Jumlah Pelawat Captain Mus

Popular Posts

Friday, 23 September 2011

Indah kah melalui hari hari selepas bersara….

Image result for kenangan indah


Kenangan yang tidak dapat dilupakan oleh seseorang   adalah hari pertama bertugas , tempat pertama bekerja , gaji pertama diterima dan kawan pertama yang dikenali ditempat bekerja. Mungkin itu 35 tahun , 30 tahun atau 25 tahun sebelum bersara. Pencen diumur 50 atau 55  dan kini 56 atau 58 meninggalkan kenangan yang amat indah. Semua orang mempunyai pengalaman pahit dan pengalaman yang menarik.Dari gaji beberapa ratus sebulan kepada gaji beribu ribu sebulan . Ditambah dengan bonus  atau apa apa  hadiah yang diberikan oleh kerajaan.

Image result for sudah tua
DAH TUA - MASIH ADA PENCEN

Cuba renungkan  nun jauh kebelakang . Ingat peristiwa dan dan kenangan  sebelum pencen atau bersara. Sudah tentu menarik kadang ketika tergelak seorang diri apa tidaknya mungkin ada masanya  ponteng kerja  dengan pelbagai alasan. Masing masing ada cerita menarik. Masa hadir  temuduga tanya boleh kerja di ulu , di hilir ,  nun  jauh dipendalaman semuanya ok . Bila dah dapat kerja,  hari pertama dah mula cari kabel  nak duduk kat bandar  , nak dekat dengan keluarga  , orang tua tidak sihat , tak nak susah diri . Macam macam alasan direka , dicipta janji  tak kena bertugas nun jauh dipendalaman. Biar duduk berhampiran kampung halaman dari hari pertama lapur diri hingga hari terakhir. Maksudnya hari bersara. 

Image result for kereta mewah
 KERETA MEWAH 

Mula – mula bekerja  naik basikal , beli motor kemudian  proton saga,  hai bila dah meningkat naik tinggal proton saga mulalah indam  kereta mewah. Kira duit gaji tak berapa nak lepas tapi  tak apa janji dapat  pakai kereta mewah. Bila pencen  kereta mewah parking bawah pokok  , minum  nescafe tarik kedai mamak dari pagi sampai petang  . Puas kehulu kehilir,  nak kerja dah tak berapa minat kononnya sudah puas  bekerja . 30 tahun sudah. Last last duduk  saja di kedai cangkung ,  makan roti canai  kalau tak pun tolak je dam aji. Tunggu masuk waktu solat silap silap solat pun entah kemana asyik menolak dam aji bukan pun pergi haji……Dam aji yang tak berketayap…. Jangan jadi orang macam ini.

Image result for dam haji
 DAM AJI

Melihat kawan kawan yang ramai dah bersara teringin nak bersara. Tapi jangan risau giliran itu akan ada untuk semua orang. Sampai masa dan ketika atau pilihan sendiri. Tapi fikir panjang panjang takut hutang masih berjela jela sampai tak  terkira.Bukan lagi buku tiga lima tapi buku lejer pun tak berapa muat.

Berfikir  apabila tiba masa bersara atau yang telah bersara , kadang ketika amat membosankan tapi adakalanya  amat menyeronokkan. Boleh rehat , boleh main main dan  kejar kejaran dengan cucu. Lebih seronok dapat  berdua duaan  bersama suami  atau isteri. Apa tidaknya  anak - anak sudah besar  kerja jauh - jauh , gaji besar ,   rumah besar tersergam indah diatas puncak  bukit , kereta mewah  tapi  yang anehnya segan nak balik rumah . Malas nak balik kampong halaman  , apatah lagi hulur sekupang dua kat  mak dan ayah ada sahaja  yang tak cukup
Image result for rumah mewah
 RUMAH MEWAH

