Kehidupan bermula dari dalam rahim ibu. Hidup disuatu alam yang tersendiri . Dari setitis darah , membentuk janin dan akhirnya terbentuk jasad . Jasad itulah akan menghiasi dunia ini dan akhirnya tamat dialam barzah sebelum di adili di akhirat samaada kita ditempatkan di syurga atau di neraka.
Mencorak kehidupan bermula dari perut ibu . Jika corak yang direka dengan begitu rupa kearah keugamaan maka corak itulah yang turut mewarnai kehidupanya. Membesar dalam keadaan yang penuh keimanan sudah pasti melahiran insan yang mulia . Namun jika kehidupan ini penuh dengan ranjau sejak dari awal sudah pasti kita akan menemui jalan sukar untuk membentuk peribadi dan kehidupan yang mulia dengan penuh ketenangan.
Peranan yang dimainkan oleh ibu bapa , guru guru , rakan sebaya dan pemimpin masyarakat turut mencorakan laluan yang pelbagai. Penilaian diri dalam usia yang muda membantu dari menghindar seseorang itu terlibat dalam pelbagai gejala. Sukar untuk membaca sikap , perangai dan tingkahlaku pada waktu usia yang muda kecuali ia hanya dapat dibaca secara tepat oleh dua insan. Siapakan insan itu. Dia adalah ibu tercinta dan bapa tersayang.
Betapa hebatnya naluri ibu dan bapa. Jurutera pembentuk peribadi yang teragung . Namun dizaman teknologi yang canggih ini jurutera sebijak mana sekali pun akan dirobekkan oleh pengaruh dunia. Internetlah , telefon lah , TV lah dan banyak lagi media jika tidak ditapis maka kehanyutan akan menjadi teman seumur hidup.
Orang tua tua pernah berkata jika kita berkawan dengan tukang masak , jikapun kita tidak menjadi tukang masak sekurang kurannya kita tahu masam masin masakan itu. Jika kita berkawan dengan penjudi , biarpun kita tidak berjudi tetapi naluri berjudi tetap terlekat didalam jiwa kita. Jika kita bersahabat dengan orang orang masjid akhirnya naluri kita akan tetap disana tetapi jika kita berkawan dengan penjenayah naluri kita juga cenderung melakukan jenayah.
Indahnya kehidupan ini. Kerana didalam dunia ini ada segalanya. Jika sehelai kertas putih dicorak menjadi hitam maka hitamlah helaian itu . Jika helaian itu disiak siak kan maka hancurlah dia. Hakikatnya apakah corak yang harus dilakarkan dihelaian itu dan segagah manakah kita boleh betahan dari helaian itu dirobekkan. Itu ada pada diri dan hati masing masing…
Wassalam
01092011 @ 0839hrs.
No comments:
Post a Comment