Jumlah Pelawat Captain Mus

Popular Posts

Tuesday, 13 September 2011

Bila Perasaan Marah …..


PERASAAN MARAH

Banyak cara untuk melepaskan perasaan . Samaada perasaan gembira atau perasaan marah. Ada yang melepas perasaan gembiranya dengan menangis teresak esak , gelak tanpa  sedar diri atau yang lebih sopan senyum manja.

Bagaimana pula dengan melepas perasaan marah  atau benci ,  mungkin mendiam kan diri ,  berkurung seorang diri , diam tanpa berkata apa apa atau apa sahaja cara tersendiri.
Jika perasaan marah terlampau  amat merbahaya  kerana akan terbit perasaan dendam. Jika itu yang berlaku jiwa akan menjadi huru hara dan tidak akan tenang selamanya kerana disebalik perasaan dendam itu terselit para syaitan yang sedia  menggoda supaya perasaan itu sentiasa segar dan akhirnya  mengambil tindakan diluar batas akal yang waras.

Dizaman moden ini  kalau benci atau tidak suka di ganggu  tutup sahaja telefon atau biarkan sahaja sms tanpa dibalas  biarpun sms yang dihantar beratus kali. Diam cara terbaik namun  tidak terfikirkah ia turut menimbulkan rasa gelisah yang amat sangat.Mungkin juga cara itu merupakan perang psaikologi bagi  menyiksa yang dibenci , yang dimarah ,  dengan cara terhormat .Kemudian berilah  apa sahaja alasan. Kadang ketika alasan itu tidak masuk akal.

Kenapa kita boleh jadi marah ?. Mungkin  bila emosi kita sudah tersentuh . Mereka yang emosional atau cepat terasa akan menjadi cepat marah bila mendapati emosi mereka sudah terganggu  atau diganggu tanpa sebab.

Marah itu datang dari gangguan  emosi atau perasaan. Bukan senang mengawal kemarahan dalam keadaan seseorang itu marah. Bila terasa ada perasaan itu cepat cepat   menenangkan perasaan dan jiwa  . Mungkin dengan keluar dari kelompok  yang penuh sesak dan duduk berseorangan  dengan mengingati suasana  yang indah  dan gembira sebelum ini.  Usah biarkan emosi mengawal diri sebaliknya biar naluri yang tenang mengawal perasaan dan berfikir  melalui fikiran yang waras. 

Jangan jadikan perasaan marah sebagai amalan. Rujuk kepada ayat ayat Al Quran bagi melembut dan meredakan  perasaan marah itu kerana ia mainan syaitan. Lauhkan perasaan marah secara tehormat dengan mencari seseorang yang bijak mendengar dan penyelesai masalah. Cari seseorang yang boleh membantu menurunkan rasa marah dengan nasihat dan suapan ayat ayat AlQuran. Lakukan sembahyang sunat  dan mohon  pada Allah supaya hilangkan rasa marah dan sentiasa berada dalam basahan air solat……

DOA HINDAR PERASAAN MARAH


A’uzubillahi minasy syaitanir rajimi. Allahummagfirli zanbi wazhab gaiza qalbi wa ajirni minasy syaitanir rajimi.

Ertinya: “Aku berlindung kepada Allah dari godaan syetan yang terkutuk. Ya Allah, ampunilah dosaku dan hilangkanlah kepanasan hatiku dan lepaskanlah aku dari gangguan syetan yang terkutuk.”

Ketenangan adalah segalanya . Namun setenang tenang jiwa masih ada perasaan marah kerana perasaan itu wujud sejak azali. Hanya manusia yang boleh mengawal  dan pandai melarikan perasaan marah itu kepada perasaan yang tenang  dan jiwa yang penuh kesabaran.

Captmus:13092011 @ 2135hrs

No comments:

Post a Comment