Pertama kali menjejaki kali ke Rumah Allah amat mengharukan . Timbul seribu keinsafan pada diri yang teramat kerdil ini. Ikutilah catatan perjalanan ku ke Baitullah untuk tempoh 16 hari.
Rukun Umrah ( 5 )
Niat UmrahTawaf 7 X
Sae 7 X
Bercukur / bertahlul
Tertib
" LAI BAIKALLAH HOMMALAIBAIK , LAIBAIKALA SHARI KALA KALA BAIKK , IN NAL HAMDA WANNIKMATA LAKAWALMUK , LASHARIKALAKA" ... hamba mu datang menyambut panggilan Mu , Ya Alllah Hamba Mu datang menyahut penggilan Mu. Sesungguhnya segala puji pujian dan nikmat dan kerajaan adalah kepunyaan Mu yang tyiada sekutu bagi Mu.......
Disini langkah ku bermula......
21 Julai 2008
Jam 2130 bertolak bersama rombongan IMTIYAZ diketuai oleh Ustaz Jantan dan Ustaz Fadhil dari Lapangan Terbang Kuala Trengganu menaiki pesawat MAS. Berehat seketika di KLIA sementara menunggu penerbangan seterusnya pada keesokan hari.
LAPANGAN TERBANG KUALA TRENGGANU
22 Julai 2008
Jam 0930 menaiki pesawat Sri Langka Air bertolak dari KLIA untuk transit di Bandaranaike International Airport ( BIA ), Colombo . Penerbangan diaras ketinggian 40,000 kaki dengan kelajuan 950 km sejam atau 580 batu sejam.
BANDARANAIKE INTERNATIONAL AIRPORT - COLOMBO
Tiba di BIA Colombo jam 1220 tengahari dan trnsit untuk tempoh 4 jam yang amat membosankan.
Makan boleh tahan nasi ayam black pepper.
Bertolak jam 0400 pagi ke Masjid Nabawi untuk solat subuh . Dan aku dihadiahkan sebuah AlQuran besar oleh seseorang di pintu pagar masuk Masjid Nabawi. Terima kasih kepada hamba Allah yang tidak dikenali dan Al Quran itu aku simpan untuk jadi kenangan indah aku semasa berada di Madinah.
Jam 0415 solat subuh di Masjid Nabawi
Jam 1830 (WT ) 2330 (WM) bertolak dengan bas dari LTAKAZ dan berhenti makan malam pada jam 1230 WT @ 0540 WM.
23 Julai 2008
Jam 2330 malam tiba di Madinah. Menginap di Taiban Hotel lebih kurang 50 meter dari Masjid Nabi, Masjid Nabawi. Sembahyang sunat di Masjd Nabawi dan melawat makam Rasullulah SAW. Dan syukur kerana dapat solat di Laman Raudah iaitu Taman Taman Syurga.
KUBUR BAQEE
Kemudian melawat Kubur Baqee.
TAIBAN HOTEL - MADINAH
Melawat pasar kurma dan solat zohor jam 1227 di Masjid Nabawi . Syukur kerana sempat solat sunat 3 x di Laman Raudah
Jam 1908 solat magrib di Masjid Nabawi dan 2038 solat isyak di masjid yang sama. Yang indahnya dapat menunaikan solat isyak di Raudah yang merupakan kali ke empat berkesempatan solat di Laman Raudah.
Jam 2200 melawat kawasan sekeliling Hotel Taiban dan membeli sedikit cenderahati dan jubah.
24 Julai 2008
Jam 0400 pagi ke Masjid Nabawi untuk solat subuh . Dan aku dihadiahkan sebuah AlQuran besar oleh seseorang di pintu pagar masuk Masjid Nabawi. Terima kasih kepada hamba Allah yang tidak dikenali dan Al Quran itu aku simpan untuk jadi kenangan indah aku semasa berada di Madinah.
