teruma dengan cucu yang comel lote tu. Satu satunya cucu aku sehingga kini. Hadiah ini tetap aku kenang hingga akhir hayat. Selepas tamat perkhidmatan awam  bolehlah pulak digunakan untuk belajar ugama melalui media sosial. Biarpun IT bukan kepakaran aku namun sekadar basic kata orang bolehlah. Asus ZenBook RM 3800.00 suatu nilai yang besar. Bukan sekadar nilai nilai wangnya namun nilai keikhlasan  serta ingatan dari anak anak dan menantu serta bidadari syurga ku yang juga  mama kepada anak anak ku. Terima kasih semua. Semoga kalian terus dimurahkan rezeki dan menjadi jutawan beriman. Doa yang selalu diminta oleh bidadari syurgaku yang juga ibu kepada anak-anak ku. Amin


Hadiah Harijadi ke 59. Laptop Asus ZenBook.💓


Budak yang paling sibuk siapa lagi kalau bukan Kyala Safrina - Cucu kesayangan Tok Abah
(Taman Bukit Mahkota, Kajang Selangor)


Simpan disini untuk kenangan suatu hari nanti


23 Mac 2020 harijadi aku yang ke 58. Seperti biasa setiap tahun anak-anak ku akan memberi hadiah . Kali ini mereka sepakat untuk menhadiahkan Tablet Huawei RM 2379.00 Terima kasih atas hadiah yang begitu bernilai ini. Mereka tahu waktu itu abahnya perlu  tablet ini bagi urusan harian. Mereka tunaikan. Namun ia bukan permintaan ku. Mereka ikhlas mungkin sebagai membalas jasa. Bukan ku minta jasa dibalas namun itu lah sikap Bidadari Syurga ku serta anak anak ku. I love u all


Hadiah harijadi ke 58 - 23 Mac 2020 ( Taman Bukit Mahkota Kajang Selangor)


23 Mac 2019 genap umur ku 57 tahun. Seperti tahun-tahun sebelumnya anak-anak dan bidadari syurgaku akan bersepakat untuk membeli hadiah sebagai  kenangan disetiap kali hari jadi. Tahun ini mereka menghadiahkan jam tangan ALBA. Suatu kenangan yang indah. Setiap masa aku pakai dan setiap kali aku  melihatnya aku akan teringat anak-anak dan bidari ku . Tarima kasih semua.👫👪


Terima kasih semua . Alhamdulillah💓💗


Friday 6 August 2021

 

DIY – ATAS USAHA SENDIRI @ DEMI SEBUAH IMPIAN

Mencari kepuasan. Ini adalah satu kepuasan. Ubahsuai Kawasan rumah menjadi lokasi santai. Kolam ikan berada di dalam rumah. Ubahsuai menjadi ruang tamu. Jadilkan air terjun. Masukan ikan khap jepun. Sambil duduk membaca quran.

KOLAM IKAN DAN AIR TERJUN DI RUANG TAMU 

Tak banyak modal digunakan . Berbekalkan keringat yang ada dengan bantuan isteri siap kawasan untuk bersantai. Suka sangat area ini. Modal hanya habis untuk membeli peralatan yang boleh digunakan untuk berulang kali. Untungkan.

KOLAM YANG PASTI MENJANJIKAN KEDAMAIAN DENGAN PENGISIAN IKAN KHAP

Penat usahlah dicerita. Memang memenatkan. Tapi kerana minat aku teruskan jua. Cantik, antic persis rekaan istana lama. Gelap dan Nampak antik. Persis kediaman dulu. 


AWAL PERMULAAN PENGUBAHSUAIAN - OTAK SEORANG VETERAN


Ikat bata mungkin tidak sekemas tukang. Plaskan dinding ala – ala kulit kayu berbekalkan carian di Mat Google. Alhamdulillah menjadi. Yang pastikan tangan pendih terkena simen usahlah dicerita. Demi kepuasan aku buatkan jua.



PERSIS RUMAH ZAMAN DULU-DULU BIARPUN BERADA DITAMAN PERUMAHAN

Cantik tempat lepak. Mozek dipasang sendiri modal kecil hasil nya bolehlah taklah secant  yang professional. Tapi rasanya dah hamper sebuah rumah aku pasang sendiri. Ada  jiran jiran gelak bila aku sambung kawasan ini. Aku pekakkan telinga. Akhirnya memreka memuji. Cantik katanya. Aku diam mengenangkan kutukannya sebelum ini. Biarlah kerana begitulah manusia.




