Jumlah Pelawat Captain Mus

Popular Posts

Thursday, 31 January 2013

ANTARA JANJI DAN BERJANJI SERTA PENGHARAPAN




Memang semua orang suka berjanji . Kerana janji adalah suatu pengharapan. Yang berjanji akan berjanji dengan seyakin mungkin dan yang mengharap ianya tertunai juga mengharap  dengan penuh harapan bahawa janji itu akan ditunaikan. Kalau tidak jangan kita berjanji. Janji mesti ditepati kerana janji adalah amanah . Janji adalah ikatan dan janji adalah melibatkan pihak yang lain .Berjanji pada diri sendiri masih melibatkan dua pihak . Pihak pertama adalah kata kata dan pihak kedua adalah hati. Jangan pulak lain yang dikata lain pulak yang dihati.

Seronok bila mendengar orang berjanji. Tak kiralah janji politik ke , janji percintaan ke  atau apa apa saja  yang terbit atas nama ikatan antara dua pihak. Ada yang berjanji sekadar melepas diri lepas itu belah macam tu sahaja. Janji meminjam  wang dengan kawan kawan umpamanya , masa hendak pinjam janji nya amat manis . Semanis kurma barang kali atau lebih dari itu. Lepas sudah dapat , janji tak tertunai dan terus ghaib  bersama janji janji manisnya.Yang mengharap pulak terus melompong . Apa boleh buat kalau tidak , tidaklah pula dinamakan manusia.Manusia ada kerenah tersendiri. Kalau dihurai kerenahnya sampai padam dunia ini pun belum tentu habis huraiannya.

Image result for UDANG DISEBALIK BATU



Syabas kepada yang berjanji dan menepati janji dengan seikhlas mungkin  tapi bukan berjanji dan tunaikan janji itu namun disebalik janji itu terdapat “udang disebalik batu”. Tak elok. Maknanya bila member kita minta pula balasannya. Mungkin ada yang boleh member balasan  atas sifat menghargai  pemberian  tapi  tidak kurang  yang akan menerima tanpa ingin membalasnya kerana pada mereka pemberian ikhlas tidak lagi perlu pembalasan khusus. Mungkin pembalasannya tetap ada tapi dalam bentuk yang berbeza dari apa yang diharapkan oleh pemberi janji.

Janji ibarat hutang. Ianya wajib dilunaskan dengan apa cara sekali pun asalkan masih mengikut lunas lunas yang halal. Kita yang berjanji kitalah yang kena lunaskan tanpa gesaan atau paksaan. Kalau tidak jangan berjanji kerana orang lebih selesai kalau kita tidak berjanji tapi pemeriannya tetap diteruskan . Itu lebih dihargai dari kita berjanji namun kita gagal menunaikan janji kita…. 

Image result for JANJI


Namun yang lebih menyakitkan adalah janji janji manis lelaki terhadap perempuan. Janji itu janji ini . Untuk menyedapkan lagi harapan siperempuan  adalah dengan janji khawin. Siperempuan menaruh  sejuta harapan tapi apabila tibanya masa waktu dan ketika janji itu entah kemana hancur bersama sejuta harapan yang kecewa…. Itulah manusia mudah berjanji sukar menepatinya….
Walahhualam….


Captmus 31 Jan 2013

1 comment:

  1. Lucky Club Casino Site | Best Chance to win big jackpot prizes
    The Lucky Club online casino is luckyclub powered by a state-of-the-art casino software studio called Scientific Games and is powered by HTML5 technology.

    ReplyDelete