Jumlah Pelawat Captain Mus

Popular Posts

Saturday, 3 December 2011

Sekadar pengalaman yang tidak ternilai ….




Semakin hari semakin bertambah usia kita. Sekarang sudah 49 tahun depan 50. Is sekejap rasanya . Masih segar dalam  ingatan diwaktu muda dahulu. Bermula  dari dalam perut ibu , melihat dunia , merangkak , berjalan  dan akhirnya beruban   baru tersedar bahawa sebenarnya aku sudah melewati usia.

Image result for rambut uban
Bila sudah beruban

Umur 18 tahun sudah meninggal kampong halaman. Mencari  pengalaman  yang akhirnya aku berada disini. Bermula dengan  penglibatan aku dalam tentera sebagai Leftenan Muda  tahun 1981 sehingga   menamatkan perkhidmatan  sebagai Kapten pada tahun 1991 membuat aku banyak membentuk  disiplin diri. Dan disiplin itulah teras pentadbiran  yang aku  terapkan dalam perlaksanaan tugas harian. 



Kini aku  sebagai seorang  penjawat awam..

Pengalaman berada di Officer Cadet School , Port Dickson, Negeri Sembilan  dengan berendam  dalam “Kolam  Sarimah”  , tidur di “ lubang beruang “ , di terajang senior  kedet  , didera di padang kawat jam 3   atau 4 pagi . Berlari di bawah  panas terik matahari  tepat jam satu . Muntah didewan makan adalah pengalaman indah yang tidak dapat dilupakan.
Image result for kem sebatang karah
Kem Sebatang Karah , Port Dickson Negeri sembilan - Sekadar Hiasan Blog

Berada di kubur cina tepat  jam 12.00 malam    semasa aku  pegawai muda yang baru melapur diri di pasukan setelah ditauliahkan  ,  tidur atas  bumbung  , bermalam atas siling  , lena di bilik air , tertidur di mangkuk tandas , jari jemari dihentak gelas  sampai pecah berdarah ,   sudah menjadi kenangan silam  yang  menyeronokkan sehingga aku menjadi pegawai tentera yang  tegas dan berdisiplin.

Image result for kubur cina
Kubur cina ..... bayangkan jam 1200 malam berada disini..


Perkhawinan dengan isteri tersayang pada tahun 1985 membuka lebaran baru . Hidup seragai pegawai muda secara bujang amat menyeronokkan tapi keadaan itu tidak boleh berterusan kerana  takut ianya tidak dapat dikawal . Akhirnya aku mengambil keputusan untuk berkhawin  dalam usia muda iaitu 23 tahun. Meninggalkan isteri tersayang masa didalam tentera adalah perkara biasa. Sarat mengandung masih ada didalam hutan  sudah lumrah . 

Kawasan Operasi
Operasi Gubir , Ops Indera dan apa apa  Ops lagi selama 2 ke 3 bulan sudah menjadi rutin  . Tapi aku bersyukur  biarpun aku  berada di hutan  namun disaat saat kelahiran semua putera puteri ku aku sempat menemani isteri semasa  lahirnya putera puteriku .Syukur Alhamdulillah.

Image result for kem gubir
Kem Gubir - Banyak kenangan memilukan 

Masih segar ingatan aku disuatu ketika didalam hutan aku dan anggota bawahan aku terpaksa  menggali kembali  sisa sisa makanan  yang telah di timbus   gara gara  helikopter tidak dapat menghantar makanan lebih 10 ke 14 hari  atas pelbagai alasan 


Image result for makanan tentera
Makanan Tentera - Bila kehabisan  makanan ditimbus pun digali kembali

Cuaca  buruk , heli rosak , heli tak ada  dan keadaan tidak selamat adalah alasan biasa . Namun pengalaman mengatasi segalanya. Nasib baik ada yang berketurunan Iban yang pandai mencari makanan untuk  hidup dihutan  . Barang melintas  dihadapan itulah makanan pada hari itu…Is tak sanggup nak ingat …
Heli - pengangkut utama menghantar makanan dalam kawasan operasi

