Kenangan yang tidak dapat dilupakan
oleh seseorang adalah hari pertama
bertugas , tempat pertama bekerja , gaji pertama diterima dan kawan pertama
yang dikenali ditempat bekerja. Mungkin itu 35 tahun , 30 tahun atau 25 tahun
sebelum bersara. Pencen diumur 50 atau 55
dan kini 56 atau 58 meninggalkan kenangan yang amat indah. Semua orang
mempunyai pengalaman pahit dan pengalaman yang menarik.Dari gaji beberapa ratus
sebulan kepada gaji beribu ribu sebulan . Ditambah dengan bonus atau apa apa
hadiah yang diberikan oleh kerajaan.
Cuba renungkan nun jauh kebelakang . Ingat peristiwa dan dan
kenangan sebelum pencen atau bersara. Sudah
tentu menarik kadang ketika tergelak seorang diri apa tidaknya mungkin ada masanya
ponteng kerja dengan pelbagai alasan. Masing masing ada
cerita menarik. Masa hadir temuduga tanya boleh kerja di ulu , di hilir
, nun jauh dipendalaman semuanya ok . Bila
dah dapat kerja, hari pertama dah mula
cari kabel nak duduk kat bandar , nak dekat dengan keluarga , orang tua tidak sihat , tak nak susah diri
. Macam macam alasan direka , dicipta janji
tak kena bertugas nun jauh dipendalaman. Biar duduk berhampiran kampung halaman
dari hari pertama lapur diri hingga hari terakhir. Maksudnya hari bersara.
KERETA MEWAH
Mula – mula bekerja naik basikal , beli motor kemudian proton saga, hai bila dah meningkat naik tinggal proton
saga mulalah indam kereta mewah. Kira duit gaji tak
berapa nak lepas tapi tak apa janji
dapat pakai kereta mewah.
Bila pencen kereta mewah parking bawah
pokok , minum nescafe tarik kedai mamak dari pagi sampai
petang . Puas kehulu kehilir, nak kerja dah tak berapa minat kononnya sudah
puas bekerja . 30 tahun sudah. Last last
duduk saja di kedai cangkung , makan roti canai kalau tak pun tolak je dam aji. Tunggu masuk
waktu solat silap silap solat pun entah
kemana asyik menolak dam aji bukan pun pergi haji……Dam aji yang tak berketayap…. Jangan jadi orang macam ini.
DAM AJI
Melihat kawan kawan yang ramai dah
bersara teringin nak bersara. Tapi jangan risau giliran itu akan ada untuk
semua orang. Sampai masa dan ketika atau pilihan sendiri. Tapi fikir panjang
panjang takut hutang masih berjela jela sampai tak terkira.Bukan lagi buku tiga lima tapi buku
lejer pun tak berapa muat.
Berfikir apabila tiba masa bersara atau yang telah
bersara , kadang ketika amat membosankan tapi adakalanya amat menyeronokkan. Boleh rehat , boleh main
main dan kejar kejaran dengan cucu. Lebih
seronok dapat berdua duaan bersama suami atau isteri. Apa tidaknya anak - anak sudah
besar kerja jauh - jauh , gaji besar , rumah besar tersergam indah diatas puncak bukit , kereta mewah tapi yang anehnya segan nak balik rumah . Malas nak
balik kampong halaman , apatah lagi
hulur sekupang dua kat mak dan ayah ada
sahaja yang tak cukup .
RUMAH MEWAH
Mana nak cukup ada lebih sikit sudah rancang
macam macam. Sampai bila bila pun tidak cukup. Anehnya yang dirancang
bajet tersebut untuk mak dan ayah tidak tersenarai. Awal awal dah tolak tepi .Bukan
sahaja tolak tepi , tapi tolak terus …..
Kalau tolak tepi mungkin ok juga , silap
silap ada tempiasnya tapi kalau tolak terus habuk pun tak ada. Akhirnya yang tinggal hanya ibu dan ayah
sekadar makan pencen . Nasib baik
ada loan kerajaan boleh duduk rumah batu . Hendak melawat cucu kadang kala tidak disenangi . Kalau
anak kita lelaki hai apa kata menantu
perempuan kalau anak kita perempuan apa kata menantu lelaki. Semua tak kena ada
je yang kurang selesa. Akhirnya terperaplah dirumah
menghitung hari dan menghabis sisa sisa hidup bersama suami atau isteri
tersetia.
Bagi yang berfikir dan sedar bahawa esok mungkin dijemput illahi
, banyaklah amalan diamal , cari
pondok , cari tok guru , belajar tadarus
quran kembali , masjid dan surau menjadi
rumah kedua , bukan mula berfikir hendak
buka “ CAWANGAN BARU “ dah pencen pencen begini .Bagi yang masih
diulik mimpi dan meneruskan tradisi perangai buruk masa belum pencen , jangan rasa hati muda , lihat atas kepala , rambut warna apa , uban sudah penuh kepala , mata dah tak clear dan sakit mula bertapak dimana mana . Kata orang rumah
kata pergi kubur kata mari. Maksudnya kena sedar diri.
Apa pun indah atau tidak nya
selepas bersara terletak pada diri sendiri . kalau bijak mencari peluang boleh tambah pendapatan. Tapi kalau duduk
saja kat rumah yang tidak berpenyakit
akan dapat penyakit, yang tidak larat menjadi lebih tidak bermaya.Apa
tidaknya eksesais tidak ada . Bantal dan tilam menjadi teman setia . Rokok
menjadi raja. Apa lagi bertambah montel …………berisi sana , berisi sini.
Carilah sesuatu yang boleh mengisi
masa berfaedah . Ada tanah sekangkang
kera dibelakang rumah kerjakan. Ada pasu
bunga berkulat sentalkan. Rumput panjang potong rapat. Biar keluar peluh .
Surau dan masjid rajin rajin dikunjungi.Jadi siak pun dah kira
ok walaupun tidak boleh jadi imam atau bilal yalah masa muda
nak belajar ugama “tak sempat” asyik
layan tugas. Bual kosong simpan dalam peti dan kunci rapat – rapat dengan pengunci sebesar lengan .
Duit pencen diurus dengan
berhemah. Yalah kalau dulu dapat RM3000.00 sebulan bila pencen dah jadi separuh . Paling kuat 60 peratus . Tolak pinjaman perumahan , tolak pinjaman bank rakyat atau biro angkasa yang
belum habis , tolak hutang kereta yang belum
jelas , ada pulak hutang court mammort , last last tinggal tak seberapa . Nak
bayar bil letrik , bil air , bil telefon
dah tak mampu. Minta dengan anak , tak
dilayan kononnya tidak cukup . Tambah pulak kad kredit penuh poket semua sudah over limit.
BEBAN HUTANG KAD KREDIT
Jadi jangan jadikan hutang sebagai budaya .
Hutang biar sekadar . Kata orang potong kain
ukur badan sendiri. Badan kecil
jangan cari baju besar. Buat apa
, buat susah diri , semak fikiran dan serabut
masa pencen. Orang relax bila pencen kita kena cari part time pulak
hendak cover kos
SERABUT - HUTANG KELILING BADAN
Kesimpulannya… indahnya bila
bersara apabila kita dapat menikmati hidup dengan bebas dan mengurus wang pencen
dengan bijak dan teratur . Bebas dari
hutang piutang,. Bebas dari beban tugas dan bebas dari apa yang dinamakan “ SAYA YANG MENURUT PERINTAH”.
Jadikan hari ini lebih baik dari esok .........
DOA MOHON KETENANGAN JIWA
Captmus:230911 @ 0102 hrs
Saya mohon share
ReplyDelete