Kita
diingatkan sebelum tidur membaca ayat ayat suci alquran dan mengingati kepada Allah kerana tidur kita
sebahagian dari mati. Ada yang
tidur akhirnya terus meninggalkan
dunia ini dengan aman tanpa sakit dan menyusahkan sesiapa untuk menjaga nya.
Dalam keadaan begitu , pemergiaan seseorang itu dengan penuh aman. Usah memikirkan kehidupan
seribu tahun akan datang tetapi fikirlah kematian hari esok. Jika ditakdirkan esok hari terakhir maka berakhirlah kehidupan kita
, harta yang bertimbun di tinggalkan ,
sayang macamana pun pada seseorang jika
dijemput Illahi sayang itu juga tiada
lagi maknanya. Kerana sayang juga tidak boleh bawa bersama kematian.
Yang
pasti diiring bersama hanyalah kain putih
dan keranda selain sekujur jasad yang sudah tidak bernyawa. Esok memang
masih ada tetapi adakah ia pasti esok untuk kita, mungkin esok untuk orang lain bukan untuk
kita. Janganlah kita terlalu yakin bahawa esok masih ada untuk kita. Kematian
berlaku dimana mana , bila bila dan kepada seseiapa sahaja tidak kira usia , kaya atau miskin , bahagia atau derita seseorang itu. Kerana
kematian adalah ketetapan Allah yang
Maha Mengetahui.
Ada orang
yang mati kerana sakit , ada yang mati kerana
kemalangan , ada yang mati kerana ajalnya memang pada saat itu dan ada juga yang sanggup mati kena kasih nya pada seseorang. Jika kematian itu
boleh ditangguh semua orang mahu menanguhnya dan jika kematian itu diketahui lebih awal resah gelisah manusia dibuatnya . Namun
itulah kebesaran Allah merahsiakan saat kematian.
Jika kita
menggangap esok masih ada, kita akan
terus lalai kerana berangapan bahawa kita boleh membetulkan segala kesilapannya
pada hari esok dan esok tetap ada, bila tiba
hari esok , maka esok selepas itu masih
ada . Persoalannya bilakah berakhirnya
hari esok.
Jika kita
meletakkan bahawa esok adalah hari
terakhir kita , maka amalan kita akan menjadi lebih kuat ,ingatkan Allah dengan lebih amalan dan urusan dunia
berada di tempat kedua kerana amalan
akhirat adalah segalanya. Tetapi biatrpun amalan akhirat diutamakan jangan pula urusan dunia diabaikan dan dibiarklan
biarpun kita mengganggap esok sudah tiada lagi. Persimbangan antara
dunia dan akhirat perlulah perincikan dan dibuat pertimbangan yang sewajarnya. Takut
takut esok juga masih ada untuk kita .Tetapi dimanakah letaknya hati kita
jika kita merasakan bahawa esok
sudah tiada lagi ………
Captmust
@ 20/10/11 ….0115 hrs
No comments:
Post a Comment