Saban hari aku tertanya tanya siapakah
dia…. Dekala aku terjaga dari lena aku sering ternampak bayangannya wajahnya
yang bersinar. Seorang lelaki tua , putih berjubah putih dan berserban putih sering muncul dihadapanku dekala aku bangun dari tidur tak kira jam berapa.
Mimpikah aku atau hanya bayangan fikiran ku… Wajah ini jua sering kelihatan
semasa aku berada di Mekah Almukaramah pada tahun 2007 semasa aku menjadi
tetamu Allah. Mengerjakan umrah.
Aku sering tercengang bilamana aku mengingati
wajah lelaki tua yang putih bersih .
Pelik tapi semuanya kuasa Alllah. Aku baru teringat dekala aku menerima
senaskah Al Quran di Mekah aku terbayang wajah ini… dan persoalannya siapakah
dia…..benarkah dia wujud atau hanya sekadar bayangan ku atau mimpi mimpi yang tidak pasti.
Aku sering kelalaian . Lalai
dalam mengerjakan kewajipan. Rasanya banyak dosa dosa ku yang masih belum terbayar.
Mampu kah aku membayarnya. Namun persoalan tetap ada di fikiranku , adakah
bayangan yang sering kunjung dihadapan
ku adalah seseorang insan yang cuba
memberitahu aku sesuatu. Jika itu .. beritahulah moga hati aku tidak
tertanya tanya.
Mungkin atas sifat insan lemah aku terlalai kadang
ketika lalai dalam menunaikan tanggungjawab sebagai hamba Allah…Biarpun dalam
hati ku sering berkata jika aku ditamatkan riwayatku esok apakah aku mampu
mengimbangi antara dosa dan pahala. Makin banyak aku belajar makin banyak yang
aku tidak tahu tentang agama. Itulah indahnya islam. Uniknya islam dan seninya
islam.
Banyak mana sekali pun dosa dosa
yang dilakukan namun ingat masih ada ruang untuk menebus dosa . Taubat nasuha. Jika diingatkan masa lalu oh alangkah kerdilnya aku . Siapalah aku jika
dibandingkan dengan orang orang yang berimam. Namun aku bernasib baik kerana
surau berhampiran rumahku . Sekurang kurangnya
ada ruang untuk aku bersolat berjemaah. Namun kadang ketika dekala waktu subuh tidur
masih merajai segalanya. Azam dikumandang namun lenaku semakin kuat. Masyaallah…
Memang benar kata pepatah orang tua tua … jika batang pisang dibuka
selapis apa yang nampak. Kerana di
sebalik lapisannya ada sesuatu iaitu pulurnya. Dan pulur itu ibarat teras .
Jika tidak dikoyakkan kulitnya
secara keseluruahannya masalah nampak
pulurnya .
Jika didengar sepintas lalu alim ulamak bersyarah alangkah
senangnya masuk syurga dan alangkah senangnya masuk neraka. Namun makin dicari
rasanya makin susuah masuk syurga
kerana kebaikan atau pahala itu
rasa nya kurang dari dosa dosa yang dilakukan . Tapi Allah Maha Mengetahui dan Allah Maha Pengampun. Hanya Allah yang
menentukan segalanya..
Wahai insan yang sering bermain
di fikiran ku jelmalah padaku dan nyatakan siapakah diri mu sebenarnya. Adakah
ia hanya ilusi semata mata atau ia seseorang yang hadir bagi memberitahu
sesuatu. Allah Maha Mengetahui…
Captmust: 301111 @ 1011 hrs
No comments:
Post a Comment