SIMPAN DISINI UNTUK KENANGAN SUATU KETIKA NANTI
Bukan penghargaan yang diminta. Bukan jasa yang dituntut. Bukan hadiah yang ditagih. Namun sebagai anak mereka tetap mahu mengenangkan jasa. Syukur atas hadiah yang diberikan. Sekurang-kurangnya boleh juga untuk menyiapkan kerja kerja pejabat semasa Work From Home. Normal baru. Gaya baru dan sentiasa jaga diri dari ancaman Covic 19.
23 Mac 2021 genap 59 tahun meminjam hidup dibumi Allah. Entah bila dijemput Ilahi belum ditentukan. Sambutan sederhana namun tetap meriah teruma dengan cucu yang comel lote tu. Satu satunya cucu aku sehingga kini. Hadiah ini tetap aku kenang hingga akhir hayat. Selepas tamat perkhidmatan awam bolehlah pulak digunakan untuk belajar ugama melalui media sosial. Biarpun IT bukan kepakaran aku namun sekadar basic kata orang bolehlah. Asus ZenBook RM 3800.00 suatu nilai yang besar. Bukan sekadar nilai nilai wangnya namun nilai keikhlasan serta ingatan dari anak anak dan menantu serta bidadari syurga ku yang juga mama kepada anak anak ku. Terima kasih semua. Semoga kalian terus dimurahkan rezeki dan menjadi jutawan beriman. Doa yang selalu diminta oleh bidadari syurgaku yang juga ibu kepada anak-anak ku. Amin
Hadiah Harijadi ke 59. Laptop Asus ZenBook.💓
Gambling Casinos in Las Vegas - Mapyro
ReplyDeleteThe 대전광역 출장안마 number one place that 포항 출장샵 attracts professional gamblers is Golden Nugget. There 창원 출장안마 is no shortage 충청남도 출장마사지 of casino options 동해 출장안마 for patrons to enjoy, including