DIY – ATAS USAHA SENDIRI @ DEMI SEBUAH IMPIAN
Mencari kepuasan. Ini adalah satu
kepuasan. Ubahsuai Kawasan rumah menjadi lokasi santai. Kolam ikan berada di
dalam rumah. Ubahsuai menjadi ruang tamu. Jadilkan air terjun. Masukan ikan
khap jepun. Sambil duduk membaca quran.
KOLAM IKAN DAN AIR TERJUN DI RUANG TAMU
Tak banyak modal digunakan . Berbekalkan keringat yang ada dengan bantuan isteri siap kawasan untuk bersantai. Suka sangat area ini. Modal hanya habis untuk membeli peralatan yang boleh digunakan untuk berulang kali. Untungkan.
KOLAM YANG PASTI MENJANJIKAN KEDAMAIAN DENGAN PENGISIAN IKAN KHAP
Penat usahlah dicerita. Memang memenatkan. Tapi kerana minat aku teruskan jua. Cantik, antic persis rekaan istana lama. Gelap dan Nampak antik. Persis kediaman dulu.
AWAL PERMULAAN PENGUBAHSUAIAN - OTAK SEORANG VETERAN
Ikat bata mungkin tidak
sekemas tukang. Plaskan dinding ala – ala kulit kayu berbekalkan carian di Mat
Google. Alhamdulillah menjadi. Yang pastikan tangan pendih terkena simen
usahlah dicerita. Demi kepuasan aku buatkan jua.
PERSIS RUMAH ZAMAN DULU-DULU BIARPUN BERADA DITAMAN PERUMAHAN
Cantik tempat lepak. Mozek
dipasang sendiri modal kecil hasil nya bolehlah taklah secant yang professional. Tapi rasanya dah hamper sebuah
rumah aku pasang sendiri. Ada jiran
jiran gelak bila aku sambung kawasan ini. Aku pekakkan telinga. Akhirnya
memreka memuji. Cantik katanya. Aku diam mengenangkan kutukannya sebelum ini.
Biarlah kerana begitulah manusia.
DISINI DIJADIKAN TEMPAT MENTELAAH ALQURAN
Disini tempat untuk aku istirehat
bagi menghabis sisa sisa hidup sementara menanti kematian. Disinilah tempat aku
berteduh sementara dijemput Illahi. Disini tempat aku bermesra menhabiskan sisa
sisa hidup yang masih berbaki. Disni tempat aku mentelaah alquran peneman aku
dihari tua. Cuma adakah tempat ini dijadikan kediaman anak anak ku bila kami
semua sudah tiada. Tiada dijemput yang Maha Esa. Atau kediaman ini menjadi rumah using yang tidak
berpenghuni. Semoga tidak sebegitu.
No comments:
Post a Comment