Jam 0415 solat subuh di Masjid Nabawi
Jam 0655 pagi bertolak dari Hotel melawat Masjid Qubaa’ , Masjid Kiblatain . Masjid Qubaa’ merupakan masjid dimana tempat Nabi Muhamad SAW mula mula berdakwah.Solat di masjid Qubaa’ sama dengan mengerjakan satu kali umrah. Syukur kerana aku berkesempatan.
Jam 0805 bertolak ke Bukit Uhud dimana ditempatkan kubur pejuang pejuang @ para shuhada yang meninggal dunia didalam peperangan Uhud.
HADAPAN KUBUR PARA SHUHADA - BUKIT UHUD
Jam 0930 meneruskan lawatan ke Ladang Kurma dan terus ke Masjid Qiblataian . Solat sunat dan solat dhuha di Masjid Qiblataian.
Melewati Masjid Tujuh . Tidak turun dari kenderaan dan meneruskan perjalanan balik ke Masjid Nabawi.
MASJID KIBLATAIN
Sungguh Kami (sering) melihat mukamu menengadah ke langit, maka sungguh Kami akan memalingkan kamu ke kiblat yang kamu sukai. Palingkanlah mukamu ke arah Masjidil Haram. Dan di mana saja kamu berada, palingkanlah mukamu ke arahnya. Dan sesungguhnya orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberi al Kitab (Taurat dan Injil) memang mengetahui bahwa berpaling ke Masjidil Haram itu adalah benar dari Allahnya dan Allah sekali-kali tidak lengah dari apa yang mereka kerjakan”. (Albaqarah: 144).
MASJID Qiblatain mula-mula dikenal dengan nama masjid Bani Salamah, karena masjid ini dibangun di atas bekas rumah Bani Salamah.
Letaknya di tepi jalan menuju kampus Universitas Madinah di dekat Istana Raja ke jurusan Wadi Aqiq atau di atas sebuah bukit kecil di Utara Harrah Wabrah, MadinaPada permulaan Islam, orang melakukan shalat dengan menghadap kiblat ke arah Baitul Maqdis di Yerussalem/Palestina. Pada tahun ke 2 Hijriyah hari Senin bulan Rajab waktu dhuhur di masjid Salamah ini, tiba-tiba turunlah wahyu surat Al Baqarah ayat 144.
Letaknya di tepi jalan menuju kampus Universitas Madinah di dekat Istana Raja ke jurusan Wadi Aqiq atau di atas sebuah bukit kecil di Utara Harrah Wabrah, MadinaPada permulaan Islam, orang melakukan shalat dengan menghadap kiblat ke arah Baitul Maqdis di Yerussalem/Palestina. Pada tahun ke 2 Hijriyah hari Senin bulan Rajab waktu dhuhur di masjid Salamah ini, tiba-tiba turunlah wahyu surat Al Baqarah ayat 144.
Dalam shalat tersebut mula-mula Rasulullah SAW menghadap ke arah masjidil Aqsa tetapi setelah turun ayat tersebut di atas, beliau menghentikan sementara, kemudian meneruskan shalat dengan memindahkan arah kiblat menghadap ke Masjidil Haram.
Adapun wahyu yang diturunkan Allah untuk mengubah arah kiblat tersebut :
Sungguh Kami (sering) melihat mukamu menengadah ke langit, maka sungguh Kami akan memalingkan kamu ke kiblat yang kamu sukai. Palingkanlah mukamu ke arah Masjidil Haram. Dan di mana saja kamu berada, palingkanlah mukamu ke arahnya. Dan sesungguhnya orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberi al Kitab (Taurat dan Injil) memang mengetahui bahwa berpaling ke Masjidil Haram itu adalah benar dari Allahnya dan Allah sekali-kali tidak lengah dari apa yang mereka kerjakan”. (Albaqarah: 144).
