Lama tidak bercakap soal kedamaian. Kedamaian ada dimana mana tetapi kehancuran juga ada dimana mana. Adanya kedamaian maka tidak mustahir akan adanya kehancuran.Bagaimana kita dapat mengekalkan kedamaian. Banyak caranya cuma mampu atau tidak untuk kita lakukan. Lihatlah dunia kini . Libya , Mesir , Britain bumi yang damai sebelum ini tiba tiba bergolak tanpa henti . Apa punca . Puncanya adalah ketidaksamarataan antara satu dengan lain . Ketidakpuasaan hati antara satu dengan yang lain.
Jurang perbezaan yang bergitu jauh. Terutama dari segi pendapatan , miskin kaya , harta benda dan mungkin sifat atau sikap pemimimpin itu sendiri turut menyumbang kepada ketidakstabilan biarpun bukan lagi kehancuran. Maksudnya disini kedamaian itu tidak terjamin ianya terus berkekalan. Syukur dibumi Malaysia bertuah ini kita masih dapat menikmati kedamaian . Biarpun ada yang cuba mengganggui kedamaian itu atas kepentingan tersirat. Usahlah diganggu bumi yang damai ini. Sanggupkah kita melihat anak cucu kita berada dalam keresahan dan ketidakselesaan atas nama perjuangan kononnya.
Biarlah bumi yang bertuah , yang diwarisi dari nenek moyang kita sejak 54 tahun yang lalu terus bertiup angin kedamaian hingga akhirnya dan jangan biarkan ribut melanda walaupun seketika. Meroboh lebih senang dari membina. Kita boleh meroboh bangunan yang dibina dalam tempoh sehari tetapi bolehkan kita membina bangunan itu dalam tempoh yang sama. Kita boleh merosakkan negara tercinta yang penuh kedamaian ini dalam masa sehari tetapi bolehkah kita membina kembali dalam sekelip mata.
Dalam tempoh 54 tahun merdeka ini pun masih banyak yang perlu dibina , diintai dan dipahat supaya tegak tanpa tergugat. Mengisi kemerdekaan lebih sukar dari mendapat kemerdekaan . Bila kita dianugerahkan kemerdekaan hormatilah ia bukan hanya untuk kita tetapi untuk anak anak kita , cucu cicit kita dan generasi ke generasi . Pendek kata biar kekal untuk selamanya.
Bila kehancuran bermula sukar untuk dibendung. Dan bendunglah sebelum kehancuran bertapak. Kerana kata orang mencegah lebih baik dari merawat . Kos mencegah tidak seberapa tapi kos merawat berkali ganda.
Wahai rakyat Malaysia yang cintakan keamanan dan kedamaian , marilah sama sama kita mempertahankan negara tercinta ini dari diganggu atau cuba diganggu atas kepentiongan tertentu. Sayangilah negara yang aman ini supaya kita tidak menjadi negara bergolak seperti Libya , Mesir , Britain dan beberapa negara yang lain . Wujudkanlah apa yang dinamakan SETIA PADA NEGARA dan HORMAT PADA PEJUANGAN orang orang terdahulu.
Sudah ramai yang terkorban bagi mendapat kemerdekaan dan menentang komunis . Bila sudah mencapai kemerdekaan dan tiada lagi ancaman komunis maka tantanglah negara ini sepertimana kita tantang minyak yang penuh.
Kehancuran datang sekelip mata tetapi kedamaian tidak mungkin hadir secara tiba tiba. Maka fikir fikirkanlah ….
Captmus:02sep11@1459hrs
No comments:
Post a Comment