Jumlah Pelawat Captain Mus

Popular Posts

Sunday, 7 August 2011

Kepada seseorang yang mengikuti blog ini dari awal ……………….. Selamat mengunjungi Baitullah .

Atas nama persabahatan yang terjalin sejak 29 tahun yang lalu  aku mohon maaf atas segalanya. Aku tahu kau adalah  seorang yang setia dalam mengikuti blog ini bahkan setiap tulisan aku  kau baca tanpa tertinggal . Kadang kadang dengan penuh rasa hampa bila mendengar rintihan aku  terhadap seseorang  terutama bila aku sumpah bersyarat , atas nama persahabatan . Maafkan aku kerana aku tiada niat untuk menyakiti hati sesiapa didunia ini  .

Blog ini adalah tulisan peribadi yang lebih berkisar kepada kisah kisah peribadi yang tidak mungkin  dapat dilupai. Bagi mengenang kembali kisah kisah itu , maka blog ini dijadikan tempat untuk  mencurah segala rahsia  dan kemudian akan dibukukan sebagai kenangan  terakhir.Itulah harapan ku. Jika kau masih membaca blog ini aku mohon ampun dan maaf jika ada kesalahan  yang  lalu. Aku hendak  pemergian kau mengunjungi Baitullah dalam tempoh terdekat  ini dengan penuh ketenangan  .Moga amalan mu nanti diterima Allah keseluruhannya.

Aku doakan kau  , suami  dan keluarga selamat pergi dan kembali dari mengunjungi Baitullah di bulan Ramadhan ini.  Bertuah dapat  berpuasa di Masjidil Haram sepajang Ramadhan .Banyak kelebihannya , banyak barokahnya.

Alangkah Seronolknya  kesana apabila kita dapat mengunjungi Makam Nabi Muhamad SAW , Makam   Saidina Abu Bakar Al Sidiq ,  Makam Saidina Umar Al Khatab , Makam Siti Khadijah  , makam para sahabat  . Menziarahi  Masjid Quba tempat Nabi Muhamad SAW mula mula berdakwah ,Masjid  Qiblatain ( Masjid dua kiblat)  , Masjid Nabawi , Masjidil Haram , Masjid Tujuh, Masjid Bir Ali  , Masjid Pokok ,Masjid Bendera ,  Masjid Jin , Masjid Kucing , Kubur Maalla  dan  Kubur Baqee .  Indahnya bila dapat  sembahyang sunat dan fardu di Masjid Nabawi  terutama di Raudah ( Taman Syurga ) , Masjid Nabawi . Tenangnya hati bila berada di hadapan kaabah lakukan tawaf  sunat sebanyak mungkin dan sae dengan penuh ikhlas . Jika bernasib baik dapat mengucup Hajarul Aswat ( Orang perempuan tidak dibenarkan )

Mandi dan minum air zam zam sepanjang masa , membaca Quran dan berzikir tanpa mengira waktu. Bersolat di saf  hadapan Kaabah.Dekkala selepas solat berebut rebut  memegang pengusung jenazah  yang meninggal setiap waktu solat. Aku sempat beberapa kali memikul  jenazah semasa kunjungan aku kesana.
Tenangnya bila dapat solat di Hijir Ismail , melawat Jabar Nur , Jabar Rahmah , Jabar Sur , Padang Arafah , Mina , Gua Hiraq , Bukit Uhud dan Miqat di Masjid Bir Ali ,  Masjid Udabiah , dan Masjid Tanaim.Tapi hati hati dengan orang Arab……

Pemergian mu nanti sudah tentu semata mata kerana Allah. Mohonlah dihadapan kaabah terutama  dihadapan pintu kaabah  supaya sakit dan penderitaan mu  hilang  dan pulih seperti biasa. Pada mu dan keluarga aku ucapkan selamat berangkat dengan iringan doa  selamat pergi dan selamat kembali. Sampaikan salam aku  pada Rasullulah SAW  yang disemadikan di Masjid Nabawi.  Doa kan moga aku  dapat sampai  menemui Makam nya  dan  menemui Baitullah untuk kali kedua Mac 2012  nanti  setelah kunjungan pertama ku pada  Julai 2008.

Ya Allah Ya Tuhan Ku
Aku mohon pada mu supaya pemergiannya   bersama keluarga  dalam keadaan selamat dan dapat menjalani ibadah mu dengan sempurna . Sembuhkanlah segala penyakit yang dialaminya. Ya Allah aku mohon pada mu ,   sepanjang berada di rumah mu dia dapat  mengerjakan amalan dengan penuh khusuk dan tawaduk.  Pergi dengan sempurna dan balik dengan penuh keberkatan.,.. Amin

Aku juga memohon supaya kau berdoa dihadapan kaabah  agar aku dapat mengunjungi Baitullah untuk kali kedua Mac 2012 nanti  . Doa di hadapan pintu kaabah  adalah salah suatu tempat   mustajad untuk kita berdoa dan insyaalah  doa kita diterima Allah.

“  Aku masih belum dapat melelapkan mata walapun jam sudah menunjukan  1 .04 pagi. Hanya orang tertentu sahaja yang tahu kenapa aku jadi begini “  dan untuk itu aku mohon   kau mendoakan  supaya hati aku terus tenang untuk selamanya dan tiada sebarang masalah yang  menimpa keatas diri aku. Apa pun aku tetap redha dengan  Ketentuan Allah…..

Captmus070811 @ 0105 hrs.

No comments:

Post a Comment