Bismillah hirahma nirahhim….
Ya Allah ya Tuhanku ,
Engkaulah yang Maha Besar ,Maha Penyayang , Maha Penyembuh atas segala penyakit.
Ya Allah Ya Tuhan Ku aku tahu sahabat ku ini sedang diuji dengan ujian yang
amat kecil daripada ujian ujian besar
yang engkau berikan kepada hamba hamba
mu yang lain. Aku mohon pada Mu Ya Allah moga dia diperkuatkan imannya dan
sihat seperti sediakala bagi membolehkanya memperhambakan diri kepada Mu Ya Allah dengan lebih sempurna.
Ya Allah Ya Tuhan Ku.
Dia baru sahaja pulang dari menguinjungi rumah Mu beberapa hari
yang lalu dan dia telah memperhambakan dirinya
dengan sesungguh hati kepada mu ketika berada di Baitullah . Aku mohon pada Mu
Ya Allah moga kabulkanlah segala doanya
dan murahkan lah rezekinya biarkan apa pun keadaannya.
Ya Allah , dalam kepayahan menghadapi ujian Mu , aku yakin bahawa dia dapat melalui ujian Mu dengan penuh ketabahan dan penuh redha serta memperkuatkan dan memperjitukan imannya serta amalannya kepada Mu Ya Allah. Sebagai
hamba Mu Ya Allah , aku hanya mampu berdoa dan dia juga berdoa yang sama agar dia
sihat seperti biasa dan dapat menunaikan
kewajipannya kepada Mu Ya Allah.
Moga doa ku di makbulkan oleh Mu dan dia segera sembuh serta sihat sepanjang hayat.
Aminnn . Ya Rabal alaminn
Captmus : 07092011 @ 2314 hrs.
No comments:
Post a Comment