Jumlah Pelawat Captain Mus

Popular Posts

Monday, 18 June 2012

KITA KELIRU ATAU TELAH DIKELIRUKAN...





 


Semua orang pening... ayah pening ... ibu pening ... anak - anak pening ....rakyat pening. Mana tidaknya macam macam keluar. Macam macam berlaku.Orang politik hai orang politik ... Bila keluar kenyataan  macam macam boleh pening. Dikeliru atau memang kita yang keliru.. Lihatlah masa duduk di sebelah sana sokongnya pada ketua bukan main . Pijak semut tak mati didepan ketua. Lalu bertunduk , tangan menghulung kebawah . Sebelum duduk tunduk hormat. Duduk berhemah . Cakap bertertib. Nak keluar satu perkataan difikir fikir barulah keluarkan. Nak jaga hati . Ya lah takut nama tak naik pulak. Sikap depan ketua alamak cukup cantik , cukup indah dan cukup istimewa.


Bercakap apa saja tetap  mempertahankan ketua. Walaupun mungkin cakap ketua itu tergelincir landasan . Biarpun hampir  langgar bukit .Dialah yang terbaik walhal mungkin tahu buruknya . Kelentongnya usah dicerita. Tak lalu nak bercerita  tapi demi "menjaga hati" segala galanya baik. Kesana kesini mengampit ketua. Bawa buku nota nak catat masalah yang dikemukakan. Bawa dairi nak tulis temujanji. Yang tak bawa mungkin buku 555 dah susah nak cari.Kerana hutang pun tak tulis dalam buku 555 lagi. Hutang dibank . Silap silap tak bayar. Sepanjang masa  bersama ketua. Puja puji usah dicakaplah. Usik dan ketua ketua kalau boleh nak lanyak  dan nak lenyet yang mengutuk tu.

Kini tiada lagi disana. Kini bermula disini. Naik pentas sana dan sini. Sidang akhbar setiap masa. Ceramah oh bukan main . Kutuk yang disana . Disana semua tak elok . Semua salah. Semua tak betul. Semua membosankan. Memburuk sana sini. Macam biasa je nampaknya . Tak rasa bersalah memburuk dan kadang ketika keterlanjuran mula melakukan fitnah. Tak apalah asalkan  baik dengan ketua disini pulak.Baik dengan orang orang kanan ketua . Kerana ada udang disebalik mee. Yang dikutuk sebelum ini semuanya dah jadi elok. Yang dihitamkan sebelumnya aik.. dah mula cuba diputihkan. Kononya masa disana tertipu dengan macam macam janji. Kononnya kini dah sedar. Cepatnya dia sedar ye.Hai manusia manusia mudahnya lupa dan senangnya sedar.




Mula kutuk dan memburukkan pihak disana kerana kini dipihak sini. Oh tak malukah pada anak bini atau kawan kawan biarpun tak malu dengan ALLAH . Tapi dah biasa . Nak "naik" kena begini cara. Prinsipnya kalau kita tak buat  kita ketinggalan . Tak ada nama . Kerana orang lain akan buat.

Kalaulah macam ini gayanya macam mana nak boleh dipercayai. Apa tindak nya terhumbang hayun macam lalang.Ikut angin. Ikut arus . Jangan ikut masuk gaung sudahlah. Tapi kalau gaung tak dalam issss boleh ikut terjun kerana dalam gaung ada simpan harta karun. Yang disembunyi dan disorok sebelumnya.

Kalau nak berpolitik  berpolitik dengan penuh berhemah. Tertib dan bersopan.

Jangan kita keliru , jangan rakyat keliru  dan kita akhir nya tidak tahu siapa  yang keliru dan adakah kita dikelirukan.... Pening pening.Apakan daya.

Thursday, 14 June 2012

Syukur .....

Rasa syukur apabila rezeki masih dikurniakan Allah pada insan yang selemah saya. 20 tahun  dalam Perkhidmatan Veterinar agak mencabar terutama di Bahagian Penguatkuasa. Namun ianya tidak sehebat dalam tentera. Namun cabaran tetap cabaran dan cabaran  berada dimana sahaja  biarpun kita cuba menyebunyi diri. Cabaran akan tetap mendekati kita.

Bekerja dengan penuh ikhlas tanpa sebarang  balasan. Jika kita setia dengan tugas dan  diringi dengan keikhlasan rezeki tetap ada.Rezeki ada dimana mana sahaja . Kerana rezeki itu kurnian Allah dan kita yang mencarinya. Pencarian yang tidak akan berakhir .  Hanya kematian yang menamatkan riwayat pencarian.

Bersyukur  sepanjang tempoh 20 tahun  sebanyak  tiga kali Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC). Kali pertama pada tahun 1996 diikuti tahun 2006 dan terakhir pada tahun 2012 yang disampaikan oleh YB Menteri Pertanian Dan Industeri Asas Tani pada 24 Mei 2012 di MAEPS Serdang Selangor.

1996 kalau tidak silap hadiah APC pada ketika itu adalah Pergerakan Gaji Melintang , sebuah jam tangan , Sijil , sebulan gaji , cuti seminggu atau ASB tah berapa tak pasti. 2006 yang diterima hanya RM 1000.00 sama seperti APC 2011. Apapun bersyukur atas anugerah tersebut.Tahun 2011 agak bersejarah kerana selain di anugerahkan APC , turut di nobatkan sebagai Pemenang  Temapat  Inovasi JPV 2011 dalam kotegori Perkhidmatan. Terima kasih kepada staff Penguatkuasa Kelantan yang banyak membantu.






Tahniah kepada kawan kawan dari JPV  yang turut mendapat anugerah tersebut.

Kerja dengan penuh  kelikhlasan  dan bersifat positif. Jangan berburuk sangka takut nanti buruk sangka akan terdetik  fitnah dan akhirnya. Kalau kita tidak di anugerahkan  bukan bermakna kita tidak cemerlang tetapi rezeki kita disitu. Kecermelangan ada pada setiap orang  cuma mungkin hari ini belum terserlah kecemerlangannya. Sabar wahai kawan  , sahabat  mau pun teman. Kerana kemerlangan akhirnya kupunyaan anda suatu hari nanti.

Saya bangga dengan kawan kawan semasa dalam perkhidmatan tentera . Ada dah jadi Brig Gen yang bergelar Dato. Kolonel dan Lt Kol . Kalau lah saya berada di sana belum pasti dimana saya tapi bersyukur kerana rezeki di JPV.

 Elakan dari hasad dengki . Jauhi dari fitnah memfitnah . Hindarkan dari "suntik menyuntik". Kerana semua ini akan membuat kita berpecah belah . Kawan menjadi lawan . Tanpa sedar kita berada dalam hasutan syaitan. Jika itu mula dikuasai jiwa kita tidak tenteram dan hati sentiasa panas akhirnya  pergaduhan menjadi mainan .....

14 Jun 2012 ...2212 hrs