Lama tidak menulis . Hampir 3 tahun. Menyepi. Mungkin kehabisan idea. Cuba untuk menggarabkan sesuatu. Hari ini suatu tajuk yang istimewa "22 BULAN MENANTI" Apa yang di nanti.....
Setelah hampir 40 tahun berkhidmat menjelang Mac 2022 akan tiba jua masa untuk berehat. Bersara wajib. Seronok dalam perkhidmatan. Bermula dengan Pegawai Tentera berpangkat Leftenan Muda hinggalah kepada jawatan Ketua Penolong Pengarah Penyiasatan di Sektor Awam
Januari 1981 bermula sejarah hidup apabila diterima masuk sebagai Pegawai Kedet di Sekolah Pegawai Kedet Sebatang Karah Port Dickson Negeri Sembilan. Ditauliahkan sebagai Leftenan Muda pada Nov tahun yang sama Dan ditempatkan Di Bn Ke 2 Rejimen Renjer Kem Majidee Johor Bharu Johor.
Kerjaya sebagai Pegawai Tentera berakhir pada tahun 1992 dengan pangkat terakhir Kapten. Untuk tempoh hampir 11 tahun sebagai Pegawai Tentera ..Rezeki tidak pernah salah alamat. Setelah tamat perkhidmatan aku diberi peluang untuk berkhidmat di Bahagian Penguatkuasaan Veterinar sebagai Penolong Pegawai Penguatkuasa Gred N6 (Setaraf dengan KP 27 sekarang). Di tempatkan bertugas Di Jabatan Perkhidmatan Veterinar (Jabatan Perkhidmatan Haiwan pada masa itu) Di Negeri Kelantan tempat negeri kelahiran ku.
Dari Kelantan untuk tempoh 4 tahun aku di arahkan untuk menabur khidmat bakti Di Negeri Perlis. Dari Perlis berhijrah ke Trengganu sebelum balik kembali berkhidmat di Negeri tumpah darahku. 2014 setelah beberapa tahun Di Kelantan aku ditempatkan di Negeri Pahang sebelum destinasi terakhir sebagai Ketua Seksyen Penyiasatan di Bahagian Penguatkuasaan DVS Putrajaya.
Rezeki di sini walaupun mungkin tidak sehebat rakan rakan ku dalam tentera . Ramai diantara skot aku yang menamatkan Perkhidmatan dengan pangkat Leftenan Kolonel iaitu pangkat yang setara dengan ku sandang sekarang Gred KP 48
Tidak ramai yang berjaya lebih dari itu mungkin skim kami dalam Skim Jangka Pendek. Namun tidak kurang juga yang menamat perkhidmatan lebih awal berjaya dalam bidang masing masing yang diterokainya. Lumrah dunia ada jua yang kecundang.
Waktu menunggu memang terasa lama dari waktu berlalu. 38 tahun merasa sekejap Namun 22 bulan terasa bagai suatu beban. Namun atas semangat juangku dan sokongan rakan sejawat aku terus gembira dan bersemangat untuk terus menabur bakti. Seronok dan menyeronokkan dengan tugas hari ini semoga tidak kecundang di pertengahan jalan.
Sekadar itu untuk mula halaman setelah membisu sekian lama. Mengisi masa terluang semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)
Captain Mus
26 April 2020 @ 1645 hrs