Jumlah Pelawat Captain Mus

Popular Posts

Saturday, 10 March 2012

RETREAT BERSAMA DATUK KETUA PENGARAH , JPV

Program yang diadakan mulai 24 Febuari 2012 hingga 26 Febuari 2012 di Padang Ragut , Bersia , Grik , Perak amat bermakna. Bukan sahaja pengalaman baru tetapi melihat anugerah Allah yang tidak terhingga.

 Penuh Kedamaian

 Hutan yang menghijau  dan air tasek yang jernih ditambah keindahan bukit bukau disekeliling menyedarkan kita bahawa Maha Agung mencipta semua itu  untuk kita berfikir  dan menyedari kebesaran Nya. Berfikir betapa besarnya anugerah Allah kepada  kita yang hidup didunia ini.

Menaiki bot dari pengkalan TNB Bersia ke Padang Ragut Bersia  yang indah itu memakan masa lebih kurang 30 minit.

( Hadapan : Basri , Kapt (B) Mustafa , Dr Adam ) 
Menaiki Bot untuk tiba di lokasi

Setibanya tersedia  pondok pondok yang dibuat dari kayu dan buluh. Kemudahan seperti dewan ,  pondok kediaman dan tempat memasak amat sesuai  untuk mencari kedamaian  atau pun menjalani kursus kursus berbentuk kerohanian.

 Kemah menjadi tempat tidur pilihan



 Kemudahan : Tempat makan , Dewan dan Surau

Melewati sahaja pengkalan TNB Bersia , hubungan  telefon terputus bermakna tiada jalan untuk berhubung dengan dunia luar kecuali melalui bot. Jalan darat yang ada amat merbahaya dan hanya sesuai  menaiki kenderaan pancuan 4 roda sahaja. Tapi kalau musim hujan jalan tersebut tidak boleh digunakan.

Program yang diatur oleh urusetia  , JPV Perak  bersama Pejabat Ketua Pengarah begitu santai sesuai dengan  program tersebut ditambah dengan  sedikit ceramah motivasi oleh En Zakaria dari  Majlis Daerah Taiping pada waktu malamnya.

Sebagai simbolik Datuk Ketua Pengarah Menanam Pokok Bongsai

Meredah hutan , berkayak , berakit , melawati ' SIRA ' gajah ( Sira - iaitu satu tempat tangkungan air semula jadi yang mengadungi kalsium dan dikunjungi oleh binatang seperti gajah , kancil serta lain lain bintang bagi mendapatkan   kalsium), meredah hutan dalam jungle tracking , aktiviti memancing  adalah antara program yang diatur. Berbicara bersama Datuk Ketua Pengarah adalah sesuatu slot yang begitu menarik terutama bagi pegawai pegawai muda.

 Jungle Tracking .... 

 Relex  sekejap sementara meneruskan perjalanan


Ughhh.... sempat berbuai

Dalam program yang singkat itu peserta dapat memumpuk semangat kerjasama yang tinggi , semangat setia kawan  dan mengenali secara dekat antara satu sama lain. Biar pun pondok disediakan namun  tidur didalam kemah menjadi pilihan. Biarpun tempat tersebut dikelilingi hutan tebal namun keadaan  malam agak hangat. Nasib baik hujan renyai renyai  menyelamatkan keadaan. Tapi bila penat mata pejam sampai pagi.


Senamrobik diawal pagi

Tempat ini sesuai dikunjungi  lebih lebih lagi bagi mereka yang hidup dikota dengan keadaan yang  merimaskan. Mencari ketenangan  amat sesuai disini. Kadang ketika kedengaran kicauan burung dan ungka melolong memecah kesunyian.Khabarnya  lokasi ini telah dimasuk dalam Kalendar Pelancungan Negeri Perak.

Dalam perjalanan balik sempat melihat Empangan Bersia yang indah ....

Empangan Bersia , Grik


Betapa indahnya keadaan sekeliling . Sunyi ,  damai dan begitu nyaman. Terima kasih  kepada urusetia JPV Perak dan Pejabat Veterinar Daerah  Gerik yang begitu mesra . Layanan  kami sebagai tetamu  amat memuaskan dan diluar jangkaan. Staff yang peramah dan mudah mesra menjadi kan peserta tidak kekok untuk berkomunikasi. Terima kasih kepada Datuk Ketua Pengarah yang mencetus idea ini  sekurang kurangnya ia memberi  peluang untuk bertemu " Orang No 1 " JPV secara dekat......Moga program ini diteruskan dimasa akan datang...


Kapt ( B ) Mustafa Dollah
10 Mac 2012 @ 2304 hrs.

No comments:

Post a Comment