Merujuk dengan peristiwa tersebut, lalu Masjid ini dinamakan Masjid Qiblatain, yang artinya masjid berkiblat dua.
Menurut sejarah, Masjid Qiblatain ini adalah masjid pertama yang didirikan oleh Rasullulah sewaktu mampir di Quba dalam perjalanan (hijrah) beliau ke Madinah. Masjid Qiblatain, merupakan salah satu tempat ziarah di Madinah bagi jamaah haji maupun umrah dari seluruh dunia.
Masjid Qiblatain mengalami beberapa kali pemugaran di antaranya pada tahun 893 H atau 1543 M oleh Sultan Sulaiman. Pemerintah Kerajaan Arab Saudi sekarang juga mengadakan perluasan dan pembangunan konstruksi baru, namun tidak menghilangkan ciri kas masjid tersebut.
Melewati Masjid Tujuh . Tidak turun dari kenderaan dan meneruskan perjalanan balik ke Masjid Nabawi.
LADANG KURMA
Jam 1227 solat zohor di Masjid Nabawi . 1500 melawat kubur Baqee dan Makam Rasullulah , Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar di dalam Masjid Nabawi. Alfatihah
Jam 1620 solat sunat di Raudah dan solat ansar di Masjid Nabawi di saf ketiga dihadapan Makam Rasullullah.
25 Julai 2008
Selepas solat subuh di Masjid Nabawi sempat solat jumaat untuk kali pertama di masjid tersebut. Lawat makam Rasulullah dan Ziarah Wida’ untuk meneruskan perjalanan ke Mekah.
Jam 1700 bertolak dari Hotel Taiban meninggalkan Masjid Nabawi dan Makam Rasulullulah ( Moga dapat temui lagi ) menuju ke Mekah.
Jam 2130 berhenti makan di suatu tempat ( lupa tempat itu ) dan solat isyak .Miqat di Bir Ali .
Jam 2400 rombongan tiba di Mekah . Simpan barang dibilik dan terus tawaf jam 0030. Menginap di BadawoOd Hotel lebih kurang 500 meter dari Masjidil Haram.
BADARWOOD HOTEL - TEMPAT PENGINAPAN DI MEKAH
Jam 0115 Sae dan selesai umrah pertama. Syukur bila selesai umrah pertama dan betapa sebabnya hati aku bila pertama kali melihat Kaabah – Rumah Allah yang tersegam di tengah Masjidil Haram dengan dikeliling beribu manusia dari seluruh pelusuk dunia.
26 Julai 2008
Jam 0425 pagi solat subuh untuk pertama kali di Masjidil Haram , solat zuhur , asar dan isyak . Berada di saf kelima di belakang kaabah. Tawaf sunat dan indahnya bila dapat menyentuh Hajarul Aswad biarpun belum kesempatan untuk mengucupnya . Insyaalah di tahun mendatang.
27 Julai 2008
Jam 0427 solat subuh di Masjidil haram dan meneruskan ziarah ke Bukit Sor dan Padang Arafah
PADANG ARAFAH
Padang Arafah merupakan daerah terbuka dan luas yang terletak di sebelah timur luar kota suci Makkah, disinilah umat Islam menunaikan rukun wukuf. Wukuf di padang Arafah merupakan salah satu rukun haji, bagi mengingati kembali peristiwa di mana Nabi Adam a.s. dan Hawa telah diturunkan ke bumi dari syurga atas sebab mengingkari perintah Allah dan terpedaya oleh tipu daya Iblis.
Mereka telah dipisahkan di dunia ini dan mengambil masa 40 tahun untuk bertemu kembali. Tempat pertemuan mereka adalah di Padang Arafah iaitu di Jabar Rahmah. Di sinilah bertahun-tahun mereka memohon ampun daripada Allah. Akhirnya permohonan mereka diterima Allah.Wukuf di Padang Arafah pada 9 Zulhijjah bererti berhenti seketika di padang itu.
