Jumlah Pelawat Captain Mus

Popular Posts

Saturday, 10 September 2011

Kesalahan Yang Sering Di lakukan - Penyeludupan Ternakan

Banyak  kesalahan yang sering dilakukankan khususnya penyeludupan ternakan dan bahan bahan ternakan  melalui pengkalan haram khususnya persempadanan sungai antara Tumpat hingga ke bukit bunga  yang jaraknya lebih kurang 80 km  . Antaranya penyeludupan lembu , kerbau , kambing , ayam siap proses , telor dan pelbagai jenis unggas ( burung / ayam )  . Penyeludupan ini  bertentangan  dengan peruntukan seksyen 6 (1 ) Akta Binatang  1953 ( Semakan  2006 ) iaitu membawa masuk  ternakan  atau burung  ( unggas ) – termasuk  ,  ayam , itik  dan telornya TANPA LESEN.

Kebanyakan tangkapan disempadan dilakukan oleh  Pasukan Gerakan Am ( PGA )   , Pasukan Gerakan Marin ( PGM )  dan Angkatan Tentera Malaysia  ( ATM )  . Agensi  agensi ini merupakan   Barisan Hadapan negara . Kes yang diperolehi  diserahkan kepada agensi terlibat untuk diambil  tindakan mengikut peruntukan yang sedia ada. Oleh yang demikian agensi  hendaklah bersedia sebilang masa kerana kes diperoelhi tanpa  mengira waktu kadang kadang jam 1.00 pagi , 2.00 pagi atau 4.00 pagi. Tidak kira hari bekerja atau hari cuti. Maksudnya ada pasukan yang siap siaga pada sebilang masa.

Lembu - antara ternakan popular yang di seludup melalui pengkalan haram

Ayam Beku - Ayam siap proses

Kerbau - antara ternakan yang diseludup

Kenapa penyeludupan ternakan atau unggas perlu dicegah 

Ø  Kawalan  penyakit ternakan seperti FMD   , Selselma Burung  atau penyakit penyakit  yang lain

Ø  Memastikan semua binatang  atau unggas yang dibawa masuk merupakan binatang  yang sihat dan bebas penyakit . Proses kuarantin dilakukan bagi tujuan pemantauan  dan pengesanan penyakit

Kemudahan telah disedia oleh pihak Kerajaan iaitu Stesyen Kuaratin  yang menyediakan  segala kemudahan asas kepada pengimpot ternakan dengan dikendalikan oleh pegawai yang berpengalaman dan bertauliah.

Seksyen 6 ( 3 ) memperuntukan denda RM 5000.00 atau penjara tidak lebih 2 tahun atau kedua duanya sekali bagi kesalahan membawa masuk ternakan atau burung tanpa lesen.

Terima kasih kepada pihak PGA , PGM dan ATM yang banyak membantu dalam mencegah kemasukan ternakan secara haram.

* Lesen boleh diperolehi dengan permohonan bertulis  kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar *

Captain ( R ) Mustafa bin Dollah
Ketua Penguatkuasa Veterinar Negeri
Jabatan Perkhidmatan Veterinar  Kelantan                          100911 @ 0022hrs

1 comment:

  1. Terima kasih kerana memberi ruang dalam blok tuan.
    Kerajaan telah menyediakan kemudahan Stesyen Kuarantin namun ada sesetengah pengimport lebih suka menggunakan SK Swasta dengan alasan untuk mengelak sydrom "all in-all out" berlaku keatas mereka.

    Namun hasrat jabatan untuk mengawal penyakit haiwan tercapai dengan bantuan agensi kerajaan yang lain secara lansung dan tak lansung.

    ReplyDelete