Jumlah Pelawat Captain Mus

Popular Posts

Thursday, 4 July 2013

LAWATAN KERJA KE SABAH NEGERI BAWAH BAYU 24 JUN HINGGA 27 JUN 2013


AK 6431 0800hrs dari KB ke LCCT  bersama 11 yang lain. Tiba di LCCT pada 24 Jun 2013 - 0900 hrs 3 jam memenghabisksn masa sambil pekena nasi padang  bersama nescafe tarik RM 9.50 tak la mahal sangat.



Lapangan terbang LCCT Sepang.. 
Dari kiri : Dr Suratan , Tn Hj Rahim , Kapt ( B ) MUstafa dan Tn Hj Nazri Chik


1100 hrs boarding berlepas ke Kota Kinabalu dengan penerbangan AK 5102 . Berlepas 1200 hrs tiba di Terminal 2 Lapangan Terbang Kota Kinabalu 1430 hrs setelah 2 jam 30 minit dengan ketinggian penerbangan antara 30000 kaki hingga 37000 kaki dalam cuaca baik.




Setibanya di LTAKK , Kota Kibabalu Sabah  lebih kurang  1500 hrs

Setiba di Lapangan Terbang Kota Kinabalu dijemput dengan 2 buah kenderaan Jabatan Perkhidmatan Haiwan Dan Perusahaan Ternak Sabah (JPHPT). Dalam perjalanan ke hotel singgah makan di Restoran Sri Sembilan Kota Kinabalu. Menikmati nasi goreng .Meneruskan perjalanan ke tempat penginapan di Hotel Prominade Kota Kinabalu. Boleh tahan hotelnya...



Hotel Promenade Kota Kinabalu



Bersiap  untuk lawatan  : Tn Hj Nazri , Kapt ( B ) Mustafa , Pok Yie , Cik Zairani  , Dr Nornatasha


Untuk kenangan



25 Jun 2013 lawatan ke  Taman Ternakan Sembrang , Keningau Sabah dan berhenti solat di Masjid IPGA Keningau




 Pintu masuk Taman Ternakan Semberang Keningau


Bergaya bersama Tn Hj Nazri Chik  di kuda batu  TTS Keningau


Perah Zairani jangan tak perah .. tapi hanya Lembu Batu .Tersenyum kawan kita nampak Zairani memerah susu lembu






Bersama Dato Yap seorang usahawan ternak yang berjaya di Sabah. Terima kasih kepada Dato yang menyediakan makan  sepanjang di Keningau. Terima kasih juga atas jamuan makan maklam di rumah Dato. Terima kasih daun keladi kalau pergi jempulah lagi..


Lembu susu yang berjaya diternak dengan baik , gemuk dan cukup membanggakan. Kenapa orang lain tidak boleh lakukan termasuk jabatan jabatan yang terlibat ...




Minum susu segar di Pejabat Dato Yap

26 Jun 13  melawat ke Rumah Terbalik... Tiketnya RM 10.00 tapi  hendak ambil gambar galam rumah tidak dibenarkan. Bukan ada apa pun  semua benda diterbalikkan tak ada lah istimewa sangat. Rumah terbalik tidak mengapa asalkan jangan otak dan kepada terbalik...




Hai rumah pun   diterbalikkan .. silap silap runtuh rasanya bukan kuat mana pun.. Senang  cari duit kan


Di atas banjaran Croker , Tempat tertinggi dalam perjalanan dari Kota Belut ke Kaki Gunung Kinabalu ..





Lawatan dan Kunjung Hormat  ke Pejabat Veterinar  Kundasang





Lawatan ke   Ladang Desa Ternak Kundasang . Cantik tempatnya . Satu  Projek Agro yang berjaya. Ramai pelawat tempatan  kesana

Dihadapan Desa Cattle Livestock Bhd Keningau Sabah.


Melawat tempat jualan sayur segar di tepi jalan Kundasang bersama Nik Zakaria dan Pok Yie



Indah sungguh ciptaan Allah. Nun jauh disana tersergam indah Gunung Kinabalu. Gunung Tertinggi di Asia Tenggara . Telah 4 kali aku kerabat puncak tertinggi ini. Alhamdullilah ... Insyaalah Mac 2014 aku akan kerabat untuk kali kelima.


Peta laluan dari Tempohon Gate ( Tempat Mula ) ke Puncak Kinabalu  lebih kurang 8 km... Satu cabaran

 


Berehat ... konon konon yang dua tu nak panjang tapi sampai 0.5 km pun dah tak larat.. Bersama Pok Yie dan Dr Nornatasha

 


Jambatan Tamparuli...

 Kenangan semasa aku menjalani Kurus Tempur Pegawai Muda di Kem Paradise Kota Belut. Sampaiu di sini jurulati  mengatakan bahawa jambatan  di bom oleh pasukan musuh. Kenderaan tidak boleh lalu, Semua bakal siuswa terpaksa berjalan kaki  hari pertama sampai ke Kota Belut untuk jarak sejauh 37 km melalu jalan bukit. Aduih penahnya tapi itu satu kenangan yang amat manis dan membanggakan aku. Membentuk semangat kental dan semangat jatidiri.



Lirik Lagu Jambatan Tamparuli


Jambatan doh Tamparuli
Bakasut tinggi oku

Sumunsui doh jambatan
Jambatan doh Tamparuli
Pak pak kang ku doh
Bakasut tinggi oku

Silaka nodi kasutku
Naratu lo jambatan
Tinggal poh doh sutakin
Nowid ku di numuli

Ontok di hari 3
Tamu lo Tamparuli
Mingusuk poh hilo kadai
Mogihum doh kasut tinggi

Sebelum berlepas balik  sempat melawat Rumah Sembelih  di Kinarut.  Bersama En Bakar  ( kiri sekali )  dan rombongan dari DVS Johor.


Selamat tinggal Kota Kinabalu. Suatu kenangan indah yang tidak dapat dilupakan. Kepada penganjur di bawah Jawatankuasa Keselamatan  dan Kesihatan Pekerjaan diucapkan jutaan terima kasih.


No comments:

Post a Comment