Esok 13 September 2011
bermula peperiksaan Ujian Penilaian
Sekolah Rendah ( UPSR ) bagi murid murid
tahun 6. Berpuluh ribu akan berada di dewan peperiksaan . Pasti sudah persiapan rapi telah di lakukan
baik oleh cikgu atau pun oleh tuan punya badan sendiri dan juga ibu bapa. Namun
masih ada diantara anak anak kita bah kan ibu bapa masih menganggap peperiksaan UPSR tidak begitu penting kerana
lulus cemerlang atau tidak langkah ke tingkatan satu tetap akan berlaku. Salah anggap tu wahai anak anak ku . UPSR satu ujian yang
amat penting. Ia merupakan langkah
pertama
untuk mengintai kejayaan. Langkah cemerlang bermula dari peperiksaan UPSR.
Kalau langkah pertama telah tergelincir sudah
tentulah merupakan satu kerugian besar.
Biarkan langkah pertama bukan yang terakhir. Dengan keputusan yang cemerlang ,
anak anak berpeluang untuk melanjutkan pelajaran ke sekolah tertentu
seperti Sekolah Berasrama Penuh ( SBP
), Sekolah Berprestasi Tinggi ( SBT ) , Sekolah Intergrasi . Sekolah Menengah Sains
, Maktab Rendah Sains MARA (MRSM ) atau Sekolah Sekolah Agama terpilih sering menjadi pilihan utama. Jika langkah bermula dari sini agak tidak sukar
untuk terus melangkah ke tahap yang lebih tinggi .
Jangan
ada sikap “ Tidak Apa “ “ Tidak Kisah “ kerana sikap itu akan meruntuhkan semangat juang adik
adik atau anak anak kita . UPSR tetap
penting. Apapun pandangan ibu bapa samaada di bandar atau dikampung namun UPSR tapak mula menuju kejayaan. Letakkan sasaran 5A tetap dalam genggaman tetapi genggaman
kenalah disertakan dengan usaha yang gigih. Kalau sasaran 5A tetapi baca buku
atau lihat buku pun tak mahu janganlah berangan untuk mendapat 5A. 1A pun belum pasti diperolehi.
Dalam
tempoh tiga hari ini , dari 12 Sep 2011 hingga 15 Sep 2011 dengan 5 mata
pelajaran yang diujiankan , buatlah dengan penuh keyakinan. Jangan lupa solat hajat , memohon doa dari
Allah dan restu ibu bapa sebelum
melangkah keluar rumah . Jaga kesihatan
diri dan jangan tersalah makan kerana semuanya menyumbang kepada
ketidakselesaan semasa menjalani ujian. Siapkan diri seawal mungkin , solat
subuh sebelum bertolak , baca Alfatihah
sebelum melangkah dan doa penerang hati jangan dilupa. Ibu membaca ayat ayat
suci Al Quran dekala anak anak kesayangan sedang berjuang didalam medan
peperiksaan.
Wahai
anak anak kecil yang akan menjalani
peperiksaan esok hari dan hari hari
seterusnya , jika kita yakin pada diri
kita dan kita telah bersiap sedia seawalnya, pasti kita masuk dewan peperiksaan dengan
penuh keyakinan tanpa sebarang kerisauan. Bagi yang tidak bersedia , buatlah yang terbaik kerana masa
belajar sudah berlalu , tiada apa
apa lagi yang boleh dilakukan. Hanya Allah tempat memohon pertolongan.
TIP MENGHADAPI PEPERIKSAAN DAN DOA BERKAITAN
MENGHADAPI PEPERIKSAAN |
Peperiksaan tidak perlu ditakuti. Jika segala pesediaan untuk peperiksaan |
telah dibuat. Tiada apa yang perlu dikhuatirkan. |
Berserah kepada Allah, Yakin dan bertawakkal. |
Usaha hak kita, tetapi kejayaan Allah yang kurniakan |
Mulakan setiap usaha dengan Basmallah |
بسم الله الر حمن الر حيم |
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang |
Doa penerang hati |
أَللهُمَّ افْتَحْ عَلَيْنَا حِكْمَتَكَ وَانْشُرْ عَلَيْنَا مِنْ خَزَائِنِ |
رَحْمَتِكَ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ |
Ya Allah bukakanlah hikmahMu, dan turunkanlah rahmat dari khazanahMu |
kepada kami, Wahai Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang |
- Amalkan setiap kali belajar dan baca ketika berada di bilik peperiksaan. - |
Doa apabila terlupa |
سُبْحَانَ مَنْ لا يَنَامُ وَلايَسْهُو آللهُمَّ ذِكِّرْنِى مَانَسِيْتُ |
Maha Suci Tuhan yang tidak pernah Tidur dan tidak lupa, |
Ya Allah peringatkanlah aku apa yang aku lupa. |
- Salawat ke atas Nabi s.a.w. dan baca doa ini ketika terlupa - |
Doa minta tambah ilmu |
آللهُمَّ انْفَعْنِى بِمَا عَلَّمْتَنِى , وَعَلِّمْنِى مَايَنْفَعُنِى |
وَارْزُقْنِى عِلْمًا يَنْفَعُنِى وَزِدْنِى عِلْمًا |
Ya Allah , jadikan daku berguna untuk masyarakat dengan ilmu |
yang engkau kurniakan kepadaku, |
Dan kurniakanlah daku pengetahuan yang berguna untuk diriku |
serta tambahilah daku ilmu pengetahuan |
- Elok dibaca untuk mendapat ilham bagi menjawab soalan - |
Doa mendapat petunjuk |
رَبَّنَا لا تُزِغْ قُلُوبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا |
مِنْ لَدُنْكَ رَحْمَةً إِنَّكَ أَنْتَ الْوَهَّابُ |
Wahai Tuhan kami , janganlah Engkau sesatkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk |
dan berikanlah rahmatMu, sesungguhnya Engkau Maha Pemberi |
-Selalulah memohon kepada Allah agar sentiasa mendapat petunjuk. - |
Doa mudahkan hafalan |
آللهُمَّ ارْزُقْنَا يَا رَبِّ فَهْمَ النَّبِيْيِنَ وَحِفْظَ آلْمُرْسَلِيْنَ |
وَإِلْهَامَ آلْمَلائِكَةَ آلْمُقًرَّبِيْنَ فِى عَافِيَةِ يَااَرْحَنَ آلرٌّاحِمِينِ |
Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman para Nabi dan hafazan para Rasul |
dan ilham dari para Malaikat yang menghampiri denganMu |
kurniakanlah kesihatan wahai Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. |
Selamat menduduki peperiksaan
UPSR
Captmus:120911@2333
hrs
No comments:
Post a Comment