Jumlah Pelawat Captain Mus

Popular Posts

Saturday, 24 September 2011

Susah sangatkah berhenti MEROKOK….



Merokok dimana – mana. Merokok siapa saja. Doktor ke , guru ke , Menteri ke , budak sekolah ke semuanya menjadikan rokok  teman setia. Tanpa rokok  segala galanya tidak bermakna. Habis rokok jam 11.59 malam jam 12.00 dah berlari pergi beli. Hai alangkan besarnya peranan rokok dan mempunyai pengikut pengikut yang begitu setia. Kesetiaan yang sukar dicari ganti. Eh macam lagu  Allahyarham Tan Sri P. Ramle pulak…
 
Kerajaan telah mengenakan cukai yang tinggi terhadap impot tembakau , rokok lah tu , menguatkuasakan undang undang larangan merokok oleh Kementerian Kesihatan , meletakkan gambar gambar “ istimewa” di kotak kotak rokok. Menaikkan harga rokok  berkali ganda . Itu semua tak kisah. Letakkan RM 20.00 sebungkus sekali pun  atau hukuman seberat mana sekali pun namun rokok tetap mejadi idaman dan pujaan untuk orang orang tertentu. Tahniah kepada mereka yang tidak pernah merokok atau yang berjaya memberhenti tabiat menghisap rokok.


Kenapa seseorang itu merokok….:  Kononnya

             Mencari kedamaian atau ilham
Menambah kenalan
Memula kata bicara
Berfikir untuk menyelesai masalah
Menghilang rasa mengantuk
Menunjukankemantangan seseorang

Apapun alasan diatas,  ia hanya tetap satu iaitu mahu atau tidak mahu merokok. Mula mula mencuba akhirnya ketagih . Ikut kawan dan rakan  . Dah tahu bahaya merokok . Lagi tegah lagi langgar lagi larang  lagi buat. Apa nak jadi. Murid murid sekolah di tingkatan satu pun sudah mula merokok. Salah siapa.


Apa kesannya jika merokok….:

Berpotensi mengalami masalah batuk, asma serta jangkitan paru-paru dan telinga. 
Asap rokok memudaratkan kesihatan anda terutama kanak kanak
Berhenti merokok - Kalau bukan untuk diri anda. Lakukan untuk anak-anak anda.
Rokok mengakibatkan Mati Pucuk
Hubungan seks anda akan terganggu
Merokok mengakibatkan strok
Rokok mengakibatkan serangan sakit jantung
Rokok mengakibatkan kanser paru-paru

 
Bahan Toksik Dalam Asap Rokok
 
Terdapat beribu-ribu jenis bahan kimia beracun di dalam asap rokok. Di bawah hanya beberapa bahan-bahan dan di mana ia kerap dijumpai.
 
Bahan kimia dalam rokok
Sumber bahan kimia
 Metanol
 Bahan Api
 Nitrobenzena
 Gasolin
 Karbon Monoksida
 Asap kereta
 Butana
 Cecair pemetik api
 Raksa
 Logam dalam jangka suhu
 Vinil Klorida
 Bahan utama plastik
 Toulena
 Pelarut industri
 Ammonia
 Pencuci lantai
 Arsenik
 Racun tikus
 Kadmium
 Bahan utama bateri alkali
 Stearik
 Bahan utama dalam lilin
 Sianida
 Racun berbisa
·         + Sumber Kemmneterian kesihatan


Namun sudah lumrah manusia yang dilarang itulahyang nak dikukan. Cakaplah rokok itu racun ke  atau apa sahaja namun yan g setia tetap setia. Hebatkan peranan yang dimainkan oleh rokok.

Saya bersyukur setelah 10 tahun merokok walaupun  bukan sampai ketahap ketagih saya berjaya  berhenti merokok. Tidak susah hanya dengan  satu azam yakni “AKU MESTI HENTI MEROKOK”. Dan alhamdullilah saya berjaya berhenti merokok


Kepada kawan kawan yang masih setia dengan rokok tu , cuba cubalah belajar  berhenti merokok . Kalau alasan kata tidak boleh berhenti itu satu pembohonghan diri. Lihat sahaja bulan puasa kenapa boleh henti merokok  ataupun  tuan tuan berpuasa tapi menghisap rokok. Tidak kan itu kerja gila. Maksudnya bila kita hendak berhenti kita boleh berhenti . Jadikan  hari berpuasa sebagai alasan tak susah susah nak jumpa pakar atau nak jumpa bomoh semua ada dalam diri sendiri.
 
Cuma  hendak atau tak hendak je…

 
 TAHNIAH
Captmus: 24/9/11 @ 1654hrs

No comments:

Post a Comment