DISINI DIJADIKAN TEMPAT MENTELAAH ALQURAN

Disini tempat untuk aku istirehat bagi menghabis sisa sisa hidup sementara menanti kematian. Disinilah tempat aku berteduh sementara dijemput Illahi. Disini tempat aku bermesra menhabiskan sisa sisa hidup yang masih berbaki. Disni tempat aku mentelaah alquran peneman aku dihari tua. Cuma adakah tempat ini dijadikan kediaman anak anak ku bila kami semua sudah tiada. Tiada dijemput yang Maha Esa. Atau  kediaman ini menjadi rumah using yang tidak berpenghuni. Semoga tidak sebegitu.



SETELAH SIAP - KERJA KERJA MENGECAT DIKAWASAN LUAR


06 OGOS 2021 @ PKP - PMN FASA I

Thursday 5 August 2021

MENJELANG 60

NORMAL BARU ...... Tidak seperti dulu. Covic 19 masih menhantui kita. tiada kesudahan. Pelbagai usaha pencegahan telah diambil oleh pihak berwajib. Namun masih belum menunjukkan tanda-tanda keredaannya. Bukan sahaja disini nuunnnn jauh disana juga demikian. Mungkin ujian dari Allah. Hanya Allah yang mengetahui. Ada yang telah lengkap vaksin termasuk aku. Tapi masih ada yang tidak mahu divaksinkan. Atas pelbagai alasan. Kadang ketika tidak faham kenapa tidak mahu divaksinkan. Biarkan, tapi tidakkah ia akan memudaratkan orang lain. Entahlah. Konsep "Kita Jaga Kita" nampaknya GAGAL diterjemahkan oleh golongan ini. Hanya mereka yang tahu. Memakai pelitup muka, keluar tanpa ditemani dan terperap didalam rumah serta tidak bisa pulang ke kampung halaman tercinta sudah menjadi biasa. Menjadi Normal Baru. Moga Allah angkatkan kejahatan COVIC19 ini supaya kita tidak terganggu untuk membuat amalan seperti biasa. Memenuhi Rumah Mu, Rumah Allah seperti dulu-dulu. Semoga doa dimakbulkan.





MENJELANG 60. Hanya beberapa bulan. Seronok untuk bebas sebebasnya. Boleh menumpukan amal ibadah, amal jariah setelah tidak lagi mempunyai tanggungjawab  yang dipikul sejak 40ntahun lalu. Satu jangka masa yang lama. Namun demi sesuap nasi aku teruskan jua hingga saat - saat akhir. Hingga aku dijemput Ilahi. Ya Allah kurnikanlah nikmat kesihatan yang berterusan semoga aku dapat berbuat ibadah padamua. MenQadhakan yang tertinggal atas kecuaian dan kejahilannaku dimasa lalu. Ampunkan dosa-dosa yang masih menebal dihati ini. Bersihkan hati ku ini semoga ibadah dan amal ku diterima.

MENJELANG 60 dan selepas 60 sudah ramai  teman teman ku telah dijemput mengadap mu Ya Allah semoga mereka bebas dari sebarang seksaan mu. Masa-masa  begini  kitab menjadi teman AlQuran menjadi kawan. Meneliti setiap ayat ayat suci yang ditinggalkan sebelum ini sekian lama. Solat berjemaah setidaknya  bersama keluarga di rumah.

Tiada yang indah selain menghabiskan waktu dan ketika bersama cucu tersayang Kyalasafrina, satu-satunya  cucu ku yang genap 2 tahun 7 Ogos 2021. Kenakalan dan keriangan mu membuat aku terlalu merindui kerenahnya setiap masa.

Genap 60 tahun aku akan meninggalkan kota yang penuh kesibukan ini untuk menabadikan diri di kampung halaman. Di Negeri Cik Siti Wan Kembang. Teratak lama yang dibeli 20 tahun yang lalu. RM 67000.00 di tahun 2013 . Rumah yang disewa kemudian menjadi milik ku. Terima kasih tuan rumah kerana sudi menjual rumah kepada ku biarpun tidak se GAH mahligai namun syukur dan cukup untuk kami berdua. Anak anak hanya balik sekali sekala. Lepaklah diruang tamu. Santailah didepan kolam ikan dan air terjunyang dibina atas kudrat sendiri. Kolam yang berada didalam rumah. Diruang tamu. Pelikkan tapi memang santai..

Disini ada segalanya. Ada tempat ibadah untuk beribadah. Hanya beberapa meter dari rumah ku. Bolehlah sekadar untuk mengabadikan diri pada Illahi. Tidak mungkin aku menetap di sini, kota yang sibuk tanpa ketenangan. Aku orang kampung tetap kembali ke kampung halaman. Birpun bukan di kampung tumpah darahku tetapi tetap di negeri tumpah darahku.

Gembira dan tidak sabar untuk menghabiskan sisa sisa hidup yang masih berbaki dengan umur yang dikatogerikan sebagai Bonus. Semoga Allah terus mengurniakan kesihatan yang baik sepanjang hayat dan dipanjangkan umur dan makbulkan doa setiap  selesai solat hajat. Aminnnn..

05 Ogos 2021 menjelang sambutan Hari Lahir cucuku Kyalasarina yang ke 2 tahun...

ABADIKAN DISINI DEMI CUCU KU TERSAYANG.TOK ABAH 
DAN TOK MAMA SAYANG KYALA

Monday 27 April 2020

22 BULAN MENANTI

Lama tidak menulis . Hampir 3 tahun. Menyepi. Mungkin kehabisan idea. Cuba untuk  menggarabkan sesuatu. Hari ini suatu tajuk yang istimewa "22 BULAN MENANTI" Apa yang di nanti.....

Setelah hampir 40 tahun berkhidmat menjelang Mac 2022 akan tiba jua masa untuk berehat. Bersara wajib. Seronok dalam perkhidmatan. Bermula dengan Pegawai Tentera berpangkat Leftenan Muda hinggalah  kepada jawatan Ketua Penolong Pengarah Penyiasatan di Sektor Awam

Januari 1981 bermula sejarah hidup apabila diterima masuk sebagai Pegawai Kedet di Sekolah Pegawai Kedet Sebatang Karah Port Dickson Negeri Sembilan. Ditauliahkan sebagai Leftenan Muda pada Nov tahun yang sama  Dan ditempatkan Di Bn Ke 2 Rejimen Renjer Kem Majidee Johor Bharu Johor.

Kerjaya sebagai Pegawai Tentera berakhir pada tahun 1992 dengan pangkat terakhir Kapten.  Untuk tempoh hampir 11 tahun  sebagai Pegawai Tentera ..Rezeki tidak pernah salah alamat. Setelah tamat perkhidmatan aku diberi peluang untuk berkhidmat di Bahagian Penguatkuasaan Veterinar sebagai Penolong Pegawai Penguatkuasa Gred N6 (Setaraf dengan KP 27  sekarang). Di tempatkan bertugas Di Jabatan Perkhidmatan Veterinar (Jabatan Perkhidmatan Haiwan  pada masa itu) Di Negeri Kelantan tempat negeri kelahiran ku.

Dari Kelantan untuk tempoh 4 tahun aku di arahkan untuk menabur khidmat bakti Di Negeri Perlis. Dari Perlis berhijrah ke Trengganu sebelum balik kembali berkhidmat di Negeri tumpah darahku. 2014 setelah beberapa tahun Di Kelantan aku ditempatkan di Negeri Pahang sebelum  destinasi terakhir sebagai Ketua Seksyen Penyiasatan di Bahagian Penguatkuasaan DVS Putrajaya.

Rezeki di sini walaupun mungkin tidak sehebat rakan rakan ku dalam tentera . Ramai diantara skot aku yang menamatkan Perkhidmatan dengan pangkat Leftenan Kolonel iaitu pangkat yang setara dengan ku sandang sekarang Gred KP 48

Tidak ramai yang berjaya lebih dari itu mungkin skim kami dalam Skim Jangka Pendek. Namun tidak kurang juga yang menamat perkhidmatan lebih awal berjaya dalam bidang masing masing yang diterokainya. Lumrah dunia ada jua yang kecundang.

Waktu menunggu memang terasa lama dari waktu berlalu. 38 tahun merasa sekejap Namun 22 bulan terasa bagai suatu beban. Namun atas semangat juangku dan sokongan rakan sejawat aku terus gembira dan bersemangat untuk terus menabur bakti. Seronok dan menyeronokkan dengan tugas hari ini semoga  tidak kecundang di pertengahan jalan.

Sekadar itu untuk mula halaman setelah membisu sekian lama. Mengisi masa terluang semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)

Captain Mus
26 April 2020 @ 1645 hrs

Wednesday 29 June 2016

ANTARA KECEMERLANGAN






ANTARA KAMI ...


1992 - SEGALANYA BERMULA DISINI

Sebelum aku terus menulis marilah sama - sama kita menghadiahkan ALFATIHAH kepada Allahyarhamah Puan Shamirah bt Mohd Ali [ Barisan depan 3 dari kiri ] dan Tn Hj Jamaludin  Darus [Belakang 2 dari kiri] yang telah dulu menemui Illahi. Moga roh mereka  di tempatkan bersama orang orang yang beriman..

Selamat menjalani sebagai orang berpencen En Haidir ( Bekas Pengarah Penguatkuasa) Mr Tan , En Mohd Shapee dan Mr Ho. Moga bahagia bersama cucu cucu tersayang.

Yang tinggal hanya kami..kamilah antara sebahagian pegawai yang terus mendokong Bahagian Penguatkuasa DVS Malaysia.  2 yang lain meninggalkan DVS sejak awal iaitu En Azman dan Pn Zaleha untuk meneruskan khidmat bakti bersama agensi lain.

Kamaruzam, Tarmizi, Basri Nizam, Hj Zainudin, Azizi, Pn Suriani, Pn Hjh Aliah, Pn Hasiah, Tarmizi  dan aku sendiri. Namun kami tidak lama . Kamaruzaman dan aku hanya tingga beberapa tahun lagi . Lebih tepat 6 tahun. Tn Hj Zainudin hanya 2 tahun  lagi. Namun yang perlu berjuang untuk menjadi orang No 1 Penguatkuasa DVS Malaysia adalah 3 pegawai berkelibar iaitu Nizam, Basri dan Mohd Tarmizi. Namun aku hanya disini. Terima Ya Allah atas kurniaan MU.

Begitu cepat masa berlalu. Sudah 24 tahun aku bersama keluarga Penguatkuasa DVS. Banyak ujian namun perlu tempuhi dengan tabah. Hidupnya amat berlainan dengan alam ketenteraan. Namun sifat ketenteraan itu terus menebal di jiwa ini. Aku tetap aku!


ANAK ANAK ADALAH ANUGERAH ALLAH YANG TIDAK TERNILAI
[ Bentuklah mereka menjadi insan berguna ]


 2003 - SEMASA BERUMUR  9 TAHUN
[ Gunung Jerai, Kedah jam 2.00 pagi )


KINI - 25 April 2016
Pemegang Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Koprat (Kepujian)
Melanjutkan pengajian Profesional
di ICSA ( Institute of Chartered Secretaries and Adminstrators ) di UITM Shah Alam
Doa ; Moga anakda berjaya dan mendapat apa yang diimpikan






Seorang anak yang gigih dan tidak putus asa. Belajar tanpa rasa jemu. Syukur atas kejayaan anak ketiga. Tahniah kepada anak ku Muhamad Shameerul Aiddin bin Mustafa.

Moga anak bongsu Muhamad Ameerul Nazren yang  berada di tahun akhir dalam Jurusan Sains Politik di UKM  menamatkan pengajian dengan jayanya dan berjaya dalam cita cita. Abah, mama, kakak dan baby begitu bangga  dan terus  mendoakan kejayaan kalian. Terima kasih Ya Allah yang mempermudahkan segalanya. Amin...

.. PADA MU AKU BERDOA..

Saturday 18 January 2014

DIA SEORANG PEGUAMBELA PEGUAMCARA

Hari ini 16 Januari 2014 secara resmi anak ku diterima masuk sebagai Penguambela Peguamcara dihadapan YA Datuk Azman  Hakim Mahkamah Tinggi Kota Bharu setelah menamatkan Latihan Dalam Kamar  [Chambering] selama 9 bulan di Tetuan Harun  & Sukri. Terima kasih kepada YBhg Datuk Sukri yang sudi membimbing Nur Ajeerah hingga tamat Latihan Dalam Kamar. Terima kasih YBhg Datuk.


.....Bersama rakan  dihadapan Mahkamah Tinggi Kota Bharu Kelantan....




..... Dalam Mahkamah Tinggi Kelantan....

