Diceritakan dalam sebuah hadist yang diriwayatkan oleh Turmudzi dan
Ahmad, seperti berikut
:
Tatkala
Allah Ta'ala menciptakan bumi, maka bumipun bergetar. Lalu Allah menciptakan
gunung dengan kekuatan yang telah diberikan kepadanya, ternyata bumipun
terdiam.
Para malaikat kehairanan akan penciptaan
gunung tersebut. Kemudian mereka bertanya 'Ya Rabbi, adakah sesuatu dalam
penciptaan-Mu yang lebih kuat daripada gunung ?'
Allah menjawab, 'Ada, iaitu besi' (kita mafhum
bahawa gunung batupun boleh menjadi rata ketika dikorek/bore dan diratakan oleh
buldozer atau sejenisnya yang dibuat dari besi),
Para malaikat bertanya lagi 'Ya Rabbi, adakah
sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih kuat daripada besi ?'
Allah yang Maha Suci menjawab, 'Ada, iaitu
api' (besi walau sekeras manapun boleh menjadi cair dan hancur setelah dibakar
api),
Para malaikat kembali bertanya 'Ya Rabbi,
adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih kuat daripada api ?'
Allah yang Maha Agung menjawab, 'Ada, iaitu
air' (api membara sedahsyat apapun niscaya akan padam jika disiram air),
Para malaikatpun bertanya kembali 'Ya Rabbi,
adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih kuat daripada air ?'
Allah yang Maha Tinggi dan Maha Sempurna
menjawab, 'Ada, iaitu angin' (air disamudera yang luas akan serta
merta terangkat, bergulung-gulung dan menjelma menjadi gelombang raksasa yang
dahsyat, tiada lain kerana kekuatan angin. Angin ternyata memiliki kekuatan
yang teramat dahsyat),
Akhirnya para malaikatpun bertanya lagi 'Ya
Allah, adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih dahsyat dari itu semua ?'
Allah yang Maha Gagah dan Maha Dahsyat
kehebatannya menjawab, 'Ada, iaitu amal anak Adam yang mengeluarkan sedekah dengan
tangan kanannya sementara tangan kirinya tidak mengetahuinya '.
Ertinya, yang paling hebat, paling kuat dan
paling dahsyat sebenarnya adalah orang yang bersedekah tetapi tetap mampu
menguasai dirinya, sehingga sedekah yang dilakukannya bersih, tulus
dan ikhlas tanpa ada unsur
menunjuk-nunjuk ataupun supaya diketahui orang lain .
Berkaitan dengan ikhlas ini, RasulAllah SAW
mengingatkan dalam pidatonya ketika beliau sampai di Madinah pada waktu hijrah
dari Makkah : 'Wahai segenap manusia ! Sesungguhnya amal itu tergantung kepada niat , dan seseorang akan mendapatkan (pahala) sesuai dengan apa yang
diniatkannya'.
Oleh kerana itu hendaknya kita selalu
mengiringi sedekah kita dengan niat yang ikhlas hanya kerana Allah semata,
tanpa berasa ingin dipuji, dianggap dermawan, dihormati, dll yang dapat
menjadikan sedekah kita menjadi sia-sia.
Ganjaran
bersedekah
RasulAllah Shollallahu Alaihi Wa Sallam
menganjurkan kepada kita umatnya untuk memperbanyak sedekah, hal itu
dimaksudkan agar rezeki yang Allah berikan kepada kita menjadi bertambah
berkah.
Allah memberikan jaminan kemudahan bagi orang
yang berdekah, ganjaran yang berlipatganda (700 kali) dan sebagai ganti,
sebagaimana firman-Nya dan sabda RasuluAllah SAW, sbb :
Allah Ta'ala berfirman, ' Adapun orang yang memberikan (hartanya
di jalan Allah) dan bertaqwa dan membenarkan adanya pahala yang terbaik
(syurga) maka Kami kelak akan menyiapkan
baginya jalan yang mudah ' . {Qs. Al Lail (92) : 5-8}
Allah Ta'ala berfirman, 'Perumpamaan ( nafkah yang dikeluarkan oleh)
orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh bulir, pada tiap-tiap
bulir seratus biji. Allah melipatgandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia
kehendaki . Dan Allah maha luas (kurnia-Nya) lagi maha
mengetahui' . {Qs. Al Baqarah (2) : 261}
RasulAllah SAW bersabda, 'Setiap awal pagi, semasa terbit matahari, ada dua malaikat menyeru kepada
manusia dibumi. Yang satu menyeru, 'Ya Tuhan, karuniakanlah ganti kepada orang yang
membelanjakan hartanya kepada Allah '. Yang satu lagi menyeru ' musnahkanlah orang yang menahan hartanya ' .
Tolak Bala dengan Sedekah
Orang-orang yang beriman sangat sedar dengan
kekuatan sedekah untuk menolak bala, kesulitan dan berbagai macam penyakit,
sebagaimana sabda RasulAllah SAW , sbb :
' Bersegeralah bersedekah, sebab yang namanya bala tidak pernah mendahului sedekah ' .