Berada di padang Arafah dalam suasana hangat dan panas terik memberi peringatan awal kepada umat Islam mengenai keadaan di padang Mahsyar di mana semua manusia tanpa mengira bangsa,pangkat atau kedudukan akan dihimpunkan untuk menerima pengadilan berdasarkan amalan makruf dan mungkar mereka semasa di dunia.
Mereka telah dipisahkan di dunia ini dan mengambil masa 40 tahun untuk bertemu kembali. Tempat pertemuan mereka adalah di Padang Arafah iaitu di Jabar Rahmah. Di sinilah bertahun-tahun mereka memohon ampun daripada Allah. Akhirnya permohonan mereka diterima Allah.Wukuf di Padang Arafah pada 9 Zulhijjah bererti berhenti seketika di padang itu.
Berada di padang Arafah dalam suasana hangat dan panas terik memberi peringatan awal kepada umat Islam mengenai keadaan di padang Mahsyar di mana semua manusia tanpa mengira bangsa,pangkat atau kedudukan akan dihimpunkan untuk menerima pengadilan berdasarkan amalan makruf dan mungkar mereka semasa di dunia.
Jam 0900 pagi tiba di Muzalifah dan menyusul di Mina ( Jamaratul AlQabah ) . Sayangnya tidak dapat singgah di tempat melontar kerana pada ketika itu masih dalam pengubasuaian. Melewati tempat melontar sudah cukup menggmbarkan kebesaran Allah.
TEMPAT MELONTAR - MINA
Jam 1015 pagi tiba di Jaaranah untuk Miqat / Niat Umrah kedua. Melewati Jabar Nur ( Gua Hiraq) .
Jam 1200 tawaf sebanyak 7 kali seterusnya Sae dan tamat umrah kedua selepas waktu asar.
Jam 1900 solat magrib dan seterusnya Isyak. Tawaf sunat dan melihat Makam Nabi Ibrahim serta berkesempatan solat sunat di Hijir Ismail.
HIJIR ISMAIL
(Sebelah utara Ka’bah yang dibatasi tembok berbentuk setengah lingkaran itulah yang disebut Hijr Ismail atau tempat tinggal Nabi Ismail tinggal semasa hidupnya dan kemudian menjadi kuburan beliau dan juga ibunya.
Ketika suku Quraisy memugar Ka’bah (606 M.), mereka kehabisan dana yang halal untuk dapat membangun seukuran Ka’bah yang asli, kemudian mereka mengurangi panjang tembok sisi barat dan sisi timur di bagian utara kurang lebih 3 meter sehingga luas Hijr Ismail bertambah. Sebagian Hijr Ismail adalah termasuk Ka’bah, maka orang yang melakukan thawaf harus mengitari Ka’bah ditambah dengan Hijr Ismail, dan tidak sah apabila orang yang mengelilingi Ka’bah melewati gang antara Hijr Ismail dengan Ka’bah.
Jika seseorang ingin melakukan shalat malam di dalam Ka’bah, cukup melakukannya di Hijr Ismail. Sebagaimana diriwayatkan oleh Siti Aisyah, aku pernah minta kepada Rasullulah SAW agar diberi izin masuk Ka,bah untuk shalat di dalammya, lalu Beliau membawa aku ke Hijr Ismail dan bersabda: “Shalatlah kamu disini, kalau ingin shalat di dalam Ka’bah, karena ini termasuk sebagian dari Ka’bah.”
Shalat di Hijr Ismail adalah sunnah yang berdiri sendiri dalam arti tidak ada kaitannya dengan thawaf atau umroh atau haji atau ibadah lainnya.)
28 Julai 2008
Jam 0415 pagi solat subur di Masjidil Haram dan mula ziarah di sekitar Mekah.
Jam 0630 melawat Jabar Qobeh . Bukit dimana tempat jatuhnya Hajarul Aswad.
