Jumlah Pelawat Captain Mus

Popular Posts

Saturday, 15 October 2011

Anugerah Inovasi JPV, Malaysia




Pertandingan Anugerah Inovasi Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia diadakan di Bilik Tayang  , Tingkat 4 , Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia , Putrajaya pada 12 Oktober 2011. Seramai 19  orang yang menyertai pertandingan itu dengan pelbagai tajuk dan cara perbentangan. Beberapa katogeri dipertandingkan dan sebagai wakil Bahagian Penguatkuasa JPV Malaysia  ,   satu inovasi bertajuk ENFORCE II yang termasuk dalam katogeri  Inovasi Perkhidmatan dibentangkan dalam pertandingan itu. Pembentangan dibuat oleh Kapt ( B ) Mustafa Dollah , Ketua Penguatkuasa Veterinar Negeri , Kelantan.

ENFORCE II merupakan satu bentuk  penyimpanan data  khususnya data berkaitan dengan kes  kes mahkamah di Bahagian Penguatkuasa dan dibangunkan dalam bentuk database ( db )  melalui Program Microsoft Excess. 

Secara jujur pada mulanya agak keberatan untuk saya menyertai pertandingan itu tapi atas dorongan dan  galakan dari Encik Zaharinan  bin Aziz iaitu Ketua Penolong Pengarah Kanan ( Operasi ) , Bahagian Penguatkuasa  JPV Malaysia saya meneruskan  hasrat itu. Dihadapan 4 orang panel hakim  pembentangan dilakukan dengan penuh yakin yang turut  disokong oleh pegawai pegawai  dari  Penguatkuasa Negeri Sembilan , Selangor dan Wilayah Persekutuan  serta Pegawai Pegawai Bahagian Penguatkuasa Ibu Pejabat.  Terima kasih atas kedatangan tuan tuan. Sokongan moral itu telah membuat saya bertambah yakin dan bertambah bersemangat.

ENFORCE II diharap dapat memberi faedah yang maksima kepada Bahagian Penguatkuasa Ibu Pejabat dan juga Penguatkuasa Negeri dalam mengatasi masalah penyimpanan data.
Hasil pertandingan itu masih belum diumumkan siapakah pemenangnya dan  berharap  keputusan itu berpihak kepada ENFORCE II. 

Terima kasih atas sokongan tuan khususnya Pengarah Penguatkuasa JPV Malaysia YH Dato Haji Mohamed Radzuan bin Malik , En Zaharinan  bin Abd Aziz , En Soh Tian Siong dan En Jamadi bin Badri serta semua yang memberi sokongan padu dalam menjayakan penyertaan Pertandingan Anugerah Inovasi JPV Malaysia. Semoga berjaya. Insyaalah……..

Capt  ( R ) Mustafa bin Dollah
Ketua Penguatkuasa Veterinar Negeri ( KPVN )
Kelantan.
151011@2321hrs

1 comment:

  1. i hope you wll win.InsyaAllah.Anything done with good effort and determination will end in success.

    ReplyDelete