Jumlah Pelawat Captain Mus

Popular Posts

Thursday, 17 November 2011

Merentasi Sungai Tahan Dan Taman Negara


" Kenangan Bersama Dato Timbalan Ketua Pengarah  JPV Malaysia  dan Dato Pengarah Penguatkuasa di Rainforest Resort"

Betapa seronoknya  Program Merentas Sungai Tahan dan Sungai Tembeling pada 15 November 2011. Menaiki perahu panjang merentasi jeram amat mencabar.


Melihat ikan ikan kelah di sutuari kelah amat mengasyikkan. Betapa indahnya kejadian Allah. Pujian harus diberikan kepada pemandu bot yang menggunakan kepakaran tinggi dalam pemanduan . Kiri kanan  batu menanti tetapi dapat memandu dengan begitu laju .

Dalam perjalanan ke Conopy Walk banyak pengalamannya.  Banyak tumbuhan hutan dapat dikenali. Terima kasih kepada pemandu pelancong yang berpengalaman. 



Meniti Conopy Walk  tidak dapat dilupai . Jambatan gantung yang  melepasi hujung pokok. Ia agak mencabar . Bagi yang gayat oh nampak tersiksa bagi yang tidak ada perasaan itu ia amat enjoy. 


Hutan hujan yang masih dijaga rapi di Taman Negara Gunung Tahan   begitu indah. Ia merupakan detinasi pelacongan yang hebat dengan tawaran produk pelancongan yang tiada ditempat lain. 

Air yang jernih sepanjang Sungai Tahan begitu indah dengan timbunan batu batan  yang entah berjuta tahun disitu.  Keindahan Sungai Tahan di hias pula dengan Lata Berkoh yang begitu cantik . Derungan air  memecah suasana sunyi di kawasan sekitar. Cuma  bagi mereka yang berhasrat untuk mandi harus berhati hati kerana agak merbahaya. Khabarnya terdapat air pusing di kawasan tersebut dan  kepala air juga sering terjadi. 


Menyelami kehidupan kaum asli ( Kaum Batek ) amat mengkagumkan. Kehidupan yang ringkas ditepi sungai Tembeling dan dijadikan salah satu produk pelancongan.





Pertunjukan   membuat api  hasil geselan rotan dengan kayu meranti memberi pengalaman yang tidak dapat dilupai biarpun suatu masa dulu  saya juga berlajar kaedah yang sama dalam kursus “ Iktiar Hidup” . 


" Penerangan diosampaikan oleh pemandu pelancong di perkampungan orang asli "

" Demontrasi menyala api "

Membuat  peluru  sumpit menunjukan betapa mereka mempunyai kemahiran yang tinggi. Namun  kadang kala terasa  dan terdetik juga rasa kesian  kerana seolah olah mereka ini dijadikan bahan pameran .

Anak anak mereka  yang masih kecil sudah diajar cara hidup begitu. Terima kasih kepada “Sena” yang menunjuk ajar cara membuat peluru sumpit. 

Apapun terima kasih kepada penganjur yang menganjur program ini yang memberi pengalaman yang tidak mungkin dilupa sampai bila bila . Syabas.

Captmus: 17/11/11  @ 2239 hrs

No comments:

Post a Comment