Hilangnya seorang anggota berpangkat sarjan dalam satu operasi dan  menjalani operasi menyelamat adalah pengalaman amat menarik dan tidak dapat dilupakan . Setelah beberapa hari mencari  akhirnya dijumpai  hanya beberapa beberapa  meter dari  base  camp , di sebelah sebatang pokok besar . Jika dijerit pun dengar . Daripada ceritanya dia nampak dan dengar orang mencarinya . Helikopter  berlegar legar diatas kepalanya. Azan berkumandang di kem operasi dihutan. Tapi semuanya tidak dapat berbuat apa apa . Mulut bagaikan ditutup rapat  dan wajahnya  tidak kelihatan oleh  orang yang mencari. Tangan bagai digari .Tapi itulah , keadaan ini hanya mereka tertentu sahaja yang boleh mentafsirkan . Dalam hutan juga ada makhluk Allah. Cakap kena dijaga dan  tingkah laku kena diawasi . Cakap jangan sebarang cakap. Kata orang jangan cakap lepas sahaja…… cakap ikut terkeluar dari mulut . Susah nanti


Gara gara mengacau atau menggangu dikawasan 7 kolam yang bersih  dan tenang  dalam OPS GUBIR yang  kononnya dimiliki oleh makluk Allah di hutan  , satu platun terpaksa berpindah  diwaktu malam ,  apabila   dimaklumkan bahawa  tempat itu adalah kawasan  permainan “nya” melalui mimpi  seseorang . Tanpa mahu mengambil sebarang risiko  kemah dibuka  dan lokasi lain dicari. Jika dilihat pada 7 kolam kecil seolah olah ada penjaganya , bersih dan air yang tenang. Itulah kebesaran Allah….

Dalam hutan jangan celupar mulut

Kini aku bersyukur  kerana  mempunyai  anak anak yang amat aku bangga . Seorang  memperolehi Ijazah Undang Undang dari UKM  , seorang lagi  tahun akhir jurusan undang undang  di UiTM  Shah Alam dan  yang ketiga  sedang mengikuti Asasi Undang Undang di UiTM  Merbok    manakala yang bongsu  masih berada di MRSM Pengkalan Chepa. Doa ku moga anak anak aku berjaya dalam semua  bidang yang diceburi. Masa untuk aku sudah  pendek namun perjalanan anak anak ku  baru bermula.  Jadikan disiplin diri teras kepada kehidupan .

Terima kasih atas pengorbanan dan sokongan padu isteri tersayang. Biar pun kadang ketika hidup ini banyak cabaran tapi dengan berkat kesabaran serta  tolak ansur  yang kotor dibersihkan , yang bengkok dibetulkan , yang  retak ditampal dan yang berlubang ditimbus.Jtulah lumrah dunia ....

Sekadar catatan…. Captmust: 031211 @ 2209hrs

2 comments:

  1. Saya mengenali Gubir seusia 15 tahun. Saya dilahirkan 25 batu dari sana. Gubir dalam satu daerah kampung saya.

    Sewaktu pembinaan Ampangan Gubir, banyak nyawa hilang akibat kemalangan. Terdapat sebuah kampung termasuk mesjid dan kubur ditenggelami air. Penduduk kapung tersebut dipindahkan kekawasan penempatan didalam daerah Baling.
    Pernah satu ketika, pengalaman yg di alami orang kampung saya yang memandu jentolak tidak dapat bergerak walau pun duhalang oleh sepohon sebesar betis.

    Kini Gubir hanya tinggal ampangan gersang hanya untuk nelayan, banyak yang diusahakan kerajaan negeri sebagai destinasi pelancungan tetapi gagal.

    Ada sejarah Nuri RMAF yang terkorban bersama penumpang dan krew.

    Gubir dalam kenagan.

    ReplyDelete
  2. Boleh saya tahu tahun pembinaan tasik gubir ni? Kalau ada banyak lagi sejarah boleh tak kongsikan

    ReplyDelete