Tentulah orang yang paling gembia adalah aku dan  isteriku Suzanariah yang telah banyak berkorban segalanya demi memastikan anakku mencapai impian. Tahniah puteriku Nur Ajeerah ...

Monday 5 August 2013

ALBUM DAN KENANGAN


Kenangan semasa operasi di Keroh Perak bersama Lt Muda Zaharin
( Kini Mejar - tahniah )

Kenangan Kursus Induksi di Intan Kluang 


Kursus Induksi di IPV Cheras
Alfatihah
 kepada Puan Samirah bt Mohd Ali yang terlebih dahulu meninggalkan kita


Kursus Pegawai Pendakwa di Maktab Polis Kuala Kubu Bharu ( KKB)



Mesyuarat Tahunan Penguatkuasa di Bagalalang


Umrah Pertama 2008
Mustafa  dan Suzana

Dihadapan Makam Para Suhada

26 Mei 2003
Rekod Bendera Negeri Perlis Terbesar dan Pelajar Sekolah Rendah Teramai mendaki Gunung Kinabalu
Sekolah Kebangsaan Sena dan Sekolah Kebangsaan Seri Perlis.
Bertindak sebagai Penasihat Teknikal 
Tercatat dalam Buku Malaysia Books of Record 2003


Persiapan latihan pelajar ketika mendaki puncak Gunung Jerai jam 0100 pagi
Bersama Muhamad Shameerul Aidin  dan Muhamad Ameerul Nazren



Kaki Gunung Kinabalu 2003 - sebelum memulakan pendakian
peserta termasuk pengiring dan ibu bapa



Konvokesyen UITM - Nur Ajeerah bt Mustafa
Ijazah Sarjana Muda Undang Undang
pada 12- 20 Mei 2012



Kenangan Perkhawinan 03 April 1985 
Di Kg Tok Siak , Johor Bharu , Johor
Mustafa dan Suzana

Setelah ditauliahkan sebagai Leftenan Muda
di tempatkan di Bn Kedua Rejimen Renjer Diraja
Kem Majidee , Johor Bharu , Johor
Nov 1981

Nanti akan disambung kembali dengan album kenangan yang lebih menarik 
AGI IDUP AGI NGELABAN
OH SHIO OH KAMANANG

Wednesday 24 July 2013

MELAYAN KERENAH ANAK ANAK BUAH ....


MELAYAN KERENAK ANAK BUAH
(Dari Tentera kepada Orang Awam)



Dalam usia   separuh abad rasanya sudah penat melayan kerenah " anak anak buah " di pejabat. Perkhidmatan  dalam kerajaan sejak tahun 1981 banyak pengalaman yang tidak ternilai terutama peal  perangai  anak anak buah dibawah  penyelian kita..


Bila tua ... hanya komputer menjadi teman ? ... atau  masjid menjadi rakan

Masa dalam tentera keadaan seperti ini tidak pernah wujud. Semua  mengikut arah , berdisiplin dan apa saja yang ditugaskan  akan disiapkan mengikut waktu yang diperlukan. Bukan kerana mereka mereka ini  mengikut arahan membuta tuli tapi mengikut arahan  dengan penuh disiplin  dan hasilnya kerja  yang dilakukan dapat disiapkan dalam tempoh yang diberikan..


Tiada magic power yang ada disiplin diri kita adakah kita seorang yang berdisiplin 
atau pelanggar disiplin

Dalam perkhidmatan awam alahai ...... kerenah dan  putar alam sering menjadi alasan. Target date yang diberikan sering terbabas . Kata mnereka menyusahkan. Betulkan susah , benarkan ianya satu kengkangan . Jawapannya  adalah itu semua alasan untuk tidak mengikut arahan. Nasib baik  masih ada penilaian prestasi tahunan boleh diterjemahkan dalan penilaian tersebtu kalau tidak  tiada lagi sebarang kawalan . Dan yang pening kepada adalah yang bergelar ketua pejabat , ketua bahagian , ketua jabatan.


Dimana anda sebenarnya
Kenapa  mereka tidak dapat menyiapkan tugas yang diberikan , kenapa mereka tidak boleh melakukan kerja yang diarahkan , mengapa mereka mengambil mudah tentang arahan yang diberi , mengapa  mereka ikut suka hati untuk buat atau tidak dan mengapa mereka  ambil tidak peduli... semua itu kerana tiada disiplin dan tiada jatidiri bekerja. Kerja makan gaji  dah ada  gaji  wat apa nak kerja .. Alahai kawan . Cuba kerja sendiri .. tidak kerja tidak masuk duit.


