Displin dalam tentera begitu unik.Apa tidaknya apabila kita berhenti dari perkhidmatan tentera kita masih boleh mengamalkan. Saya telah menamatkan perkhidmatan tentera sejak 19 tahun yang lalu tapi masih mengamalkan disiplin tentera. Sebagai seorang bekas pegawai berpangkat kapten sudah tentu disiplin menjadi teras tugas. Tanpa disiplin sudah pasti kerja tidak terancang dan hidup tak ketahuan. Masih segar dalam ingatan seorang Pegawai Memerintah ( CO ) iaitu Lt kol Wan yang tinggi disipilinnya kerana padanya masa adalah segalanya. Kalau diminta siapkan tugas itu pada jam 2 petang maknanya kenalah siap pada jam itu dan diserahkan kepadanya sebelum tamat waktu .Kalau tidak nahas dibuatnya. Fail entah kemana dan jendela menjadi tempat terjunnya fail fail itu. Pantang dengar masalah anggota diselesai segera. Cuti yang diminta dilulus tanpa soal asalkan masalah selesai. Antara jam 8.00 pagi hingga jam 5.00 petang dia adalah bos yang garang tapi penuh disiplin tapi selepas jam 5 petang dia adalah kawan dan bapa yang begitu perihati. Itulah uniknya dia. Seorang pegawai yang penuh disiplin.
Mengamalkan disipilin yang
diterapkan dalam tentera selepas bersara tiada salahnya bahkan banyak faedahnya.
Anak anak keluar rumah dan balik ikut
jadual , belajar ikut masa dan jadual
waktu menjadi amalan. Kerja yang dibuat
mengikut target masa yang ditetapkan
dan hormat menghormati sudah menjadi amalan.Jika disiplin tiada lagi dalam hidup atau dalam diri kita
apa nak jadi. Semuanya berjalan tanpa terurus. Menjalani kehidupan sebagai
pegawai tentera khususnya dalam Rejimen Renjer amat menyeronokkan . Ada Melayu , Iban . Cina ,India dan lain lain
bangsa. Semua akrab tanpa mengira apa
bangsanya dan seolah seolah satu keluarga yang makjuk , satu
keluarga yang unik. Tolong menolong antara isteri sudah menjadi amalan biasa. Menghadiri
aktiviti BAKAT ( Bakan Kebajikan Anggota
Tentera ) setiap petang rabu sudah
menjadi rutin dengan pelbagai aktiviti.
Hasil dari amalan disiplin yang
diamalkan semua anak anak berjaya dalam
pelajaran . Pematuhan pada arahan mesra
tapi tegas adalah kunci segalanya. Jika disuruh mesti dibuat jika tidak mesti memberi
alasan yang boleh diterima . Namun sayang
ada sesetengah anggota atau bekas anggota tentera menanggap bahawa disiplin
sesuatu yang amat membebankan. Kenapa ini terjadi . Ia terjadi kerana sikap tidak suka ikut
perintah dan arahan ketua . Jika itu amalannya bila diirumah siapa yang jadi ketua bukankah kita yang menjadi ketua .
Macamanan ketua nak memerintah atau mentadbir kalau ketua tidak ikut perintah . Sudah tentulah ia amat mengecewakan. Gunakan amalan dan
disiplin dalam tentera sebagai ikutan
dan amalan sihat kerana ianya banyak
faedah dalam pembetukan diri serta pembetukan peribadi mulia….
Captmus: 14/10/11 @ 2341hrs..
No comments:
Post a Comment