Jumlah Pelawat Captain Mus

Popular Posts

Tuesday, 4 October 2011

Airmata seorang perempuan….




Airmata dimana mana  dan  siapa saja  akan mengeluarkan air mata  samaada air mata kerana kedukaan atau  air mata kerana kegembiraan. Kali ini   ingin berbicara tentang air mata seorang perempuan. Mungkin seorang kawan , seorang sahabat , seorang teman , seorang kekasih , seorang isteri  , seorang kakak atau pun seorang ibu tersayang . Airmata yang kadang ketika kunjung tanpa diminta hadir tanpa dijemput .Mengalir kerana sesuatu mungkin kegembiraan dan tak kurang kesedihan. Segalanya kerana satu iaitu perasaan. Perasaan sedih  atau perasaan gembira. Sedih kerana sesuatu dan gembira jua kerana sesuatu.Itulah istimewanya titik titik jernih yang dinamakan air mata.

Masa  kecil tangisan mungkin kerana sakit perut  , demam atau meragam entah kerana apa. Puas ibu memujuk namun kadang ketika tidak makan pujuk puas si ayah mengomel namun tangisan  anak kadang ketika tidak reda. Hilang sabar dibuatnya. Ragam seorang kanak kanak . Kadang kadang menangis tak tentu pasal naik berang si ibu apalagi si ayah. Namun ingat itu adalah anugerah ilahi. Anugerah yang tiada nilainya. 

 Air mata si kecil

Banyaknya air mata dia

Masa berlalu begitu cepat dekala bergelar  anak dara sunti . Perangai masih kebudak budakan. Silap sikit menagis mengeluarkan air mata. Mungkin diusik oleh kawan sebaya . Usik punya usik  akhirnya naik berang . Mulalah air mata keluar. Kadang ketika air mata mangalir kerana putus cinta  tapi cinta monyet.Sekejap orang itu sekejap orang lain. Silap sikit putus kasih . Ya lah cinta monyet. Monyet katakan apalah  ertinya  sebuah cinta.Bagi bunga dikoyaknya  apa lagi bagi belacan . Lihatlah perangainya.

Bila sudah meningkat remaja ,. Hati mula sensitif . Sikit dimarah sudah terasa. Putus kasih menangis tanpa henti bengkak mata.  Hati apa lagi lagi . Berkurung dalam bilik. Makan tak selera  mandi kononnya tak basah. Memanglah tak  basah sebab mandi dalam mimpi . Cuba mandi betul betul  bukan lagi tak basah tapi basah kuyup sampai menggigil. Sikit diusik mula tarik muka sepuluh sen. Tapi kalau dah berkenan dihati  jelingan mata sudah cukup menggoda mulalah bercinta bagai  tak mau mati akhirnya putus cinta menangis tanpa henti.

Air mata terus mengalir bila  putus tunang . Barang kali tunang  bukan atas pilihan  hati tapi atas paksaan keluarga. Bertunang kerana umur sudah terkehadapan  . Bertahun tahun bertunang  tak juga khawin khawin ada saja alasan ada saja hal . Bagai tunggu buah tak gugur macamana nak gugur yang ditunggu tu buah plastic . Ya lah mungkin nak melarikan diri pada sidia . Mungkin sudah terjumpa yang serasi atau yang sejiwa  kononnya  ada persamaaan. Tapi bila putus tunang  air mata  mengalir tak diduga padahal mulanya amat membenci tapi bila sayang berputik ,  ikatan mula terlerai akibatnya hati  menanggung derita  air mata keluar   tanpa henti.

Sedih
Zaman remaja  berlalu pergi dengan seribu kenangan . Pahit manis dan segalanya. Bila mula menempuh alam berumah tangga  banyak cerita suka duka. Mungkin bukan dari cinta pertama . Mungkin bukan pilihan diri. Atau mungkin  kerana kesepian. Sebulan  berkhawin berjalan macam dirancang setahun berjalan macam di atur . Bila sudah beberapa ketika , hati  mula jemu  jiwa mula rasa kosong ,  plan yang diatur roboh,   rancangan yang dirangka  hancur. Suami mula cari lain. Kata orang main kayu tiga . Kayu tiga  masih boleh diterima  tapi kalau main kayu 5  lintang pukang . Yang dibenar  cuma empat yang satu sebagai simpanan. Apa nak jadi.  Yang tua menderita , nombor dua merana   , yang nombor 3 pula sakit jiwa dan  yang nombor 4  biarkan saja manakala  yang nombor  lima dapat segalanya sebab nak  memujuk  bila dah dapat mula buat perangai. Asyik nak buka cawangan . Nak jadi ketua cawangan konon .