Kalau tidak dapat disiplinkan diri kerja sendir dan buka pejabat sendiri baru bebas

Bersyukurlah apa yang kita ada ketika ini. Bersyukurlah dengan rezeki yang  Allah kurniakan kepada kita. Biarpun rezeki itu sebagai pekerja am , pemandu atau apa apa jawatan. Yang penting keilhlasan dan kesyukuran diatas rezeki yang diberikan kepada kita


Bila tak ada kerja terpaksa mengiklankan diri mencari kerja. 
Sudah ada kerja tidak pul;ak nak buat kerja


Kalau tugas yang diberikan tidak beres , tidak siap dan tidak menepati apa yang diperlukan   cuba nasihat  jika nasihat tidak  jalan juga  terpulanglah tapi catitan   hendaklah dibuat dan disimpan dimana mana kerana akhir tahun bila markah yang diberikan dirasakan tidak mencukupi oleh  mereka baru mereka sedar bahawa sasaran  yang ditetapkan tidak tercapai , tugas yang diberikan tidak beres dan arakan yang disampaikan tidak diambil kisah. Jangan salahkan ketua  lihat dahulu siapa kita . Banyak sangatkah sumbangan kita dalam perkhidmatan awam. Kalau tidak berada di pejabat yang tidak berapa banyak tugas kita patut bersyukur dengan  yang lain berpanas terik di bawah matahari demi sesuap nasi..



Bila ditegur termenung lepas tu semua lupa  dan balik seperti biasa

Relex ?.. memang boleh relex . Tiada siapa yang larang tetapi relex selepas semua kerja beres . Semua tugas selesai dan semua yang diarahkan dilaksanakan dengan sempurna. Kalau relex tapi kerja tak jalan  atau  tugas tak beres apa maknanya kerajaan membawar gaji beribu ribu sebulan. Cuba pergi kerja diluar sana senangkah untuk mendapat RM1000.00 sebulan berbanding dengan kerja gomen yang  banyak memonteng tu.

Sedih bila amanah yang diberikan tidak dilaksanakan mengikut kehendak ketua atau kehendak perkhidmatan. Malang sekali  tugas yang diberikan  diabaikan sepanjang ketika . Alasan sering mendatang . MC menjadi amalan dan hilang waktu kerja macam sudah menjadi terbiasa serta rumah menjadi pejabat kedua . Datang punch card hilang tanpa kesan. Telefon off . Kalau  on pun  hanya kawan kawan  rapat sahaja yang tahu nombor sulit. Tapi kalau terbujur dijalan raya  siapa yang susah. Keluar tanpa izin  , tanpa pengetahuan ketua atau tanpa kebenaran mana mana pihak . Takut nak bagi tahu kerana dan biasa memonteng.

Cuba renung.... adakah  ketua sahaja yang salah atau siapa?

Saya telah melalui banyak pengalaman samada dalam tentera atau dalam perkhidmatan awam. Secara peribadi pengurusan kakitangan dalam tentera  lebih baik dari pengurusan kakitangan didalam perkhidmatan awam. Tapi apa boleh buat kerana semua orang tidak ambil hal . Takut hilang kawan. Takut nak tegur takut tidak boleh minta toilong. Takut nak arah  nanti orang benci. Apakah jadah ini semua. ( Pinjam kata kata Wan Kamarudin NTV 7 suatu ketika dulu )

Buatlah pilihan yang betul   atau betul betul buat pilihan


Bekerja dalam waktu yang ditetapkan namun kita adalah kawan rapat dekala tamat waktu bekerja . Arahan selagi menepati kehendak perkhidmatan wajib diikut . Usahlah kita tunjuk kedegilan kita kerana kita juga tidak tahu   kerana kita tidak dapat membaca "kedegilan" seorang ketua. Jika ketua memberi teguran dengar lah secara berhemah . Hendak guna atau tidak teguran itu terpulanglah kerana  kita tahu  siapa diri kita sendiri.

Fikir Fikirkan lah sampai bila kita nak hidup didunia ini


Selamat berpuasa. Maaf zahir dan batin
Wassalam
24 Jul 2013