MELAYAN KERENAK ANAK BUAH
(Dari Tentera kepada Orang Awam)
Dalam usia separuh abad rasanya sudah penat melayan kerenah " anak anak buah " di pejabat. Perkhidmatan dalam kerajaan sejak tahun 1981 banyak pengalaman yang tidak ternilai terutama peal perangai anak anak buah dibawah penyelian kita..
Bila tua ... hanya komputer menjadi teman ? ... atau masjid menjadi rakan
Masa dalam tentera keadaan seperti ini tidak pernah wujud. Semua mengikut arah , berdisiplin dan apa saja yang ditugaskan akan disiapkan mengikut waktu yang diperlukan. Bukan kerana mereka mereka ini mengikut arahan membuta tuli tapi mengikut arahan dengan penuh disiplin dan hasilnya kerja yang dilakukan dapat disiapkan dalam tempoh yang diberikan..
Tiada magic power yang ada disiplin diri kita adakah kita seorang yang berdisiplin
atau pelanggar disiplin
Dalam perkhidmatan awam alahai ...... kerenah dan putar alam sering menjadi alasan. Target date yang diberikan sering terbabas . Kata mnereka menyusahkan. Betulkan susah , benarkan ianya satu kengkangan . Jawapannya adalah itu semua alasan untuk tidak mengikut arahan. Nasib baik masih ada penilaian prestasi tahunan boleh diterjemahkan dalan penilaian tersebtu kalau tidak tiada lagi sebarang kawalan . Dan yang pening kepada adalah yang bergelar ketua pejabat , ketua bahagian , ketua jabatan.
Dimana anda sebenarnya
Kenapa mereka tidak dapat menyiapkan tugas yang diberikan , kenapa mereka tidak boleh melakukan kerja yang diarahkan , mengapa mereka mengambil mudah tentang arahan yang diberi , mengapa mereka ikut suka hati untuk buat atau tidak dan mengapa mereka ambil tidak peduli... semua itu kerana tiada disiplin dan tiada jatidiri bekerja. Kerja makan gaji dah ada gaji wat apa nak kerja .. Alahai kawan . Cuba kerja sendiri .. tidak kerja tidak masuk duit.
Kalau tidak dapat disiplinkan diri kerja sendir dan buka pejabat sendiri baru bebas
Bersyukurlah apa yang kita ada ketika ini. Bersyukurlah dengan rezeki yang Allah kurniakan kepada kita. Biarpun rezeki itu sebagai pekerja am , pemandu atau apa apa jawatan. Yang penting keilhlasan dan kesyukuran diatas rezeki yang diberikan kepada kita
Bila tak ada kerja terpaksa mengiklankan diri mencari kerja.
Sudah ada kerja tidak pul;ak nak buat kerja
Kalau tugas yang diberikan tidak beres , tidak siap dan tidak menepati apa yang diperlukan cuba nasihat jika nasihat tidak jalan juga terpulanglah tapi catitan hendaklah dibuat dan disimpan dimana mana kerana akhir tahun bila markah yang diberikan dirasakan tidak mencukupi oleh mereka baru mereka sedar bahawa sasaran yang ditetapkan tidak tercapai , tugas yang diberikan tidak beres dan arakan yang disampaikan tidak diambil kisah. Jangan salahkan ketua lihat dahulu siapa kita . Banyak sangatkah sumbangan kita dalam perkhidmatan awam. Kalau tidak berada di pejabat yang tidak berapa banyak tugas kita patut bersyukur dengan yang lain berpanas terik di bawah matahari demi sesuap nasi..
Bila ditegur termenung lepas tu semua lupa dan balik seperti biasa
Relex ?.. memang boleh relex . Tiada siapa yang larang tetapi relex selepas semua kerja beres . Semua tugas selesai dan semua yang diarahkan dilaksanakan dengan sempurna. Kalau relex tapi kerja tak jalan atau tugas tak beres apa maknanya kerajaan membawar gaji beribu ribu sebulan. Cuba pergi kerja diluar sana senangkah untuk mendapat RM1000.00 sebulan berbanding dengan kerja gomen yang banyak memonteng tu.
Sedih bila amanah yang diberikan tidak dilaksanakan mengikut kehendak ketua atau kehendak perkhidmatan. Malang sekali tugas yang diberikan diabaikan sepanjang ketika . Alasan sering mendatang . MC menjadi amalan dan hilang waktu kerja macam sudah menjadi terbiasa serta rumah menjadi pejabat kedua . Datang punch card hilang tanpa kesan. Telefon off . Kalau on pun hanya kawan kawan rapat sahaja yang tahu nombor sulit. Tapi kalau terbujur dijalan raya siapa yang susah. Keluar tanpa izin , tanpa pengetahuan ketua atau tanpa kebenaran mana mana pihak . Takut nak bagi tahu kerana dan biasa memonteng.
Cuba renung.... adakah ketua sahaja yang salah atau siapa?
Saya telah melalui banyak pengalaman samada dalam tentera atau dalam perkhidmatan awam. Secara peribadi pengurusan kakitangan dalam tentera lebih baik dari pengurusan kakitangan didalam perkhidmatan awam. Tapi apa boleh buat kerana semua orang tidak ambil hal . Takut hilang kawan. Takut nak tegur takut tidak boleh minta toilong. Takut nak arah nanti orang benci. Apakah jadah ini semua. ( Pinjam kata kata Wan Kamarudin NTV 7 suatu ketika dulu )
Buatlah pilihan yang betul atau betul betul buat pilihan
Bekerja dalam waktu yang ditetapkan namun kita adalah kawan rapat dekala tamat waktu bekerja . Arahan selagi menepati kehendak perkhidmatan wajib diikut . Usahlah kita tunjuk kedegilan kita kerana kita juga tidak tahu kerana kita tidak dapat membaca "kedegilan" seorang ketua. Jika ketua memberi teguran dengar lah secara berhemah . Hendak guna atau tidak teguran itu terpulanglah kerana kita tahu siapa diri kita sendiri.
Fikir Fikirkan lah sampai bila kita nak hidup didunia ini
Selamat berpuasa. Maaf zahir dan batin
Wassalam
24 Jul 2013
No comments:
Post a Comment