' Belilah semua kesulitanmu dengan sedekah ' .
batilah penyakitmu dengan sedekah' .
Banyak dari kita yang sudah mengetahui dan
memahami perihal anjuran bersedekah ini, namun persoalannya seringkali kita
teramat susah untuk melakukannya kerana kekhuatiran bahawa kita salah memberi,
sebagai contoh kadang kala kita enggan memberi sedekah kepada pengemis yang
kita temui ditepi jalan dengan anggapan bahawa mereka (pengemis/peminta tsb)
menjadikan meminta-minta sebagai pekerjaannya, malas, dll. Padahal sesungguhnya
prasangka kita yang demikian adalah bisikan-bisikan syaitan laknatullah yang
tidak rela melihat kita berbuat baik (bersedekah), sebaiknya mulai saat ini
hendaknya kita hilangkan prasangka-prasangka yang demikian kerana seharusnya
sedekah itu kita niatkan sebagai bukti keimanan kita atas perintah Allah dan
rasul-Nya yang menganjurkan umatnya untuk selalu bersedekah,
Masalah mungkin timbul apabila ternyata
kemudiannya bahawa sedekah yang kita beri kepada pengemis/peminta tadi tidak
tepat sasaran, bukan lagi urusan kita, kerana sedekah hakikatnya adalah
ladang amal bagi hamba-hamba Allah yang bertakwa. Pengemis/peminta/fakir miskin
lainnya adalah ladang amal bagi orang yang berkemampuan, dapat kita bayangkan
andaikata tidak ada lagi orang-orang tersebut, kepada siapa lagi kita dapat
beramal (bersedekah) ???
Walaubagaimanapun dalam dunia yang semakin
gawat dan gayat ini pemberian sedekah
Atau kalau kita termasuk orang yang tidak suka
memberi sedekah (kepada pengemis/peminta/fakir miskin) dengan berbagai alasan
dan pertimbangan maka biasakanlah bersedekah dengan menyiapkan sejumlah wang
sebelum sholat Jum'at dan memasukkan ke kotak-kotak sumbangan yang tersedia dan
biasakan dengan memberi sejumlah minima setiap Jum'at, misalnya
Jum'at ini kita menyumbang RM5 kekotak amal tersebut maka sebaiknya Jum'at
berikutnya harus dengan jumlah yang sama, syukur jika boleh diberi lebih dan
yang terpentingnya harus diiringi dengan keikhlasan.
Sedekah anda, walaupun kecil tetapi amat
berharga disisi Allah Azza Wa Jalla. Orang yang bakhil dan kikir dengan tidak
menyedekahkan sebahagian hartanya akan rugi didunia dan akhirat kerana tidak
mendapat keberkatan. Jadi, sebenarnya orang yang bersedekah adalah untuk
kepentingan dirinya. Sebab menginfakkan (belanjakan) harta akan memperoleh
berkah dan sebaliknya menahannya adalah celaka. Tidak menghairankan jika
orang yang bersedekah diibaratkan orang yang melabur (invest) dan menabung
disisi Allah dengan jalan meminjamkan pemberiannya kepada Allah. Balasan yang
akan diperolehnya berlipatganda. Mereka tidak akan rugi meskipun pada awalnya
mereka kehilangan sesuatu.
Sedekah
yg pahalanya terus mengalir
Dari Abu Hurairah RA, bahwa sesungguhnya Rasulullah SAW, telah bersabda : 'Bila seorang hamba telah meninggal, segala amalnya terputus , kecuali tiga hal : amal
jariyah, ilmu yang bermanfaat atau anak
shalih yang mendo'akannya ' (HR. Bukhari, dalam Adabul Mufrad).
Berikut contoh konkrit, sadaqah (amal) jariah,
yang pahalanya terus mengalir walaupun si pemberi sadaqah telah wafat :
SADAQAH JARIAH
KEBAIKAN
YANG TAK BERAKHIR
|
1. Berikan Al-Quran pada seseorang, setiap saat Al-Quran tersebut dibaca, anda
mendapatkan kebaikan.
|
2. Ajarkan seseorang sebuah do'a. Pada setiap bacaan do'a itu, anda
mendapatkan kebaikan.
|
3. Sumbangkan kerusi roda ke Hospital dan setiap orang sakit menggunakannya, anda mendapatkan kebaikan.
|
4. Tanam sebuah pohon . Setiap seseorang atau hewan berlindung dibawahnya atau makan
buahnya, anda dapat kebaikan.
|
5. Tempatkan pendingin air di tempat awam .
|
6. Edarkan bacaan yang membangun dengan seseorang.
|
7. Libatkan diri dalam pembangunan masjid.
|
8.
Edarkan
CD Quran atau Do'a .
|
9. Bantulah pendidikan seorang anak.
|
surah Al-Baqarah Ayat 159 :
'Sesungguhnya orang-orang
yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari
keterangan-keterangan dan petunjuk hidayat, sesudah Kami terangkannya kepada
manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh
Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk
' .
Dari Abdullah bin 'Amru ra, RasulAllah S.A.W bersabda: ' Sampaikanlah pesanku walaupun
hanya satu ayat '.
No comments:
Post a Comment