Jumlah Pelawat Captain Mus

Popular Posts

Monday, 30 July 2012

RANJAU RANJAU KE PUNCAK – CATATAN SATU PERJALANAN [ Captain Mus ] - Part I












SUATU PERJALANAN , SUATU INSPIRASI

Puas aku memikirkan apakah yang harus aku lakukan  dekala masa terluang. Asyik dengan komputer , tenis  dan bowling. Sesekali ingin  melakukan perubahan . Sudah terlalu rutin dengan akvititi demikian.Fikir , fikir dan fikir namun tiada jawapan yang pasti. Hari berganti hari , masa terus berlalu namun aku masih begini. Menghitung hari tanpa pasti. Membilang detik tanpa penghujung.

Segalanya bermula disautu perkemahan yang aku turut serta bersama sama dengan   pelajar , guru guru dan sahabatku . Memang aktiviti perkemahan amat aku minati. Segala kelengkapan untuk perkemahan  aku siapkan . Peralatan masak , tempat tidur dan generator semuanya ada. Hampir setiap masa aku bersama kawan kawan mengunjungi tempat tempat menarik  .Ubah selera , ubah angin  dan  bermesra dengan  keluarga.

“  Lan , boring la asyik asyik berkemah , berkemah . Ta ada ke aktiviti lain yang hendak buat . “ Tanya aku pada Roslan yang turut serta  dalam perkemahan itu.

“ Ah … apa lagi yang nak buat. Aku pun boring juga “ balas Roslan. Durian yang baru dibeli dari kebun Pak Long kaki Gunung Jerai masih banyak didalam guni. Angin sejuk di pertengahan Gunung Jerai dihangatkan dengan buah durian yang aku makan.
DI GUNUNG JERAI , ANUGERAH  ILAHI

“ Makan , makan . Banyak lagi tu .Nanti besok kita masak pulut . Lagi sedap “ suara Cikgu Isa kedengan dari  hujung wakaf di tengah tengah kawasan perkemahan.  Angin masih bertiup pelahan . Kawasan perkemahan dicerahi oleh lampu lampu dari generotor . Sesekali bunyi binatang yang membingitkan teliga. Sesekali berdiri bulu roma bila teringat cerita cerita berkaitan Gunung Jerai. Biarkan …asalkan kita tidak digangu oleh penghuni pennghuni sedia ada.

“ Lan , aku rasa apakata kita bawa pelajar pelajar  mendaki Gunung Kinabalu “ aku mencadang pada Roslan .

“ Ah , ah bagus juga “ celak En Ramli yang aku panggil Pak Ramli.

“ Ya tak ya juga . Bagaimana cikgu “ Tanya Roslan pada Cikgu Isa

“ Bagus juga … nanti kita ajukan kepada  Guru Besar “ jawab Cikgu Isa.

Malam terus berlalu . Jam menunjukan pukul 0100 pagi. Angin masih bertiup sepoi sepoi bahasa. Alangkah besarnya nikmat yang dikurniakan oleh Yang Maha Esa kepada umah manusia. Namun masih ada manusia yang tidak bersyukur. Tidak pernah berterima kasih atas nikmat yang diberikan oleh Yang Maha Mencipta.

“ Oi .. apa lagi tu. Kenapa tak tidur lagi. Dah pukul berapa ni “ jerit Pak Ramli kepada pelajar pelajar yang masih berada di luar kemah. Bertempiaran pelajar pelajar itu masuk sarang masing masing  mendengar jeritan gembalanya. Bagaikan anak anak ayam dikejar musang .

Dalam cerah samar samar sesekali aku menjenguk kebelakang . Mengeluh panjang aku bila melihat Cikgu Isa dengan kulit kulit durian yang dimakannya.

“ Waduh selera betul dia ni “ kata aku didalam hati merujuk kepada cikgu Isa.


Setelah semuanya kepanasan , masing masing mencari tempat t\idur.

“ Iss Lan macam mana nak tidur ni. Berpeluh aku “ kataku kepada Roslan semasa berjalan ke kemah masing masing

“ Ah …tidur jelah “ jawabnya ringkas.

Malam itu masing masing dibuai mimpi mimpi indah. Sesekali masih kedebngaran suara suara dari celah celah kemah pelajar. Mungkin ada yang tidak boleh tidur. Seronok barangkali.


Keesokan hari selepas sembahyang subuh , sambil menikmati minum pagi kami menyuarakan cadangan itu kepada Guru Besar, Cikgu Shamsudin.


“ Cikgu apa kata kita ubah sikit akvititi  ini kepada yang lebih mencabar “ kata ku sambil menegok kopi panas. Ah alangkah segarnya

“ Ya , kami mencadang membawa pelajar pelajar mendaki Gunung Kinabalu. Buat satu misi  “ celah Roslan

“ Oh .. itu satu cadanga yang amat baik “ jawab Guru Besar .

Roslan menoleh kearah aku dan Cikgu Isa menandakan ada harapan dengan cadangan itu.

“ Nanti , balik dari Gunung Jerai , kita bincang secara terperinci” sambung Guru Besar.

“ Bagus juga “ jawab ku ringkas.





Setelah menikmati minum pagi dengan diiringi oleh tiupan  segar angin gunung kami meneruskan aktiviti mendaki Gunung Jerai melaui jalan pinggir sungai. Alangkah seronoknya . Dalam  perjalanan  aku dapat melihat berbagai jenis bunga hutan  Ada orkid hutan , periuk kera , pisang hutan dan macam macam jenis bunga yang tidak aku ketahui namanya. Sesekali terjumpa tumbuhan herba.

Matahari semakin tinggi .Kami  mula berkemas untuk pulang . Keletihan akibat mendaki gunung Jerai masih lagi terasa. Lepas makan tengahari rombongan kami berlepas pulang. Tinggallah Gunung Jerai dengan penuh kenangan. Masing masing kepenatan dan tertidur didalam kenderaan  yang dinaiki………

 KINABALU YANG MEMBAWA SERIBU ERTI

..................BERSAMBUNG JIKA ADA KELAPANGAN.................
Captain Mus - 30 Julai 2012 @ 2200 hrs

No comments:

Post a Comment