Madu itu manis bermadu itu pahit ....

Rumah kata pergi kubur kata mari . Air mata seorang  atau beberapa orang isteri kerana  suami yang tidak setia . Mula isteri intai kiri intai kanan akhirnya rumah tangga hancur.  Bukan berselerak tapi hancur berkecai. Masa itu air mata  intan atau belian sekali pun sudah tiada nilai nya.Bila dah lima  cawangan  , alasan sentiasa ada   yang nombor  1  di tipu nombor  dua dibohongi no tiga kata  bertugas out station  nombor  empat pula   dikelentongnya  dan  nombor  lima dapat nikmat segalanya. Hancur luluh hati   yang dinamakan isteri.Hancur berkecai  jiwa insan  bernama wanita . 
 [ Sekadar hiasan blog ]

Mengalir air mata  melahirkan anak kerana kesakitan dan   tak kurang juga kerana kegembiraan. Yalah saat mula bergelar ibu atau umi , mak atau mama atau apa sahaja. Menjaga anak bagai menantang minyak yang penuh   di pegang erat takut tergolek , minyak tumpah  kuali pecah. Apa sahaja yang diminta diberi tanpa soal yalah anak kesayangan lebih lebih lagi anak tunggal  atau anak bongsu anak peliharaan yang  penuh kasih sayang.Kaulah intan kau lah payung . Anak kesayangan minta rm 10.00 bagi RM 50.00 . Apalagi mula buat plan yang bukan bukan. Akhirnya anak kesayangan buat hal. Cakap tidak didegar  tegur tidak dihirau pil kuda menjadi teman setia  . Lokap sudah menjadi rumah kedua penjara menjadi rumah ketiga . 


Air mata seorang ibu sejuk bagai salju mengalir  perlahan meniti kelopak mata mengenang  anak yang  tidak diduga . Masa kecik  ditantang rapi bila besar  emak dijadikan sasaran. Minta duti tidak diberi  , mullah  sepak terajang   melayan . Ibu bukan lagi ibu akhirnya merana kerana anak yang tidak mengenang budi. Biarpun mungkin bukan anak yang derhaka.Namun ibu tetap ibu masih  mengasihi sianak tanpa berbelah bagi kata orang biar hancur badan kerana anak. Tapi kena juga lihat lihat  nanti  ibu akan terus merana kerana anak.
 Air mata seorang ibu [ Sekadar  hiasan blog]

Membela  anak  biarpun hati ibu terluka akhirnya becerai berai kerana anak. Kerana anak siibu menjadi janda . Hidup tanpa punca pendapatan  kerana ikut hati  ikut kata anak kerana terlampau sayangkan anak . Ini namanya sayang tidak bertempat. Mengenang nasib diri akhirnya  menderita  dan terus menderita . Air mata mengalir tanpa diminta mengenang  nasib  yang  tersiksa kerana insan bernama anak.

Namun bukan semua air mata keluar kerana  derita . Air mata  mengalir kerana gembira . Gembira kerana kejayaan keluarga , kejayaan anak anak  dan kejayaan diri sendiri. Air mata menjadi teman  semasa gembira  dan biarkan  ia mengalir  setiap masa tapi  aliran air mata itu terlalu istimewa sejuk   sesejuk kasih ibu.Usah biarkan air mata mengalir kerana kedukaan biarkan ia mengalir kerana kegembiraan  atas apa jua kejayaan.
Doa untuk ibu bapa

Pada mu ibu aku bersyukur kerana  melahirkan sekujur tubuh yang kecil dan ahirnya menjadi insan yang berguna. Terima kasih atas kasih sayang dan didikan  mu tanpa mengira penat lelah panas terik  membanting tulang demi  insan bernama  ANAK..

Captain Mus : 04/10/11 @ 2130

No comments:

Post a Comment