NORMAL BARU ...... Tidak seperti dulu. Covic 19 masih menhantui kita. tiada kesudahan. Pelbagai usaha pencegahan telah diambil oleh pihak berwajib. Namun masih belum menunjukkan tanda-tanda keredaannya. Bukan sahaja disini nuunnnn jauh disana juga demikian. Mungkin ujian dari Allah. Hanya Allah yang mengetahui. Ada yang telah lengkap vaksin termasuk aku. Tapi masih ada yang tidak mahu divaksinkan. Atas pelbagai alasan. Kadang ketika tidak faham kenapa tidak mahu divaksinkan. Biarkan, tapi tidakkah ia akan memudaratkan orang lain. Entahlah. Konsep "Kita Jaga Kita" nampaknya GAGAL diterjemahkan oleh golongan ini. Hanya mereka yang tahu. Memakai pelitup muka, keluar tanpa ditemani dan terperap didalam rumah serta tidak bisa pulang ke kampung halaman tercinta sudah menjadi biasa. Menjadi Normal Baru. Moga Allah angkatkan kejahatan COVIC19 ini supaya kita tidak terganggu untuk membuat amalan seperti biasa. Memenuhi Rumah Mu, Rumah Allah seperti dulu-dulu. Semoga doa dimakbulkan.
MENJELANG 60. Hanya beberapa bulan. Seronok untuk bebas sebebasnya. Boleh menumpukan amal ibadah, amal jariah setelah tidak lagi mempunyai tanggungjawab yang dipikul sejak 40ntahun lalu. Satu jangka masa yang lama. Namun demi sesuap nasi aku teruskan jua hingga saat - saat akhir. Hingga aku dijemput Ilahi. Ya Allah kurnikanlah nikmat kesihatan yang berterusan semoga aku dapat berbuat ibadah padamua. MenQadhakan yang tertinggal atas kecuaian dan kejahilannaku dimasa lalu. Ampunkan dosa-dosa yang masih menebal dihati ini. Bersihkan hati ku ini semoga ibadah dan amal ku diterima.
MENJELANG 60 dan selepas 60 sudah ramai teman teman ku telah dijemput mengadap mu Ya Allah semoga mereka bebas dari sebarang seksaan mu. Masa-masa begini kitab menjadi teman AlQuran menjadi kawan. Meneliti setiap ayat ayat suci yang ditinggalkan sebelum ini sekian lama. Solat berjemaah setidaknya bersama keluarga di rumah.
Tiada yang indah selain menghabiskan waktu dan ketika bersama cucu tersayang Kyalasafrina, satu-satunya cucu ku yang genap 2 tahun 7 Ogos 2021. Kenakalan dan keriangan mu membuat aku terlalu merindui kerenahnya setiap masa.
Genap 60 tahun aku akan meninggalkan kota yang penuh kesibukan ini untuk menabadikan diri di kampung halaman. Di Negeri Cik Siti Wan Kembang. Teratak lama yang dibeli 20 tahun yang lalu. RM 67000.00 di tahun 2013 . Rumah yang disewa kemudian menjadi milik ku. Terima kasih tuan rumah kerana sudi menjual rumah kepada ku biarpun tidak se GAH mahligai namun syukur dan cukup untuk kami berdua. Anak anak hanya balik sekali sekala. Lepaklah diruang tamu. Santailah didepan kolam ikan dan air terjunyang dibina atas kudrat sendiri. Kolam yang berada didalam rumah. Diruang tamu. Pelikkan tapi memang santai..
Disini ada segalanya. Ada tempat ibadah untuk beribadah. Hanya beberapa meter dari rumah ku. Bolehlah sekadar untuk mengabadikan diri pada Illahi. Tidak mungkin aku menetap di sini, kota yang sibuk tanpa ketenangan. Aku orang kampung tetap kembali ke kampung halaman. Birpun bukan di kampung tumpah darahku tetapi tetap di negeri tumpah darahku.
Gembira dan tidak sabar untuk menghabiskan sisa sisa hidup yang masih berbaki dengan umur yang dikatogerikan sebagai Bonus. Semoga Allah terus mengurniakan kesihatan yang baik sepanjang hayat dan dipanjangkan umur dan makbulkan doa setiap selesai solat hajat. Aminnnn..
05 Ogos 2021 menjelang sambutan Hari Lahir cucuku Kyalasarina yang ke 2 tahun...
No comments:
Post a Comment