Jumlah Pelawat Captain Mus

Popular Posts

Tuesday, 18 June 2013

JUNJUNG KASIH TUANKU

Patek dengan sembah takzim munjunjung kasih kepada DYMM Sultan Muhamad V diatas perkenan menganugerahkan Bintang Seri Mahkota Kelantan [SMK] sempena sambutan ulang tahun keputeraan ke 43. Junjung kasih kasih tuan ku...

Pengurniaan ini telah menyuntik semangat kerja yang  lebih  berkesan....Terima kasih juga kepada pihak Pengurusan DVS Kelantan yang mencalon saya sebagai penerima.




Hanya sekadar kenangan abadi seumur hidup.... Bintang disampaikan oleh DYTM Tengku Mahkota Kelantan di Istana Negeri Kubang Kerian Kelantan.


 Bersama isteri yang tidak jemu  memberi semangat dan tidak jemu melayan kerenah sejak tahun 1985. Terima kasih atas pengertian dan ketidakjemuan melayan melayan kerenah suami sejak sekian lama..
 Bersama teman  yang sama sama menerima Bintang Seri Mahkota Kelantan [ SMK]



Bintang Seri Mahkota Kelantan [ SMK]


Di Istana Negeri Kubang Kerian....






Penganugerahan ini amat bermakna kerana ia merupakan satu pengintirafan Kerajaan Kelantan atas khidmat bakti  di negeri tercinta. Moga ia menjadi pendorong kepada teman teman seperjuangan

No comments:

Post a Comment