Pelik bunyi tajuk blog kali ini “ Biar
BETUL – BETUL “. Tapi
ianya mempunyai banyak ruang untuk dibicara. Tajuk ringkas yang penuh dengan
makna dan andaian. Cuba kita perhatikan :
Laksanakan tugas dengan betul
dan laksanakan tugas betul betul
Berfikir dengan betul dan berfikir betul betul
Keputusan dibuat dengan betul dan buat keputusan betul betul
Sekadar beberapa
contoh ringkas. Namun ianya mempunyai
dua perkara dan makna yang berbeza.
Namun jika difikirkan apa yang hendak dibuat mestilah dengan cara betul , jalan yang
sempurna , mengikut peraturan dan
panduan yang sedia ada.Jika sudah melaksanakan dengan mengikut peraturan yang
betul terapkan semua yang dilakukan dengan bersungguh sungguh , dengan penuh
semangat sudah tentu hasil yang diperolehi positif disamping tiada berlaku pembaziran dan ketirisan . Maknanya setelah sesuatu yang dilakukan dengan cara
yang betul , dibuat dengan betul betul akan menghasilkan
sesuatu yang positif.
Dalam semua perkara tidak kira dalam soal tugas , soal perasaan atau
soal kemasyarakatan. Tugas yang diamanahkan hendaklah dilakukan dengan penuh
dedikasi dengan cara dan prosedur yang
ditetapkan. Jika tidak mengikut garis panduan atau perosedur yang
ditetapkan andainya berlaku sesuatu dan tergelincir dari garis panduan , sudah tentu
kita dipersalahkan . Situasi sekarang sukar untuk mencari yang membela kecuali atas kepentingan
tertentu. Jika dibela mungkin akan memudharatkan
diri sendiri.. Maknanya ramai yang menjaga periuk nasi sendiri dan amat sukar ditemui masa kini orang sanggup menbocori
periuk nasi sendiri demi menjaga periuk
nasi orang lain hatta kawan yang paling
rapat sekali pun.
Dalam soal perasaan jika jika mengharapkan perasaan itu datang dengan sendiri
tanpa dicari hidup kita tidak akan ceria. Perasaan digarap dari satu sudut
dihati bagi membetuk keceriaan dalam diri jika perasaan benci berterusan akan mengakibatkan kehancuran pada diri dan
biar betul betul kita pastikan bahawa perasaan kita hendaklah selari dengan kehendak hati dan naluri . Makna nya jangan ikut perasaan tapi , ikut kata hati yang suci berlandaskan
Alquran , hadis dan pandangan ulamak.
Masyarakat masakini bukan seperti 30 tahun atau 50 tahun yang lalu. Kini
semua orang sudah cerdik bukan “ YES MAN” .Zaman
“ YES MAN “ sudah berlalu. Kini semua orang
sudah berfikiran jauh. Anak anak sudah
maju kehadapan. Pandangan dan nasihat
ibu bapa kadang kadang disangggah dan nasihat teman dan kawan kawan menjadi penentu . Dunia internet menjadi
teman , Face book menjadi kawan rapat
maksudnya anak anak kita terdedah dengan segala macam dugaan atau input . Jika silap “ KLIK” di internet macam macam yang terkeluar. Dan dari situ
akan bermula dunia baru bagi anak anak kita.AWAS.
Biar betul mana sekali pun kita laksana sesuatu dan biar betul betul
kita lakukan namun jika hati tidak suci , semangat kebendaan meninggi
dan sifat iri hati serta dendam menggunung yang betul tidak akan menjadi betul
dan yang buat betul betul akan hancur tanpa
belas kasihan.
Captmus : 160911 @ 2149 hrs
No comments:
Post a Comment