Jumlah Pelawat Captain Mus

Popular Posts

Monday, 1 August 2011

Jaga Kesihatan Sementara Masih Sihat......



Dalam usia emas sebegini ,  kita harus mengambil berat tentang kesihatan. Sihat kita bermakna kita boleh menunaikan ibadat dengan sempurna tanpa gangguan  lebih lebih lagi dibulan yang penuh barokah ini. Pemeriksaan kesihatan hendaklah dibuat secara berjadual dan  cara pemakanan hendaklah teratur dan atas nasihat mereka yang arif.

Bagi kawan kawan yang kurang sihat pastikan supaya mendengar nasihat doktor dan jaga pemakanan dengan sempurna. Sakit hanyalah satu ujian kecil dari Allah  supaya kita lebih mengingatiNya dan bertakwa kepadaNya. Aku bersyukur kepada Allah dalam keadaan sekarang aku masih sihat tanpa sebarang penyakit kronik . Syukur kepadamu ya Allah.

Simpati kepada kawan kawan yang menghidap pelbagai penyakit , sakit jantung , strok,  darah tinggi  , buah pinggang  dan sebagainya  tetapi ketahui lah bahawa apa pun penyakit yang   kita alami ianya ujian dari Allah semata mata. Binakan kekuatan iman dan kekuatan semangat. Jika kita sakit  ingatan pada Allah makin menebal dan kita seharusnya bersyukur kerana hanya sedikit sahaja ujian  Allah  yang diberikan kepada kita.

Kepada kawan ku yang membaca blog ini ,  aku berdoa semoga kalian cepat sembuh dan kuatkan amal ibadat kerana mati kita pada  bila bila masa ,   entah siapa dulu entah siapa yang kemudian. Orang yang sakit tidak semestinya pergi dahulu menemui Ilahi kadang kadang orang yang sihat  walafiat pun  dijemput secara terhormat  bagi menemui  Ilahi. Jadi kita jangan berputus asa dalam   usaha dan ikhtiar kita.

Jangan lupakan Allah dan jangan lupa berusaha untuk melepasi ujuian Nya. Makan ubat sentiasa dan jangan abaikan tanggungjawab samaada sebagai suami atau sebagai isteri. Anggaplah sakit yang dialami  ujian kecil dari Allah. Gunakan wang yang diperolehi secara halal selama ini untuk mengubati penyakit  yang dialami kerana   wang bukan segalanya. Sedekah kepada yang kurang berkemampuan   dan anak anak yatim. Jika kita sakit  jangan pula sakit menjadi raja  tapi biar semangat dan kekuatan iman menjadi raja. Jika penyakit  menjadi raja , rasa malas untuk beramal akan mengambil tempat dan akhirnya kita lalai menunaikan  tanggungjawab kita    lebih lebih lagi kita memang daif dalam mengerjakan amalan.

Jika kita tidak sakit fizikal mungkin kita sakit hati , sakit dihati  tapi bukan penyakit hati. Sakit hati lebih parah dari sakit fizikal kerana sakit hati manusia  sanggup buat apa sahaja  termasuk perkara yang tidak masuk akal bahkan jika yang kurang imannya sanggup jumpa bomoh  semata mata kerana sakit hati pada seseorang. Syukur  aku tidak sebegitu . Jika pun ada hanya Allah tempat aku mengadu dan mohon pertolongan.

Ya Allah kepada mereka yang sebegini , sedarkanlah mereka  kejalan yang benar. Isikan jiwanya dengan ketakwaan dan beramal kepada Mu ya Allah. Jika hati kita terus sakit akibat seseorang dekatkan diri kita dengan zikirillah dan  sentiasa basahi bibir dengan ayat ayat suci Al Quran. Ya Allah jauhkan aku dari penyakit ini yang boleh menyebabkan seseorang hilang pertimbangan.

Dalam keadaan sakit sebegitu , jika berkemampuan kunjungi Rumah Allah samada mengerjakan Haji atau Umrah. Pengalaman aku semasa mengerjakan umrah tidak dapat dilupakan. Semasa disana hati kita kosong dan pengisian kepada ketakwaan dan keimanan. Indahnya Rumah Allah dan Masjidilharam dan tenangnya Makan Rasullullah SAW dan Masjid Nabawi.  Jika diizikan aku sekali lagi akan mengunjungi Rumah Mu Ya Allah bulan Mac yang akan datang. Insyaaalah.

Kepada  kawan kawan ku yang  sedang bertarung dengan ujian ini aku doakan semoga  cepat sembuh dan sihat supaya dapat mengerjakan amal ibadat dibulan puasa ini kerana tahun depan belum tentu  samada kita masih boleh menemui Ramadan..

Pesan  jenaka kekawan  ...
           
”SELAMAT MENAIKI PENERBANGAN  RAMANDHAN AIR , BERNOMBOR 1432H. KITA  AKAN TERBANG  PADA KETINGGIAN 30/30  DARI ARAS PERMUKAAN HAUS DAN LAPAR . PARA PENUMPANG DIWAJIBKAN  MEMASANG NIAT PUASA DAN MENEGAKKAN SOLAT. PENERBANGAN INI BEBAS ASAP  PERSELISIHAN . SAYA SELAKU KETUA PERAMUGARI MENGINGATKAN BAHAWA   KITA AKAN MENEMPUHI AWAN  TARAWIH   MALAM NANTI. TERIMA KASIH. SELAMAT MENANTI KETIBAAN LAILATUL QADAR”

                                    Terima kasih kawan ku JUMIE yang memberi idea ini.

Captmus01Ogos2011@2219hrs.

No comments:

Post a Comment