Jumlah Pelawat Captain Mus

Popular Posts

Thursday, 29 September 2011

SEDIH ...Bila ramai yang terlibat...............



Tanpa bicara tentang statik , tanpa bicara tentang  jumlah yang terlibat baik dari segi bangsa atau ugama namun yang  nyata tetap nyata. Itu kita mesti  terima hakikatnya.
 
Sebagai seorang Pegawai Pendakwa  yang menjalankan tugas tugas dimahkamah , rasa terharu sering terdetik dihati kecil bilamana melihat betapa ramainya anak anak muda yang terlibat. Bukan terlibat sebagai Pegawai Pendakwa atau sebagai Peguam atau sebagai pemerhati tapi terlibat dengan apa yang dikatakan Methamphetamine . Juga dikenali sebagai “pil kuda”  yang lebih manis dikenali sebagai “butir”. Hanya mereka  yang tertentu sahaja tahu maksud ini seolah olah sebagai satu nama samaran.

Kesedihan dan kehibaan disudut  hati selalu terdetik setiap kali hadir  ke mahkamah. Ada sahaja kes  di sebut atau dibicara  tentang Pil Kuda .Kalau tiada lesen memandu atau ,memandu kereta tanpa cukai jalan usahlah dikira bahkan semacam perkara biasa. Namun sedih bila ramai anak anak muda yang memakai “ Gelang besi “ hampir keseluruhannya  kesalahan memiliki  pil kuda  atau menguna pil kuda  untuk badan sendiri  . Sedih  dan terharu kerana rata rata yang terlibat itu adalah sebangsa dengan saya maksudnya kebanyakannya anak anak muda melayu  . Mungkin negara Malaysia ini terlalu mewah jika dibanding dengan negara lain. Anak  anak  muda Malaysia  mempunyai banyak wang yang akhirnya digunakan untuk membeli “najis “ tersebut.

Sedih bila melihat muka muka comel  berderet memakai gelang besi duduk bersila atau mencangkung di dalam mahkamah menanti  kes disebut.Ada yang muka sedih ada yang muka selamba dan yang sedihnya ada yang bangga . Pernah bertanya salah seorang yang terlibat katanya  dia sudah berkali kali  masuk penjara kerana ayah dan ibu tidak mampu membawa denda .  Bila ditanya lagi  kenapa buat mak susah hati. Dengan selamba dia menjawab saja je ikut kawan kawan.Masyaaalah.Dimanakah kasih sayang dan ajaran ugama yang diterapkan oleh ibu dan ayah. Dimanakah  letakkan  harapan menggunung yang  diharapkan oleh kedua dua ibu bapa. Betapa hancurnya hati meraka namun  jawapan selamba sebegitu menghancurkan   jiwa ibu dan bapa tidak kira siapa dia  samaada orang kaya atau orang miskin.

Operasi yang dijalankan oleh agensi penguatkuasa samaada bahagian nokotik PDRM atau Agensi Anti Dadah Kebangsaan ( AADK )  bagaimana tidak memberi  kesan apa tidaknya pengikut semakin ramai   dan yang ditangkap semakin hari semakin  bertambah . Peranan siapa sebenarnya. Ibu dah bagi nasihat , bapa sudah member tunjuk ajar , Bahagian Nakotik sudah membuat operasi,  AADK telah menjalani tugasnya  , kempen dijalankan oleh pelbagai agensi namun kenapa masih ramai yang terlibat. Siapa lagi yang harus main peranan. Tidak lain dan tidak bukan peranan hendaklah dimainkan oleh diri sendiri. Tubuh badan empunya diri. Azam  dan tekad yang tidak menebal dan hati yang rapuh  menghadapi gagal menepis dugaan terutama  pengaruh atau pelawaan kawan kawan.

Pengaruh kawan menjadi ikutan,   nasihat ibu dan  bapa  dicampak ke tepi  . Mula mula hanya hendak mencuba , nak try dan nak  acu buat namun akhirnya menjadi ikutan , menjadi  pengikut setia dan lebih hebat menjadi  pengedar atau lebih teruk membuka “ Ladang Kuda” .  Silap langkah tali gantung menunggu baru tamat riwayat.

Terima kasih kepada agensi penguatkuasa seperti polis  dan AADK yang bekerja keras. Tahniah kepada ibu bapa yang mengambil berat  tentang anak anak namun tanpa pemantauan berterusan gejala ini tidak mungkin dapat dibenteras atau dikurangkan bahkan akan terus subur  dikalangan anak anak muda yang mungkin salah seorang anak itu adalah anak kita atau anak saudara mara kita. Semua dijauhi dari  gejala jahanam ini.


Captain Mus 290911 @ 2251 hrs

No comments:

Post a Comment