Mendengar berita tentang 300 ekor kucing di sebuah premis di Damansara Damai , Sg Buluh membiarkan haiwan kesayangan itu dalam keadaan tidak terurus amat menyedihkan dan amat menyakitkan. Nama lagi haiwan kesayangan , jika yang disayang pun dibiarkan begitu apatah lagi yang dibenci. Tahniah kepada YB Dato Menteri Pertanian Dan Industeri Asas Tani yang perihatin dan mencadangkan pindaan Akta Binatang 1953 ( Semakan 2006 ) dengan memperuntukan denda yang lebih munasabah. Apalah ada dengan denda maksima sekarang hanya RM 200.00. Mungkin nilai RM 200.00 itu besar pada tahun 1953 tetapi nilai itu teramat kecil di zaman kini. Jadi percepatkanlah semoga yang disayang tetap dijaga. Bukan manusia sahaja layak disayang haiwan juga makluk Alllah yang juga perlu disayang......
SI COMEL - SANGGUPKAH DIA DI ZALIMI
Petikan dari Akta Binatang 1953 ( Semakan 2006 ) berkaitan dengan mencegah kezaliman binatang.
( Teks asal dalam Bahasa Inggeris . Sebarang kekeliruan hendaklah dirujuk kepada tek asal Akta Bianatang 1953 versi Bahasa Inggeris . Tek dibawah hanya terjemahan sahaja ) - Harap maklum
BAHAGIAN
IV
MENCEGAH
KEZALIMAN TERHADAP BINATANG
(PREVENTION
OF CRUELTY TO ANIMALS)
Tafsiran/Interpretasi (Interpretation)
43. Di dalam
Bahagian ini, melainkan konteksnya menghendaki makna yang lain –
“binatang (animal)” ertinya sebarang makluk
hidup selain daripada seorang manusia dan termasuk sebarang binatang, burung,
ikan, reptilian atau serangga, sama ada liar atau jinak.
Penalti
untuk kezaliman kepada binatang (Penalty
for cruelty to animals)
44. (1)
Mana-mana orang yang –
(a) dengan zalimnya memukul, menendang,
menganiaya/penjagaan yang tidak sempurna (ill-treats),
menunggang berlebihan, menarik beban yang berlebihan, menyeksa, meradang (infuriates) atau menakutkan (terrifies) sebarang binatang; atau
(b) menyebab atau memperoleh/menguntung
atau, sebagai tuan punya, membenarkan sebarang binatang untuk digunakan dengan
sebegitu cara; atau
© sebagai penjaga sebarang binatang dalam
kurungan atau di dalam haluan pengangkutan dari satu tempat ke suatu tempat
yang lain cuai/abai/lalai untuk membekal kepada binatang berkenaan dengan
makanan atau air yang mencukupi; atau
(d) dengan sewenang-wenangnya atau tidak
wajar melaku atau gagal untuk melaksanakan sebarang tindakan, menyebabkan
sebarang kesakitan atau penderitaan yang tidak perlu, atau, sebagai tuan punya
membenarkan sebarang kesakitan atau penderitaan yang tidak perlu kepada
sebarang binatang; atau
(e) menyebab, memperoleh/menguntung atau
sebagai tuan punya membenar untuk dikurung, dihantar, diambil atau dibawa
sebarang binatang dalam sebegitu keadaan atau cara yang menyebabkan ia kepada
kesakitan atau penderitaan yang tidak perlu; atau
(f) mengupah atau menyebab atau memperoleh
atau sebagai tuan punya, membenarkan untuk diupah dalam apa-apa kerja atau
kerja yang memerlukan banyak tenaga, sebarang binatang yang mana akibat dari
sebarang penyakit atau kelemahan tubuh badan kerana tua, luka atau kudis, atau
dengan lain yang tidak sesuai untuk diupahkan; atau
(g) menyebab, memperoleh atau membantu di
dalam perlawanan atau perjudian mengenai sebarang binatang, atau menyimpan,
mengguna, mengurus atau melaku atau membantu di dalam pengurusan apa-apa premis
atau tempat untuk tujuan, atau sebahagiannya untuk tujuan, mengenai perlawanan atau perjudian sebarang binatang,
atau membenarkan apa-apa premis atau tempat disimpan sebegini, diurus atau
diguna, atau diterima atau menyebab atau memperolehi/menguntung mana-mana orang
untuk menerima wang untuk kemasukan mana-mana orang ke dalam premis atau tempat
berkenaan.
Hendaklah disabitkan kesalahan kezaliman dan
hendaklah dikenakan suatu denda dua ratus ringgit atau
dipenjara untuk satu tempoh enam bulan atau kedua-duanya.
(2) Untuk tujuan seksyen ini
seseorang tuan punya hendaklah dianggap telah membenarkan kezaliman dalam
taksiran Bahagian ini jika dia telah gagal melaksanakan penjagaan dan
penyeliaan yang munasabah terhadap perlindungan binatang daripada itu:
Dengan
syarat bahawa di mana seorang tuan punya telah disabitkan berkenaan membenarkan
kezaliman dalam pengertian Ordinan ini dengan sebab dia adalah hanya gagal bagi
melaksanakan penjagaan atau penyeliaan, dia hendaklah tidak dikenakan penjara
tanpa diberi pilihan denda.
(3) Seksyen ini tidak boleh
dikuatkuasakan bagi perlakuan atau kegagalan sebarang perbuatan dalam tindakan
pemusnahan, atau persediaan untuk pemusnahan, mengenai sebarang binatang sebagai
makanan manusia, melainkan pemusnahan atau persediaan berkenaan telah diiringi
dengan penalukan penderitaan yang tidak perlu.
(4) Walauapa pun yang terkandung
dalam peruntukan perenggan (g) dari subseksyen (1) Ketua Menteri dalam sesuatu
Negeri boleh dengan permit bertulis membenarkan perlawanan kerbau-lembu jantan
di dalam Negeri berkenaan, tertakluk kepada syarat-syarat berkenaan yang boleh
ditetapkan di dalam permit samada pada suatu waktu khas berkenaan keminatan
awam atau jika dia berpuas hati bahawa perlawanan berkenaan adalah berfaedah
kepada baka dan salah satu kes, bahawa tiada kezaliman kepada sebarang binatang
akan ditimbul daripada itu, dan di mana perlawanan itu dijalankan mengikut
syarat-syarat permit berkenaan peruntukan berkaitan dengan perenggan berkenaan
hendaklah dianggap tidak dipakai bagi itu.
Kapt ( B ) Mustafa bin Dollah
Ketua Penguatkuasa Veterinar Negeri Email : mustafa@dvs.gov.my # captmust@gmail.com
Jabatan Perkhidmatan Veterinar
Negeri Kelantan
07 Ogos 2011 @ 1726 hrs
No comments:
Post a Comment