Berdisiplin dimana sahaja dan saling hormat antara satu sama lain. Ada perselisihan
faham leraikan . Ada persengketaan kecil
selesaikan. Ada perbezaan pendapat huraikan
dan jika berlainan pandangan satukan , jitukan dan ambil satu keputusan yang terbaik antara yang terbaik.
Bila ada masalah jangan biarkan
ia melarat. Bila ada persengketaan jangan biarkan dia menular , jika ada perselisihan pendapat jangan
biarkan berpecah kata. Orang tua tua
sudah berkata jika sepakat , pakatan menjadi kuat. Jika lidi sebatang
ditekan patah , jika berpuluh batang di
potong pun susah.
Usah ada perasaan dengki atau dendam.
Kerja dalam satu kumpulan , dalam satu pasukan .Tidak kira kumpulan yang besar
atau hanya 2 ke 3 orang. Kerja
berpasukan dengan satu haluan , satu
tujuan dan satu keputusan. Jika berbeza atau berlainan pendapat rujuk dan duduk semeja barangkali ada yang
terbaik untuk diputuskan. Jika ada
perasaan dengki sebesar mana pun kumpulan itu akan hancur kerana disebalik rasa
dengki ada penghasutnya . Siapa penghasutnya , dia adalah syaitan laknatullah mungkin
syaitan berupa manusia atau berupa apa sahaja.
Semangat kerja berpasukan
hendaklah diterapkan dimana mana organiasasi . Dalam perkhidmatan kerajaan atau sektor swasta , bahkan didalam pengurusan rumah tangga.Rumah ku syurgaku.
Jika didalam rumah tangga semua
mempunyai tugas , dibahagi dengan betul dan tugas itu dilaksanakan dengan sempurna semua akan menjadi lebih teratur , terurus dan
menyeronokkan. Tapi apa jadi kalau membawa haluan masing masing. Kerja bertimbung
puas disuruh . Jawapan “YA” nanti akan buat. “ YA” sekejap lagi . “YA”
tahu lah . Jika tidak , pinggan mangkuk tidak berbasuh , kain tidak
berlipat , sampah tidak bersapu , sawang tidak terbuang dan tandas tidak bercuci.
Semuanya mengharap seseorang yang melakukanya . Siapa dia. Dia adalah mama , ibu , mak , mami , umi dan apa pa saja panggilan . Kesian . Mana pergi anak lelaki atau anak perempuan .
Jika tidak diasuh kerja
berpasukan dari rumah beginilah jadinya.
Bila dipejabat masing masing membawa diri. Tidak boleh ditegur . Tidak boleh dibawa
berunding. Kerja
kau kerja kau dan kerja aku jangan
diganggu. Dibawa berunding jangan sekali ada masalah lepaskan kepada
siapa saja akhirnya timbul rasa benci akhirnya berlaku pergaduhan. Kenapa ? . Semangat
kerja berpasukan tiada dalam diri. Semangat saling tolong menolong dibuang ketepi apa lagi
semangat gotong royong yang saban hari semakin hilang. Akhir lahirlah budaya
kau dan aku. Yakni kau adalah kau dan aku adalah aku. Beginikah orang
melayu masakini atau orang Malaysia lain
lain bangsa.
Dimanakah semangat juang yang ditinggalkan oleh nenek moyang.Dimanakah
pusaka gotong royong yang ditinggalkan
oleh atuk dan aki . Ataupun sudah ditelan zaman. Ataupun sengaja dilupakan.
Kerana sifat dengki yang mendalam
dan budaya kau adalah kau , aku adalah aku berlaku banyak pembaziran. Lihatlah di pejabat , bila tamat
tugas lampu tidak bertutup , penghawa dingin tidak di off , kipas
bertiup kencang., Kenapa ini berlaku sebab hanya satu semangat berpasukan sudah hilang dalam diri
masing masing. Dan menganggap itu bukan kerja aku dan bukan tugas aku.
Tapi jika
kita mempunyai semangat kerja berpasukan
yang tinggi , budaya tolong menolong yang menebal dan rasa tanggungjawab yang menggunung bukan saja
lampu tutup , kipas di off penghawa dingin di padam tapi semua benda
akan diambil tahu, dilakukan dengan ikhlas tanpa sedikitpun ada rasa penat ,
bosan , mengeluh atau membebel tanpa
tujuan. Kan bangus begitu. Jauhkanlah sifat dengki. Tanamkan sikap berkerjasama yang mendalam. Semangat setia
kawan yang jitu. Persahabatan yang setia dan semangat hormat antara satu sama lain terus menebal.Kerana
hanya untuk satu yakni “ HIDUP KITA HANYALAH
SEMENTARA”
Rasulullah SAW bersabda,
ثَلاَثٌ لاَ يَخْلُوْ مِنْهُنَّ أَحَدٌ :
اَلْحَسَدُ , وَ الظَّنُّ , وَ الطِّيَرَةُ . أَفَلاَ اُنَبِّئُكُم
بِالْمَخْرَجِ مِنْ ذَللِكَ : إذَا حَسَدْتَ فَلاَ تَبْغِ وَ إذَا ظَنَنْتَ
فَلاَ تُحَقِّقِ , وَ إذَا تَطَيَّرْتَ فَامْضِ
“Tiga perkara yang tidak akan terlepas
seseorang dari padanya, sifat dengki, prasangka buruk dan memandang sial
terhadap sesuatu. Maukah engkau kutunjukkan jalan keluarnya. Jika
engkau mendengki, jangan melampaui batas. Jika engkau berprasangka
buruk, jangan engkau benarkan. Dan jika anda merasa sial, maka
teruskanlah1.”
Orang yang mendengki hendaknya melawan
perasaan hatinya dengan memuji orang yang didengki, serta memuliakan dan
membantunya. Ini adalah cara yang paling mujarab untuk menghilangkan
perasaan dengki.
Captmus: 180911@0010hrs
No comments:
Post a Comment