Mana nak cukup ada lebih sikit sudah rancang  macam macam. Sampai bila bila pun tidak cukup. Anehnya yang dirancang bajet tersebut untuk mak dan ayah tidak tersenarai. Awal awal dah tolak tepi .Bukan sahaja tolak tepi  , tapi tolak terus ….. Kalau tolak tepi mungkin ok juga  , silap silap ada tempiasnya tapi kalau tolak terus habuk pun tak ada.  Akhirnya yang tinggal hanya  ibu dan ayah  sekadar makan pencen  . Nasib baik ada loan kerajaan boleh duduk rumah batu . Hendak  melawat cucu kadang kala tidak disenangi . Kalau anak kita lelaki hai apa kata  menantu perempuan kalau anak kita perempuan apa kata menantu lelaki. Semua tak kena ada je yang kurang selesa. Akhirnya terperaplah dirumah menghitung hari dan menghabis sisa sisa hidup bersama suami atau isteri tersetia.

Bagi yang berfikir  dan sedar bahawa esok mungkin dijemput illahi , banyaklah amalan  diamal , cari pondok  , cari tok guru , belajar tadarus quran kembali  , masjid dan surau menjadi rumah kedua , bukan mula berfikir  hendak buka “ CAWANGAN BARU “  dah pencen pencen begini .Bagi yang masih diulik mimpi dan meneruskan tradisi perangai buruk  masa belum pencen , jangan rasa hati muda  , lihat atas kepala , rambut warna apa ,  uban sudah penuh kepala  , mata dah tak clear dan  sakit mula bertapak dimana mana . Kata orang   rumah kata pergi kubur kata mari. Maksudnya kena sedar diri.


Apa pun indah atau tidak nya selepas bersara terletak pada diri sendiri . kalau bijak mencari peluang  boleh tambah pendapatan. Tapi kalau duduk saja kat rumah yang tidak berpenyakit  akan dapat penyakit,  yang  tidak larat menjadi lebih tidak bermaya.Apa tidaknya eksesais tidak ada . Bantal dan tilam menjadi teman setia . Rokok menjadi raja. Apa lagi bertambah montel …………berisi sana , berisi sini.

Image result for sakit lutut
MULA LAH SAKIT SITU SAKIT SINI

Carilah sesuatu yang boleh mengisi masa  berfaedah . Ada tanah  sekangkang kera dibelakang rumah kerjakan. Ada  pasu bunga berkulat sentalkan. Rumput panjang potong rapat. Biar keluar peluh . Surau dan masjid rajin rajin dikunjungi.Jadi siak pun dah kira ok walaupun tidak boleh jadi imam atau bilal yalah masa  muda  nak belajar ugama “tak sempat” asyik  layan tugas. Bual kosong simpan dalam peti dan kunci rapat – rapat dengan  pengunci  sebesar lengan  .

Duit pencen diurus dengan berhemah. Yalah kalau dulu dapat RM3000.00 sebulan  bila pencen dah jadi  separuh . Paling kuat 60 peratus . Tolak  pinjaman perumahan , tolak  pinjaman bank rakyat atau biro angkasa yang belum habis ,  tolak hutang kereta  yang belum  jelas , ada pulak hutang court mammort ,  last last tinggal tak seberapa . Nak bayar  bil letrik , bil air , bil telefon dah tak mampu. Minta dengan anak   , tak dilayan kononnya tidak cukup . Tambah pulak kad kredit  penuh poket semua sudah over limit.

Image result for kad kredit
BEBAN HUTANG KAD KREDIT

Jadi jangan jadikan hutang sebagai budaya . Hutang biar sekadar . Kata orang potong kain ukur badan sendiri. Badan kecil  jangan cari baju besar.  Buat apa , buat susah diri , semak fikiran dan serabut  masa pencen. Orang relax bila pencen kita kena cari part time pulak hendak  cover kos

Image result for serabut hutang

SERABUT  - HUTANG  KELILING  BADAN


Kesimpulannya… indahnya bila bersara  apabila kita dapat menikmati  hidup dengan bebas dan mengurus wang pencen dengan bijak dan  teratur . Bebas dari hutang piutang,. Bebas dari beban tugas dan bebas dari apa yang dinamakan  “ SAYA YANG MENURUT PERINTAH”.

DOA  MOHON KETENANGAN JIWA

Image result for doa

 Jadikan hari ini lebih baik dari esok .........

Captmus:230911 @ 0102 hrs

1 comment: