Corak kehidupan bertukar mengikut
aliran zaman dan pengaruh persekitaran. Jika dibanding dengan 40 tahun – 50 tahun
yang lalu banyak berlaku perubahan.Menetap di kampong dalam persekitaran yang berbeza dengan suasana dibandar.
Dekala waktu
kecil masih boleh merasai kehangatan lumpur ketika menanam padi atau
semasa mengekori kerbau ketika membajak bendang. Masih boleh merasai tidur dibawah pokok sementara menanti
ibu mengetam padi . Merasai bekalan nasi dingin atau pulut ikan kering dengan air kopi sejuk sewaktu rehat makan tengahari. Memikul padi
sampai ke pengkalan perahu dan menyusun
padi padi yang dituai didalam rumah padi yang sudah tidak wujud lagi
ketika ini.
Belari lari mencari ikan mengguna serkap dibawah
jerami yang telah dituai . Entah tah serkap pun sudah tidak dikenali. Mencari buah nipah muda untuk dibuat kerabu atau
memetik buah nipah separuh tua untuk dimakan sesuatu yang begitu
menyeronokkan. Namun segalanya yang dilalui diatas sudah tidak lagi
dilalui oleh anak anak zaman sekarang.
Hiburan dikir barat , wayang
kulit , main puteri dan menora sudah
sebati. Bentang tikar dengan sedikit bekalan sambil mendengar celoteh tok jora
dan tukang karut amat menyeronokkan biarpun dikir tamat hampir jam 4 pagi dan
masa itu pun penonton masih setia menunggu . Bertanding wau selepas musim
menuai dengan hadiah kambing sukar dicari. Bermain gasing sudah sukar
kelihatan .
Masih segar dalam ingatan diwaktu
tahun 70 an hanya ada satu TV sahaja dikampung aku . itu pun TV hitam putih
yang ada di rumah Tok Ketua. Setiap malam Tok Ketua akan meletakan TV tersebut
dihadapan pintu utama menghala keluar dan ramai penonton seolah olah sedang
melihat tayangan wayang gambar. Apalagi
jika cerita hindustan atau gusti. Wow ramai peminatnya....
Tiada gejala mat rempit , dadah atau pil kuda
. Jika dimalam raya meriam buluh menjadi kegemaran dan dibulan puasa sepanjang
bulan masjid dipenuhi dengan kanak kanak
yang seronok menanti morey. Berlari lari memenuhi surau atau masjid . Cendol
sering menjadi menu utama. Majlis
berbuka puasa juga unik . Bukan ketering
tetapi setiap keluarga membawa hidangan masing masing . Maknanya kalau ada 50 keluarga maka 50 puluh hidangan
atau menu yang berbeza. Seronokkan masa dulu dulu. Masihkah wujud suasana itu
ketika ini. Jika pun ada ianya teramat sedikit.
Apa dah jadi kini…
Bendang dikerjakan oleh mesin
membajak. Padi dituai dengan mesin penuai
dan diangkut menggunkan lori setidak tidanya menggunakan motor .Gejala mat
rempit tidak terbendung . Peminat pil kuda makin hari makin bertambah. Setiap
hari ada sahaja yang ditahan samaada memiliki pil kuda atau mengguna pil kuda.
Telah penat pihak berkuasa berkempen , beroperasi dan segala macam yang dibuat
tetapi seolah seolah penyakit ini kebal.Susah nak kawal dan mungkin senang diperolehi.
Salah siapa….. Mungkinkah didikan awal
ibu bapa yang melepas bebas anak anak tanpa kawalan atau penguatkuasaan yang tidak serius atau
pengaruh persekitaran yang sememangnya menjadi duri dalam daging. Jika dilihat
dari segi penguatkuasaan boleh tahan tapi masih berlaku. Itu tidak dinafikankan
kerana bukan senang menghapus penyakit bebal begini tanpa sokongan ibu bapa
atau sekongan semua pihak.
Segalanya bermula dari sikap .
Sikap ingin tahu , sikap nak mencuba dan akhirnya dipengeruhi oleh kawan kawan.
Mula mula kononnya hendak mencuba
atau ingin tahu tetapi akhirnya menjadi pengikut setia. Penagih .
Perempit yang kadang ketika mati sia sia…
Awasilah anak anak kita supaya
tidak menyesal.Mungkin panduan dibawah
sedikit sebanyak boleh menjadi
panduan :
# Jika anak kita berkawan , kenalkan kawanya . Siapa keluarganya dan adakah keluarga ini telah ada yang terlibat dengan gejala itu. Jika ada cuba elakkan dari merapati kawan tersebut.
# Elakan anak anak bermalam dirumah kawannya tanpa betul betul
yakin bahawa anak kita tidak salah menggunakan kebenaran itu kerana jika
dibenarkan inilah permulaannya.
# Jangan biarkan anak keluar tanpa tentu masanya. Pastikan anak
anak balik kerumah sebelum magrib. Jika tidak balik ini juga merupakan lesen besar
anak anak kita untuk melakukan sesuatu . Jika dibiarkan suatu hari nanti jam 2
pagi sudah menjadi kebiasaan. Akhirnya langsung tidak balik rumah dengan pelbagai
alasan . Jika itu berlaku maknanya anak anak kita sudah mula mencipta satu
masalah yang akan menjuruskan kepada
pelbagai gejala.
# Jika ada kelapangan hantar dan ambil anak kesekolah , hantar
tusyen jangan biarkan pergi sendirian terutama dengan kenderaan sendiri . Jika
dibiarkan ke sekolah tak sampai tusyen tak pergi.
# Pastikan jadual belajar dan dipatuhi dan pergerakan keluar rumah
tanpa tujuan hendaklah dihadkan.
# Setiap kali keluar tanyakan
secara lengkap kemana hendak pergi , dengan siapa , tujuan apa , balik jam
berapa.
# Jika lambat balik tanya kembali kenapa lambat balik tidak seperti yang dijanji.
# Jika lambat balik tanya kembali kenapa lambat balik tidak seperti yang dijanji.
# Lihat perubahan sikap anak anak kita kerana ibu
adalah orang terbaik yang boleh membaca setiap gerak geri dan naluri hati anak anak .
# Periksa beg sekolah atau
sesekali bilik tidur atau alamari anak anak kita. Jangan biarkan berada didalam
bilik sepanjang masa dan pastikan bilik tidak berkunci.
#
Jika ada internet
dirumah sesekali semak laman web yang dilayari
# Jangan manjakan anak anak dengan limpahan wang ringgit jika
diminta RM 50.00 jangan diberi RM 100.00 . Mungkin diberi kurang dari
yang diminta dan jika sering meminta
duit tanpa tujuan sila selidik dan jika pun tidak diminta juga kena
selidik kerana kedua duanya ada pengaruh tersendiri.
# Jangan biarkan anak anak kita ambil sendiri duit didalam dompet atau beg duit. Biar ibu bapa yang bagi kalau terbiasa susah hendak dikawal . Akhirnya ambik tanpa diminta . Jika diminta RM 10.00 diambilnya RM 20.00.
# Pastikan anak anak tidak lupa solat.
# Pastikan anak anak tidak lupa solat.
Sekadar panduan.
Captmus: 090911 @ 0656hrs
No comments:
Post a Comment