Dan seterusnya melawat tapak tempat Nabi Muhamad SAW dilahirkan. Rumah nabi yang dijadikan perpustakaan ketika ini. Ziarah diteruskan dengan lawatan ke Masjid Kucing ,Masjid Bendera , Masjid Pokok @ Masjid Sejarah dan seterusnya Masjid Jin.
HAJARUL ASWAD
( Menurut sejarahnya, Hajarul Aswad diturunkan oleh Allah dari langit ke atas Jabal Qubais. Ia merupakan sebiji permata putih, lebih putih dari salji, tetapi lama - kelamaan menjadi hitam sebab disentuh oleh orang - orang musyrik. Kalau tidak kerana sentuhan tersebut nescaya cahayanya menerangi antara timur dan barat. Ini diterangkan dari hadis Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam yang bermaksud: Dari Ibnu Abbas r.a. katanya, Rasulullah s.a.w bersabda :" Hajarul Aswad diturunkan dari syurga dan berwarna lebih putih dari susu. Dosa-dosa manusia (anak Adam ) menyebabkannya menjadi hitam " .
Riwayat Ahmad dan Turmizi Hajarul Aswad adalah sepotong batu yang berasal dari syurga. Warna asalnya adalah lebih putih daripada susu. Dikatakan ia menjadi hitam kerana luruhnya dosa manusia yang mengucupnya. Pelbagai peristiwa sejarah dilalui oleh Hajarul Aswad. Hinggalah ke hari ini yang masih tinggal daripada Hajarul Aswad adalah sebanyak lapan kepingan sebesar biji tamar yang diikat pada lilin yang dicampur kasturi di dalam lingkungan perak.
Sesiapa yang ingin mengucupnya hendaklah meletakkan mukanya ke atas kepingan itu. Mencium Hajarul Aswad adalah sunnah, tetapi menyakiti orang lain atau menyakiti diri sendiri adalah terlarang. Oleh sebab itu, dalam hal mencium Hajarul Aswad ini kita tidak boleh terlalu memaksakan diri dalam keadaan yang penuh sesak terutama bagi kaum wanita. Selain membahayakan tubuh badan, ianya selalu mendatangkan perTengkaran atau melanggar aturan hubungan antara lelaki dan perempuan yang tidak halal.)
Dan seterusnya melawat tapak tempat Nabi Muhamad SAW dilahirkan. Rumah nabi yang dijadikan perpustakaan ketika ini. Ziarah diteruskan dengan lawatan ke Masjid Kucing ,Masjid Bendera , Masjid Pokok @ Masjid Sejarah dan seterusnya Masjid Jin.
Jam 0830 pagi melawat ke kubur Maala dimana ditempatkan Makam Siti Khadijjah , isteri Rasullullah.Balik ke Hotel Badawod. Menaiki kereta dari Kubur Ma'la ke hotel diturun kan oleh pemandu kereta Tok Arab lebih kurang 1.5 km katanya tak jumpa hotel . Pak Arab , Pak Arab.
29 Julai 2008
Jam 0700 pagi selepas solat subuh menuju ke Masjid Udabiah . Miqat @ niat Umrah .
Jam 0800 pagi melawat telaga kosong disempadan Miqat Udabiah . Menurut riwayat telaga tersebut tiada air dan Nabi Muhamad SAW masukkan air didalam mulut dan kumurkan kemudian luahkan didalam telaga tersebut maka air dengan serta merta penuh dan itu merupakan satu Mukjizat Nabi Muhamad SAW
Jam 0830 Miqat di Masjid Udabiah.
Jam 1030 ziarah Muzium Mekah .Kemudian balik ke Masjidil Haram , Tawaf , Sae dan selesai umrah ke tiga.
Jam 1215 .jam 1230 solat zuhur di Masjidil Haram.
