Jumlah Pelawat Captain Mus

Popular Posts

Saturday, 6 August 2011

Doa Untuk Mu...


Ya Allah, Ya Tuhanku … dengan penuh rasa insaf dan rendah diri aku berdoa pada mu …..
Bukakan lah pintu hati sidia moga terus beriman kepada mu dan menjadi wanita solehah. Berikan pentunjuk dan hidayat  supaya dia melalui jalan  yang benar dan menuju  sepenuh hatinya kepada mu.Ya Allah , bukakanlah pintu hatinya supaya membuat pilihan yang kau rasa terbaik untuknya. Aku redha Ya Allah , jika sekiranya pilihan yang dibuat tidak memihak kepada aku  biarpun aku tidak mungkin bersamanya lagi atas sumpah ku Ya Allah.

Ya Allah  Ya Tuhanku aku memohon limpah kurnia mu dan pertolongan mu jika dia memilih seseorang dan  seseorang itu tidak sesuai untuknya tunjuklah  jalan kepadanya dan  jangan  diikutkan kata hatinya yang lara. Ya Allah aku memohon spaya dia bertemu jodoh dengan insan yang sesuai dan bukan  berpoligami biar pun Kau membenarkan berpoligami.

Ya Allah aku dengan rendah diri dan sujud kepada mu supaya member  petunjuk yang benar kepada Insan yang bernama ……… bagi memilih jalan yang diredhai dan mendapat suami yang benar benar sesuai  dan aku memohon dengan rendah diri  hindarkan lah dia dari meruntuhi masjid yang telah dibina oleh insan yang lain….

Ya Allah , Ya Tuhanku… dalam keadaan dan statusnya kini aku memohon supaya hindarkanlah dia dari sebarang fitnah dan buruk sangka .Dan beriman kepada mu dengan seiklhlas hatinya.Ya Allah , ya tuhanku hindarkanlah dan jauhkanlah dia dari  godaan serta pujuk rayu  insan insan yang tidak bertanggungjawab yang semata mata mengambil kesempatan keatas dirinya Ya Allah. Ya Allah  Ya Tuhanku Aku momohon dengan rendah diri kepada Mu , supaya lindungilah dia dari sebarang  masalah kerana dia mempunyai tanggungjawab yang besar sebagai ibu dan ayah kepada putera puterinya yang masih memerlukan seribu perhatian dan kasih sayang tanpa berbelah bagi Ya Allah. Dan  aku mohon supaya dia cekal dalam menghadapi cabaran hidup dan sentiasa riang gembira tanpa sebarang gangguan  masalah walaupun sebesar zarah.

Ya Allah , Ya Tuhan ku
Dengan keberkatan Ramadhan ini ,  hambamu  yang  hina  ini  memanjat doa dengan penuh harapan agar dia menjadi insan solehah , menjaga anak anaknya dengan sempurna  serta penuh kasih sayang dan mengisi kehidupan dia dan anak anaknya dengan ilmu agama. Ya Allah , aku mohon biarpun aku tidak mengenali arwah suaminya , tempatkanlah arwah suaminya yang juga bapa kepada anak anaknya ditempat orang orang yang soleh dan dijauhi  seksa api neraka. Tempatkanlah di dalam syurga mu untuk selama lamanya Ya Allah.Ya Allah aku juga memohon kepada anak anaknya yang juga anak anak yatim supaya diberi petunjuk yang benar dan menjadi anak anak yang menghormati  ibu , orang tua tua dan sesiapa sahaja didunia ini serta menjadi anak anak terpelajar dan berguna .
Ya Allah, bukakan lah pintu taubat untuk kami bertaubat dan  jika  seseorang itu  pilihannya aku mohon dan sujud kepada mu supaya hilangkan perasaan kasih sayang yang terlampau ,  rindu yang tidak boleh hilang selama ini serta cinta yang mendalam kepada nya sebelum ini . Kosongkan hati aku    Ya  Allah demi dia.Ya Allah dalam linangan air mata tanpa henti sehingga saat saat  ini dan dalam keadaan akku terus tidak dapat tidur  sepanjang malam aku mohon supaya aku diberi petunjuk oleh mu ….Petunjuk yang benar . Aku memohon kepada mu Ya Allah . Sekali lagi aku mohon padamu Ya Allah supaya dia membuat pilihan yang tepat yang tidak merosakkan dirinya , anak anaknya serta keluarganya .. Amin………….
Captmus060811@05509 pagi

No comments:

Post a Comment