Jumlah Pelawat Captain Mus

Popular Posts

Wednesday, 29 August 2012

SEKADAR KENANGAN SILAM DAN SUATU PERINGATAN


Bukan termenung cuma merenung jauh memerhati lagak ibu dan bapa masing masing melihat anak anak mereka semasa pendaftaran di UITM Jengka beberapa tahun yang lalu. Masa tu rambut masih hitam tapi kini sudah di jangkiti dengan "awan awan putih". Amaran tu... bahawa sebenarnya kita sedang melalui hari hari yang semakin bertambah usianya...Hari hari menuju ke penghujungnya.

Bersyukur kerana hingga kini kita masih boleh menikmati hidup yang sempurna. Kesihatan yang dianugerah ILLAHI  sebaik mungkin. Syukur atas penganugerahan itu dan jangan lupa bahawa anugerah itu akan ditarik balik pada bila bila kiranya kita tidak bersyukur , kufur dan  melupai yang "jasa"  yang menganugerahkan kita.

Sudah lebih 30 tahun berkhidmat didalam kerajaan . Lam juga rasanya . Sedar tidak sedar umur sudah mencapai separuh abad.Masih ada 10 tahun untuk mengharungi suka duka  dalam bertugas. Apa apa boleh terjadi. Masa itu umur 60 tahun . Pencen. Oh lambat lagi rasanya. Tapi jangan fikir biar masa berlalu dengan penuh bermakna dan penuh munafaat. Jika di hitung jika difikir sudah tentu terasa lambatnya ... 10 tahun akan datang tapi cuba lihat 10 tahun kebelakang ... sekejap rasanya. Itulah lumrah manusia.Yang ditunggu terasa lama yang berlalu terasa sekejap.

Ramai kawan seumur , sekelas , sesekolah  sudah pun bercucu seronok melalui hari hari sebegini. Seronok melalui situasi sedemikian. Indah sungguh hidup ini. Indah atau tidak kehidupan ini ditentukan oleh corak dan jaluran yang kita rancang , buat atau  laksanakan. Jika jaluran yang kita ikut penuh dengan kerahmatan insyaalah kita akan  hidup penuh ketenangan dan kedamaian tapi jika sebaliknya tentu kita akan sentiasa di hujani masalah yang pelbagai. Adakalanya memerlukan pengorbanan yang terlalu mahal untuk dibayar diatas pengorbanan itu.

Masalah pasti ada dimana mana. Ada antara kita menghadapai masalah keluarga , ada yang menghadapai masalah rumah tangga , ada yang menghadapi masalah kewangan  dan ada yang menghadapi masalah dengan kerenah anak anak . Tapi semua masalah ada jalan penyelesaianya. Sykur Allahamdullilah kerana ALLAH masih menjauhkan  dari masalah masalah itu. 

Kesian bila melihat kawan kawan atau sahabat handai yang menghadapi masalah anak anak. Ada yang terjebak dengan pelbagai kerenah. Terlibat dengan Mat Rempit , Peragut , Pil Kuda / dadah , ponteng kerja dan tidak kurang dengan bebanan kewangan akibat pinjaman yang melebihi kemampuan gara gara hendak berlagak "ORANG BERDUIT" tapi akhirnya menyusahkan diri. Gaji yang diterima tidak mampu untuk menyara kos hidup bulanan  dan yang paling dasyak gaji yang diterima hanya mampu bertahan pama minggu pertama sahaja. 

Biar kita hidup sederhana  dan bersifat sederhana biarpun mungkin kita mempunyai sedikit duit atas anugerah ILLAHI . Jangan kita berlagak " berduit" kiranya kita tidak berduit dan asyik meminta bantuan sahabat handai , ibu bapa , adik beradik sedangkan mereka  mempunyai tanggungjawab tersendiri  lebih lebih lagi jika ibu bapa kita , adik beradik kita atau saudara mara kita terpaksa menjaga atau membela ANAK ANAK YATIM yang ramail  akibat kematian isteri atau suami. Kesian lah pada insan insan yang sebegini  yang  diuji ILLAHI  dan syabas atas kecekalan mereka mereka ini.

Anak anak adalah amanah ALLAH. Lebih lebih lagi anak  anak yang tergolong dari anak anak yatim.

Bank atau institusi kewangan bukan "Bapa Angkat " kita atau bukan tempat untuk " mengadu nasib" pada bila bila yang kita mahu. Besok apabila kredit limit sudah sampai keparas maksima  mana nak cari sumbernya. Masa itu " Bapa Angkat " sudah tidak kenal "Anak Angkat" dan nasib ditanggung sendiri.Bila gaji dalam slip gaji dah hampir kosong  mulalah buat hal kerna tak datang konongnya buat apa datang kerja gaji pun tak ada . Silap siapa?. Bermulalah episop baru... cari kerja sampingan dan akhirnya tidak hadir bekerja. Ditamat perkhidmatan. Hutang tak berbayar silap silap penjamin yang terpaksa tanggung derita. Biar kita naik motor honda C70 tapi dalam poket masih berisi dari kita memandu kereta Honda tapi minggu pertama bulan berikutnya gaji sudah kosong. Merana  dan merata meminta derma ihsan dari kawan kawan , ibu bapa atau adik beradik. Tapi sampai bila. Jika terus dibantu akan naik lemak bila lemak dah naik akhirnya jika tidak diberi pinjam atau dituruti kehendaknya akan naik minyak. Bila naik minyak sudah bahaya .... " Membujur Lalu Melintang Patah " silap silap makpun dah tak kenal .Tidak kena gaya mak diterajangnya .Fikirlah insan insan yang tergolong dalam kelompok ini kerana kita tidak mahu ORANG MELAYU dianggap tidak bermaruah.....

Sambutan hari raya telah berlalu. Gaji pun sudah diterima. Tapi sayangnya ada diantara kita yang telahpun habis gaji bulan Ogos kerana beraya sakan.Hai bulan September belum masuk. Akibat gaji awal ada yang menderita sepanjang bulan September. Gunalah prinsip pengurusan kewangan peribadi secara berhemah. Gaji bulan semasa adalah untuk perbelanjaan bulan semasa bukan perbelanjaan bulan sebelum. Biar ada sedikit simpanan biar sekecil mana pun gaji kita . Jangan terlalu ikut sifat negetif berapa banyakpun gaji yang diterima habis dibelanja tanpa sedikitpun simpanan.

Rumah tempat berteduh mesti diutamakan. Biar pandai melabur. Jangan silap perkiraanya. Jika kita membeli rumah terlebih dahulu bila kematian sudah pasti ditanggung oleh pihak insuran dan anak isteri atau suami kita ada tempat berteduh biarpun rumah itu tidak sebesar mana.Nak tunggu gaji besar baru nak memiliki rumah .... mana tau bila kita akan di jemput untuk mengadap ILLAHI. Takut takut nanti isteri anak anak atau sisuami menanggung  derita . Memang yang dah mati matilah tapi yang hidup mesti ada perancangan lebih lebih lagi bila kita tidak mempunyai pekerjaan yang tetap.
 
Namun segala galanya terserah pada empunya diri .... padai pandailah merancang. Kita hanya sekadar menasihati atas pengalaman kawan kawan yang telah melaluinya. Manusia sering kena ingati mengingati kerana manusia adalah "PELUPA"..INGAT KATA PEMIMPIN KITA BAHAWA MELAYU MUDAH LUPA... tapi bukan semua MELAYU MUDAH LUPA .....

No comments:

Post a Comment