30 Julai 2008
Mulai subuh aku mula mengira mayat yang disembahyangkan di Masjidil Haram . Subuh 4 mayat , Zuhur 6 , Ansar 6 , Magrib 6 dan isyak 3 mayat . Ramai juga yang kerahmatullah di tempat yang teragung itu. Syukur.
Jam 2230 malam Miqat di Tanaim bagi menyempurnakan umrah ke empat . Tamat jam 0130 pagi.
31 Julai 2008
Meneruskan solat dan umrah kelima. Masih Miqat di Tanaim. Tambangnya RM6.00 seorang pergi balik dari Masjidil Haram ke Tanaim dan balik ke Masjidil Haram.
01 Ogos 2008
Meneruskan amalan dan solat di Masjidil haram . Solat Jumaaat di Masjidil Haram diimani oleh Imam Besar Masjidil Haram.
Jam 2200 meruskan Miqat di Tanaim untuk umrah ke enam.
02 Ogos 2008
Masih meruskan ibadah seperti biasa di Masjidil Haram . Syukur kerana alah mengurniakan kesihatan pada aku.
Jam 2215 bergerak ke Tanaem dan Miqat disana untuk menyempurnakan umrah ke 7 siap jam 0130 pagi.
3 Ogos 2008
Masih berada di Mekah dan solat di Masjidil Haram. Solat dihadapan Al Muktazam suatu tempat yang doanya begitu mustajab.
4 Ogos 2008
Menjalankan kewajipan dan masih di Masjid Haram. Melawat kawasan sekitar mencari cenderamata untuk dibawa balik. Selepas isyak membaca yasin dan tahlil yang melibatkan semua jemaah dari IMTIAZ yang di pimpin oleh Ustaz Jantan dan Ustaz Fahdil.
5 Ogos 2008
Selepas solat subuh . Mengejarkan Tawaf Wida’ iaitu tawaf selamat tinggal.
Jam 0730 pagi bertolak dari Hotel Badawod Mekah menuju ke Jeddah menaiki bas. Melawat Masjid Pancung , Masjid Terapung dan Laut Merah. Ugh panasnya boleh tahan.
TEMPAT PANCUNG KEPALA PESALAH
Jam 1100 pagi tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdul Aziz.
Jam 1800 menaiki Pesawat Sri Langka Air menuju ke Bandaranaike International Airpot di Colombo. Tiba jam 0230 pagi waktu Sri Langka ( 0540 waktu Malaysia ).
Disekeliling Lapangan Terbang dipenuhi kubu kubu tentera . Takut juga manalah tau gtersalah sasaran . Selama 4 jam transit di Colombo amat membosankan. Air mineral RM 4.00 sebotol kecil.
Jam 0700 Waktu Sri Langka @ jam 1000 pagi Waktu Malaysia bertolak dari Colombo ke KLIA dan dan tiba jam 1500 waktu Malaysia
Meneruskan penerbangan ke Lapangan Terbang Kuala Trengganu dan seterusnya balik ke Kota Bharu.
Alangkah indahnya semasa disana.Kos keselkuruhan bagi setiap orang RM 5360.00 perbelanjaan pelbagai RM 1000.00. Keseluruhan RM 6360.00 untuk tempoh 16 hari .
Doa:
Ya Allah ya tuhan ku aku memohon pada mu supaya hadirku di rumahmu untuk kali pertama bukan penamatnya. Aku mohon pada mu murahkan rezeki ku untuk datang kembali kerumah mu biarpun untuk berkali kali.
Ya Allah , aku mohon pada mu supaya aku terus dapat menunaikan ibadat pada mu secara berterusan tanpa apa apa halangan dan kunjungan aku kali pertama mendapat rahmat dan barakah dari mu Ya Allah.
Ya Allah , aku mohon supaya aku terus mengingati mu sepertimana aku mengingati mu tanpa lupa semasa aku berada di rumah mu Ya Allah. Amin Ya Rabal Alami…..
Captmus:020911@1810hrs
No comments:
Post a Comment