Pertandingan Bowling Penguatkuasa Kelantan diadakan
pada27 Oktober 2011 di Billion Bowling . Pertandingan ini diadakan bagi
mencungkil bakat baru. Hai macam macam ragam ada yang laju kekiri ada yang laju
ke kanan . Pin tersenyum tak kena
baling. Maknanya tak sakitlah si Pin tu . Hai saya pun dah tiga tahun tak main tapi rasanya masih boleh main. Tahniah kepada YUSRI SURADI yang bolot banyak hadiah.
Pertandingan ini dirancang
diadakan setiap 2 bulan sekali dengan satu Piala Pusingan Penguatkuasa
Kelantan. Rasanya elok juga Pila Pusingan itu di beri nama khusus. Nanti sama
sama kita fikirkan.
Namun agak kecewa kerana tempat
itu agak kurang selesa. Kasut pun koyak rabak , lane tak berapa elok dan bola
pun dah nazak.
Walaupun demikian diharap program
ini diteruskan bagi mengerakkan lagi talian persahabatan antara pegawai dan kakitangan Penguatkuasa Kelantan.
Program ini adalah wajib serta dan wajib hadir sebagai salah satu program
pembetukkan semangat berpasukan.
Tahniah kepada yang berjaya dan
yang kurang bernasib baik boleh cuba
lagi dua bulan dari sekarang.
Buat latihan dan persiapkan diri bagi pertandingan akan datang. Kepada penyelaras dan AJK yang diketuai oleh Tuan Anuar Suzli bin Tuan Abdullah diucapkan tahniah kerana berjaya mengendalikan dengan baik dan memuaskan .
Buat latihan dan persiapkan diri bagi pertandingan akan datang. Kepada penyelaras dan AJK yang diketuai oleh Tuan Anuar Suzli bin Tuan Abdullah diucapkan tahniah kerana berjaya mengendalikan dengan baik dan memuaskan .
Namun masih
ada segelintir yang masih tidak menepati
masa ditetapkan bermula pada jam 3.00 petang. Semoga semua
pegawai dan anggota Penguatkuasa Kelantan menepati masa yang ditetapkan. Perkara yang sama diharapkan
tidak berulang lagi. Jika dijadualkan
jam 3.00 maknanya mesti berada di lokasi
yang ditetapkan sekurang kurangnya 10 minit
sebelum masa ditetapkan
bagi urusan penyelarasan dan program tepat dijalankan mengikut masa yang
ditetapkan.
'Is Is Is apahal pulak yang sorang ni. Kalau ye pun frust tak kan begitu sekali malunya. Semua orang dah balik pun kah kah kah'
Tahniah
atas kejayaan tuan tuan…
Captmust 29/10/11 @ jam 2017hrs
No comments:
Post a Comment