Jumlah Pelawat Captain Mus

Popular Posts

Friday, 25 November 2011

Mencari kawan kawan yang entah kemana … Dan siapakah kawan sejati





Dalam meniti hari hari yang hampir kepada Illahi , kadang ketika kenangan lama sering menjadi teman setia. Entah  kan masih ada kawan kawan kita  atau sudah awal menemui  Yang Maha Esa. Yang pergi di hadiahkan Alfatihah dan yang masih diberi peluang untuk bernafas  wajib bersyukur atas  sambungan hayat dari saat ke saat  kerana ianya mungkin terputus untuk saat yang seterusnya.


Dimanakah kawan kawan  yang dikenali sebelum ini. Ada yang bekerja bergaji besar dan mungkin ada yang kurang bernasib baik . Namun apa pun kita harus bersyukur  kerana  apa pun keadaan nya kita mampu untuk mengharung hidup yang penuh cabaran. Menjaga anak anak   , isteri dan keluarga tercinta dengan sempurna dan berjaya  .

Masa di sekolah aku masih mengintai nama nama seperti Zul , Sarimah . Laily  , Norizan  , Mail  dan beberapa kawan kawan rapat yang lain. Masa di dalam perkhidmatan tentera masih segar ingatan aku kepada kawan kawan setia  ketika itu seperti  Lt Nordin , Lt Azman , Lt Toh Sian Ho , Kapt Jasni , Lt Kol Rahman , Lt Kol Salim , Mej Nik dan Mej Sham . Mungkin sekarang sudah berpangkat tinggi  ataiu mungkin sudah bersara. 


Kawan masa susah adalah kawan sejati yang sanggup berkorban demi seorang kawan. Bekorban  segalanya. Hidup  senang dan susah bersama. Tapi persoalannya  berapa keratkah  yang sebegini. Kadang ketika kawan baik sekali pun sanggup menipu kawan sendiri . Apa tidaknya atas nama tidak sampai hati apa yang diminta tolong di “ kurnia”kan saja yang akhirnya tertipu dan menderita adalah diri sendiri.


Terlalu indahnya jika kita sama sama memiliki sifat tolong menolong , simpati , belas kasihan  dan sanggup berkorban  demi seorang kawan . Berkawan secara ikhlas dan bukan ada udang disebalik batu yang mengambil kesempatan atas apa sahaja. Pantang ada peluang disapunya. Kawan sebegini bahaya namanya dan tidak boleh dirapati atau kata orang tua tua “ kawan yang tidak boleh dibawa balik kerumah”



Namun dalam kita berkawan kita harus berhati hati kerana bukan semua kawan  merupakan sahabat setia adakalanya kawan makan kawan . Ini yang parah . Bukan senang mengenali seseorang  jika hanya sekadar melihat  luaran kerana  sifat sifat  sebenar seseorang itu tidak terserlah dalam tempoh yang singkat.


Masih teringat seorang Pegawai Memerintah Batalion Rejimen Renjer ketika itu Iaitu Lt Kol Wan ia merupakan pegawai yang amat tegas  sehinggakan  jika dipanggil berjumpa dengannya  seram  bulu roma namun selepas sahaja waktu kerja  dia merupakan seorang bapa  dan seorang kawan yang terlalu baik .


Siapakah sebenarnya kawan sejati kita. Kawan sejati  adalah kawan yang sanggup bersusah payah dalam apa jua keadaan demi seorang  yang lain. Kadang ketika  kawan baik akan menjadi musuh atas sesuatu yang terlalu kecil  kadang ketika ianya tidak masuk akal. Namun kerana  terlalu baik  kadar kesensitifan itu secara lazimnya  semakin tinggi. Dan ingat bukan semua kawan boleh dijadikan sahabat…. Dan bukan semua kawan boleh dijadikan  teman ….. Dan bukan semua kawan boleh dijadikan tempat  mengadu nasib atau mencurah masalah…Ada ketika kawan  adalah insane yang amat menyakitkan….



Captmust: 251111@1111hrs

No comments:

Post a Comment