Jumlah Pelawat Captain Mus

Popular Posts

Friday, 18 May 2012

MENCARI KEDAMAIAN …… MASIH ADAKAH SEMUA ITU?


Doa  dengan penuh keinsafan

Lama tidak menulis di blog ini atas kesibukan tugas dan ketandusan idea. Ya lah mungkin faktur umur juga turut mempengaruhi kerajinan atau kemalasan seseorang. Namun sekadar meluangkan masa untuk berkongsi pendangan  tercetus   idea untuk   berbicara tentang MENCARI KEDAMAIAN …..

…….Sering orang berkata hatinya tidak pernah tenteram… Hatinya tidak pernah tenang , hatinya sering gundah gulana , hatinya sering terdetik kesunyian… Apakah itu sekadar perasaan atau reality  kepada perasaan itu. Adakah ia sekadar  sorotan kepada perasaan sebenar…

Orang tua tua pernah berkata . Tok guru pernah berpesan dan ustaz juga terus berkata….. hati sesorang tidak mungkin tenang selagi  jiwanya jauh dari Allah. Hatinya kering tanpa kerinduan pada Allah. Perasaannya penuh dengan prasangka buruk dan jiwanya penuh dengan dosa dosa  . Makin banyak prasangka makin tinggi  keresahan. Makin banyak dosa makin hitam hati . Makin simpan keresahan  makin banyak  kecelaruan….



Dimana kita mencari ketenangan terutama bila  kita sudah separuh abad. Di kedai kopi , karaoke , pub atau berpeleseran tanpa  mengenal erti siang dan malam. Rumah tidak ingat  anak isteri entah kemana. Sedarlah semua itu sudah berlalu. Carilah ketenangan di rumah rumah Allah , selawat dan bersedekah . Kunjungi baitullah dan pelbanyakan zikir munajat. Jadikan kitab ugama sebagai teman sejadah sebagai pengalas dahi sebilang masa dan solat  tanpa tertinggal walau sewaktu. Mohon pada Allah minta ditenangkan  terus bermunajat. Doa ketenangan tanpa  jemu . 

Tapi… betulkah ketenangan itu akan melekat dijiwa . Benarkah hati akan terus damai  …. Entahlah barangkali masih banyak yang perlu dirungkai. Masih banyak yang masih perlu diselongkar dan masih banyak yang masih perlu didalami. Semuanya atas kehendak sendiri. Jika  di suruh  jika di paksa atau apa sahaja yang dilakukan oleh orang lain namun diri sendiri tidak begitu  ianya tidak akan berhasil . Akhirnya kita hanyut dan terus hanyut.


Moga Allah membuka pintu hati bagi mereka mereka yang sebegini  ……………………..
Captmus … 17 Mei 2012 @ 0115 pagi