Memang sikap aku yang tidak boleh duduk diam. Dari memasang mozek, buat kolam ikan dan ubahsuai ruang tamu hinggalah kepada ubahsuai ruang dapur.
Berbekalkan Awang Gugel dan Mat Tube aku belajar pelahan lahan. Biarpun lambat tapi akhirnya berjaya. Membina kabinet dapur dengan 28 pintu atas bantuan Bidadariku bukan sesuatu yang mudah. Namun berkat usaha menampakkan kejayaan. Biarpun separuh mati namun terus cekal hingga berjaya.
Sekarang hampir sekeliling ruang dapur berukuran 16 kaki x 18 kaki dipenuhi kabinet dapur hasil dari usaha sendiri. Puas dan puas... Rasanya tak nak ulang lagi membuat kabinet sebegini. Siksa dan menyiksakan lebih lebih lagi part untuk melekatkan rangka di dinding dengan menggunakan wall plug. Masyaalah siksanya
Awal mula - rangka pertama . Cubaan pertama alhamdulillah berjaya
Setelah dipasang dinding menggunakan papan palet yang dibeli dari kedai shopee RM 3.00 sebatang kabinet tersebut menampakkan kecantiknnya , Lebih-lebih lagi apabila di cat dengan warna gelap bagi menzahirkan suasana antik ala-ala rumah dululu-dulu.
Setelah siap keseluruhanya dengan memasang cermin bantuan dari kawan-kawan untuk menyiapkan pintu

Selain kabinet gantung turut dibuat kabinet bawah bagi meletakkan barang barang yang lebih berat.
Secara keseluruhannyanya kos dianggarkan hampir RM 2000.00 tanpa upah. Upah sendiri buat Maknanya upahnya free. Walaupun tidak secantik tukang namun tetap terserlah kepuasan. Puas kerana berjaya menghasilkan sesuatu yang pada awalnya agak mustahil dan hampir berputus asa, Namun semangat Agi Idup Agi Ngelaban tetap membara di jiwa ku gagahkan jua akhirnya BERJAYA.
.............................AGI IDUP AGI NGELABAN ........................
No comments:
Post a Comment