Masih ingatkah murid murid huruf ini dihari pertama persekolahan
Merenung jauh 40 tahun lalu , ketika
itu usia baru 9 tahun. Teringat masa sekolah rendah . Atap zink beralaskan pasir
putih. Debu usah dikira. Kelas tidak cukup.
Murid tahun satu hingga tahun tiga belajar di sekolah beratap zink dan berdinding
separuh . Bila hujan puas mencari tempat meneduh .Tapi bila hujan juga seronok main hujan sampai ke bilik darjah.
Apalagi sampai atas mejalah berlari dari
satu meja ke satu meja lain.
Bila guru besar datang lintang pukang lari sembunyi. Seronok.Bila dapat ditangkap
apa lagi rotan
sebesar ibu jari menjadi santapan
. Tempatnya dimana. Dimana lagi di punggunglah. Sakit tapi seronok. Bila salah
maka hukuman serta merta. Tiada tunggu esok atau lusa. Tiada tunggu hari
perhimpunan.Tidak tunggu mesyuarat nak putuskan hukuman. Jumpa dibilik guru besar apa lagi hukuman
dijalankan. Kerana rotan itu jugalah kita berhati hati bahkan tidak buat lagi
kesalahan yang sama . Takut kena rotan lagi teruk. Bila ditunjuk pada mak ayah,
bila dicakap kepada orang tua , kononnya untuk mendapat pembelaan apa lagi ranting
kayu naik atas belakang. Menyokong tindakan cikgu .
Ingat Pesan Cikgu
Dulu bukan kini. Cuba cikgu rotan anak anak murid masa kini. Bukan anak murid di dibelasah oleh ayah dan ibu
tetapi laporan polis yang dibuat kononnya satu penderaan. Saman didaftar akhirnya cikgu yang menghadapi
tindakan mahkamah . Jalan terbaik
buatlah apa yang hendak dibuat. Anak anak murid jangan ditegur takut
tersalah tegur susah nak menjawab.
Mengharapkan pembelaan dari Pengetua , Penolong Kanan , tak usahlah kerana masing masing menjaga periuk nasi sendiri . Bahkan Pengetua atau Penolong Kanan pun tidak selamat. Silap silap nun jauh kehulu . 4 jam menaiki bot belum tentu sampai . Jadi berani buat beranilah tanggung . Kalau takut periuk nasi hilang anak - anak murid diajar sekadar makan gaji. Budaya makan gaji inilah membuat anak - anak murid zaman sekarang kadang kala hilang punca . Kenapa ?. Sebab tidak boleh ditegur. Silap ditegur oleh guru disiplin , kereta menjadi mangsa , dicalar , dibocorkan dan lebih dasyat di simbah cat. Ikut sukalah cat warna merah ke , warna putih ke, celoreng ke . Bila keluar dari bilik darjah terperanjat besar tengok kereta berwarna warni. Oh siksanya guru guru zaman moden ini.
Mengharapkan pembelaan dari Pengetua , Penolong Kanan , tak usahlah kerana masing masing menjaga periuk nasi sendiri . Bahkan Pengetua atau Penolong Kanan pun tidak selamat. Silap silap nun jauh kehulu . 4 jam menaiki bot belum tentu sampai . Jadi berani buat beranilah tanggung . Kalau takut periuk nasi hilang anak - anak murid diajar sekadar makan gaji. Budaya makan gaji inilah membuat anak - anak murid zaman sekarang kadang kala hilang punca . Kenapa ?. Sebab tidak boleh ditegur. Silap ditegur oleh guru disiplin , kereta menjadi mangsa , dicalar , dibocorkan dan lebih dasyat di simbah cat. Ikut sukalah cat warna merah ke , warna putih ke, celoreng ke . Bila keluar dari bilik darjah terperanjat besar tengok kereta berwarna warni. Oh siksanya guru guru zaman moden ini.
Disimbah cat - [ Sekadar hiasan blog ]
Dulu bila sebut sahaja guru
disiplin datang atau membuat pemeriksaan
mengejut , rasanya kalau boleh nak masuk
lubang cacing , takut kepada guru disiplin. Bunyi berjalan pun dah tahu, itu guru disiplin. Jarak 3 kelas dah senyap
tanpa sebarang kata . Buku diambil dari beg
, baca , kononnya sedang membaca
buku tapi sebenarnya takut dimarah guru
disiplin.Bising satu kelas kena denda.
Tapi cuba perhatikan hari ini,
bukan lubang cacing yang dicari , guru tersebut pula yang hendak dimasukan kedalam lubang cacing oleh anak – anak murid. Lebih dasyat tunggu diluar pagar .
Diluar sekolah. Ditengah jalan. Oh beginilah nasib
guru zaman moden.
Guru zaman sekarang…..
Merokok sudah menjadi kebiasaan .
Maknanya tak ada apa apa. Murid menghisap rokok dihadapan cikgu selepas waktu
sekolah jangan ditegur padah terimanya.
Lebih memeritkan bila penjual restoran tanpa rasa bersalah menjual rokok sebatang , dua batang kepada murid murid
sekolah biarpun kedai tersebut hanya beberapa meter dari bangunan sekolah. Dimanakah letaknya hati
perut penjual itu.
Hebatkan murid murid zaman kini. Pantang ditegur jika silap tegur buruk padahnya. Silap cakap susah dibuatnya.
Dah tau bahaya nak isap juga
Tapi bukan semua. Hanya
segelintir yang berperangai begitu. Biasanya golongan ini sudah tidak dengar nasihat ibu
bapa. Kesekolah bermotor dan berkawan tanpa mengira waktu. Balik
kerumah entah jam berapa . Bila tiba waktu peperiksaan jam 8.00 pagi masih
merayau diluar sekolah. Apa nak jadi. Cikgu nak bagi nasihat , oh rasanya tidak sekali kali silap silap dapat
“ hadiah “ sesuatu dari murid itu lebih
dasyat dari ayah atau ibu kononnya membela anak anak. Bela apa? . Kalau yang
dibela itu menunju kejalan yang salah , moral yang rosak dan akhirnya
membebankan negara dengan menjadi penagih , penyamun , mat rempit atau apa apa yang menyakitkan.
Kalau dah tak dengar cakap sangat... mak pun turut " berdoa"
Kalau dah tak dengar cakap sangat... mak pun turut " berdoa"
Kepada cikgu cikgu … cuba ingat
masa cikgu kecil dulu adakah perkara ini
berlaku . Kalau tidak, kenapa
ianya tidak berlaku. Tidak hairan lah ada segelintir cikgu masa kini menganggap kerjaya guru hanya sekadar makan
gaji , macam penjawat awam yang lain demi menjaga periuk nasi masing masing.
Kesian cikgu - cikgu
masa kini. Niat baik hendak mendidik
tapi yang dapat hanya herdik atau “hadiah” yang pelbagai. Sabar jelah cikgu kerana hari
ini bukan seperti masa cikgu kecil kecil dahulu. Dunia sudah berubah.
Terima kasih atas pengorbanan masa dan wang ringgit
Captmus: 19092011 @2241 hrs
jadi cikgu kena la tahan.cuba u baca blog saya , macam2 ada kisah dalam kelas. tapi saya dah pencen dah.tk tengok dan tk lalui dah semua pengalaman tu lagi.They are all sweet experiences which I will cherish for life..
ReplyDeletego to indamarya.blogspot.com