Jumlah Pelawat Captain Mus

Popular Posts

Tuesday, 6 September 2011

Masih Belum Tidurkah Waktu Ini… 0204 pagi

 
Kadang kadang kita terlalu sukar untuk melelapkan mata biarpun cuba berkali kali. Tidur  , baring terguling kiri , kanan diatas katil namun masih belum dapat lelapkan mata. Dari jam 1100 malam cuba untuk  mengulik mimpi namun mata sesegar waktu tengahari. Bangun dan minum segelas air  namun masih belum berubah. Habis apa lagi buka komputer dan tulislah apa yang patut. Nak buka Face Book rasa malas. 

Teringat pada kawan kawan yang telah pergi menemui Illahi .  Bila bila sahaja Allah akan menjemput kita. Kita sahaja belum tahu entah entahkan esok lusa atau pun sekejap lagi. Semuanya ditetapkan  tanpa sedikit pun berganjak dalam keadaan mana sekali pun hata waktu kita sedang diulik mimpi. Kerana kematian dimana mana dan pada bila  bila.

Banyak yang mempengaruhi kita  tidak dapat lelapkan mata. Mungkin beban kerja. Mungkin terfikir  esok tugas belum selesai. Atau pun mungkin teringat kisah kisah lalu atau pun mungkin  telah terlebih tidur waktu siang. Apapun alasannya tentu sekali sekali kesukaran tidur turut mangundang masalah. Apa tidaknya tanpa tidur prestasi kerja keesokannya pasti terjejas. 

Mencari kawan untuk berbual atau ber sms memang sukar kerana kebanyakan nya telah diulik mimpi . Kalau tidak tidurpun mungkin tidak dilayan atau HP ditutup untuk tidak mengganggu. Membelek belek buku telefon lama manalah tau masih ada kenalan yang tidak tidur malam. Tapi nampaknya semua sudah tidur. Namun ada untungnya waktu waktu begini boleh kita melakukan solat tahajut  atau solat hajat manalah tahu selepas itu kita dapat tidur lena sampai pagi atau pun tidur untuk selama lamanya.

Suatu ketika dulu bila jam menunjuklan pukul 9.45 malam aku sudah gelisah kerana mata seolah olah dicengkam cengkam supaya mencari tempat untuk lelapkan mata. Makin hari makin lanjut waktu tidur kadang ketika jam 2.00  atau 3.00 pagi sudah menjadi perkara biasa. Lena sekejap telah berkumandang azan subuh . Bergegas pulak ke surau  untuk menunaikan kewajipan. 

Mungkin juga ada orang yang dahulunya tidur lambat bila hatinya penuh ketenangan  waktu tidur juga turut berubah dari jam 2.00 pagi pada biasanya  tiba tiba jam 9.00 malam telah  mencari bantal . Boleh jadi berlaku pada sesiapa . Kalau macam tu ok juga kerana dapat menikmati tidur sampai padi. Syukur…

Ingat masa dulu bila hendak tidur sahaja peneman yang paling setia adalah buku. Baca sahaja buku belum sempat habis satu helaian , buku jatuh dengan sendiri dan kita dibuai mimpi. Silap sila mimpi dikejar hantu dan berpeluh peluh kepenatan.Tapi sekarang bacalah 20 helaian pun  mata masih segar begar.

Apakah perubahan waktu tidur diusia sebegini merupakan perkara biasa atau faktur faktur tertentu turut menyumbang kepada fenomena ini. Namun kadang ketika  empunya badan pasti tahu kenapa matanya sukar lelap sepanjang malam. Wallah huaalam…

PETUA CEPAT TIDUR 

Apabila seseorang itu tidur kurang daripada enam jam, pelbagai masalah akan timbul terhadap dirinya. Sebelum Thomas Edison mencipta mentol lampu (tahun 1880), manusia selalunya tidur sekitar 10 jam sehari.

Antara petua untuk memudahkan anda tidur lena pada waktu malah hari ialah:
  • Mendisiplinkan diri dengan jadual waktu tidur yang seragam.
  • Elakkan aktiviti senaman sekitar lima atau enam jam daripada masa tidur.
  • Jauhkan diri daripada mengambil sebarang bentuk kafein, nikotin atau alkohol.
  • Elakkan diri daripada makan makanan yang memberi kesegaran pada tubuh badan pada waktu malam.
  • Elakkan tidur pada waktu petang atau selepas waktu Asar.
  • Tenangkan diri sebelum masuk tidur dengan melakukan aktiviti seperti mandi air panas, membaca buku atau mendengar muzik yang berirama perlahan.
  • Sekiranya selepas melakukan perkara-perkara di atas, anda masih belum tidur. Jangan bimbang kerana kebimbangan akan menyebabkan anda semakin susah untuk tidur. Cuba buat perkara-perkara lain yang boleh membuat diri anda mengantuk, contohnya membilang biri-biri melompat pagar dan sebagainya.


Captmus: 060911 @ 0206

1 comment: