Jumlah Pelawat Captain Mus

Popular Posts

Wednesday, 30 November 2011

Siapakah dia , lelaki berjubah putih....



Saban hari aku tertanya tanya siapakah dia…. Dekala aku terjaga dari lena aku sering ternampak bayangannya wajahnya yang bersinar. Seorang lelaki tua , putih berjubah putih dan berserban  putih sering muncul dihadapanku dekala aku  bangun dari tidur tak kira jam berapa. Mimpikah aku atau hanya bayangan fikiran ku… Wajah ini jua sering kelihatan semasa aku berada di Mekah Almukaramah pada tahun 2007 semasa aku menjadi tetamu Allah. Mengerjakan umrah. 



Aku  sering tercengang bilamana aku mengingati wajah lelaki tua yang  putih bersih . Pelik tapi semuanya kuasa Alllah. Aku baru teringat dekala aku menerima senaskah Al Quran di Mekah aku terbayang wajah ini… dan persoalannya siapakah dia…..benarkah dia wujud atau hanya sekadar bayangan ku  atau mimpi mimpi yang tidak pasti.

Aku sering kelalaian . Lalai dalam mengerjakan kewajipan. Rasanya banyak dosa dosa ku yang masih belum terbayar. Mampu kah aku membayarnya. Namun persoalan tetap ada di fikiranku , adakah bayangan yang  sering kunjung dihadapan ku adalah seseorang insan yang cuba  memberitahu aku sesuatu. Jika itu .. beritahulah moga hati aku tidak tertanya tanya.


Mungkin  atas sifat insan lemah aku terlalai kadang ketika lalai dalam menunaikan tanggungjawab sebagai hamba Allah…Biarpun dalam hati ku sering berkata jika aku ditamatkan riwayatku esok apakah aku mampu mengimbangi antara dosa dan pahala. Makin banyak aku belajar makin banyak yang aku tidak tahu tentang agama. Itulah indahnya islam. Uniknya islam dan seninya islam. 

Banyak mana sekali pun dosa dosa yang dilakukan namun ingat masih ada ruang untuk menebus dosa . Taubat nasuha.  Jika diingatkan masa lalu oh alangkah  kerdilnya aku . Siapalah aku jika dibandingkan dengan orang orang yang berimam. Namun aku bernasib baik kerana surau berhampiran rumahku . Sekurang kurangnya  ada ruang untuk aku bersolat berjemaah.  Namun kadang ketika dekala waktu subuh tidur masih merajai segalanya. Azam dikumandang namun lenaku semakin  kuat. Masyaallah…

Memang benar kata pepatah  orang tua tua … jika batang pisang dibuka selapis  apa yang nampak. Kerana di sebalik lapisannya ada sesuatu iaitu pulurnya. Dan pulur itu ibarat teras . Jika tidak dikoyakkan kulitnya   secara  keseluruahannya masalah nampak pulurnya . 

Jika didengar  sepintas lalu alim ulamak bersyarah alangkah senangnya masuk syurga dan alangkah senangnya masuk neraka. Namun makin dicari rasanya makin susuah masuk syurga  kerana  kebaikan atau pahala itu rasa nya kurang dari dosa dosa yang dilakukan . Tapi Allah Maha Mengetahui  dan Allah Maha Pengampun. Hanya Allah yang menentukan segalanya..

Wahai insan yang sering bermain di fikiran ku jelmalah padaku dan nyatakan siapakah diri mu sebenarnya. Adakah ia hanya ilusi semata mata atau ia seseorang yang hadir bagi memberitahu sesuatu. Allah Maha Mengetahui…


Captmust: 301111 @ 1011 hrs


Saturday, 26 November 2011

Sekadar pantun....



Mencari  rotan di bukit tinggi
Rotan dijual dipekan sari
Indahnya  hidup didunia ini
Bila dihormati  bila dipuji

Kayu seraya dibuat belati
Perahu  dikayuh seorang diri
Bila terlebih diri dihormati
Mula lah pula tak sedar diri

Ke hutan mencari meranti
Meranti dibuat istana puteri
Bila bergurau  tersentuh dihati
Mulalah  jiwa membawa diri

Lunak sungguh suara siti
Bersyukur atas anugerah Illahi
Bila hati  sudah mati
Kawan sejati  sukar dipercayai

Captmust: 261111 @ 1211 hrs

Friday, 25 November 2011

Mencari kawan kawan yang entah kemana … Dan siapakah kawan sejati





Dalam meniti hari hari yang hampir kepada Illahi , kadang ketika kenangan lama sering menjadi teman setia. Entah  kan masih ada kawan kawan kita  atau sudah awal menemui  Yang Maha Esa. Yang pergi di hadiahkan Alfatihah dan yang masih diberi peluang untuk bernafas  wajib bersyukur atas  sambungan hayat dari saat ke saat  kerana ianya mungkin terputus untuk saat yang seterusnya.


Dimanakah kawan kawan  yang dikenali sebelum ini. Ada yang bekerja bergaji besar dan mungkin ada yang kurang bernasib baik . Namun apa pun kita harus bersyukur  kerana  apa pun keadaan nya kita mampu untuk mengharung hidup yang penuh cabaran. Menjaga anak anak   , isteri dan keluarga tercinta dengan sempurna dan berjaya  .

Masa di sekolah aku masih mengintai nama nama seperti Zul , Sarimah . Laily  , Norizan  , Mail  dan beberapa kawan kawan rapat yang lain. Masa di dalam perkhidmatan tentera masih segar ingatan aku kepada kawan kawan setia  ketika itu seperti  Lt Nordin , Lt Azman , Lt Toh Sian Ho , Kapt Jasni , Lt Kol Rahman , Lt Kol Salim , Mej Nik dan Mej Sham . Mungkin sekarang sudah berpangkat tinggi  ataiu mungkin sudah bersara. 


Kawan masa susah adalah kawan sejati yang sanggup berkorban demi seorang kawan. Bekorban  segalanya. Hidup  senang dan susah bersama. Tapi persoalannya  berapa keratkah  yang sebegini. Kadang ketika kawan baik sekali pun sanggup menipu kawan sendiri . Apa tidaknya atas nama tidak sampai hati apa yang diminta tolong di “ kurnia”kan saja yang akhirnya tertipu dan menderita adalah diri sendiri.


Terlalu indahnya jika kita sama sama memiliki sifat tolong menolong , simpati , belas kasihan  dan sanggup berkorban  demi seorang kawan . Berkawan secara ikhlas dan bukan ada udang disebalik batu yang mengambil kesempatan atas apa sahaja. Pantang ada peluang disapunya. Kawan sebegini bahaya namanya dan tidak boleh dirapati atau kata orang tua tua “ kawan yang tidak boleh dibawa balik kerumah”



Namun dalam kita berkawan kita harus berhati hati kerana bukan semua kawan  merupakan sahabat setia adakalanya kawan makan kawan . Ini yang parah . Bukan senang mengenali seseorang  jika hanya sekadar melihat  luaran kerana  sifat sifat  sebenar seseorang itu tidak terserlah dalam tempoh yang singkat.


Masih teringat seorang Pegawai Memerintah Batalion Rejimen Renjer ketika itu Iaitu Lt Kol Wan ia merupakan pegawai yang amat tegas  sehinggakan  jika dipanggil berjumpa dengannya  seram  bulu roma namun selepas sahaja waktu kerja  dia merupakan seorang bapa  dan seorang kawan yang terlalu baik .


Siapakah sebenarnya kawan sejati kita. Kawan sejati  adalah kawan yang sanggup bersusah payah dalam apa jua keadaan demi seorang  yang lain. Kadang ketika  kawan baik akan menjadi musuh atas sesuatu yang terlalu kecil  kadang ketika ianya tidak masuk akal. Namun kerana  terlalu baik  kadar kesensitifan itu secara lazimnya  semakin tinggi. Dan ingat bukan semua kawan boleh dijadikan sahabat…. Dan bukan semua kawan boleh dijadikan  teman ….. Dan bukan semua kawan boleh dijadikan tempat  mengadu nasib atau mencurah masalah…Ada ketika kawan  adalah insane yang amat menyakitkan….



Captmust: 251111@1111hrs

Thursday, 17 November 2011

Merentasi Sungai Tahan Dan Taman Negara


" Kenangan Bersama Dato Timbalan Ketua Pengarah  JPV Malaysia  dan Dato Pengarah Penguatkuasa di Rainforest Resort"

Betapa seronoknya  Program Merentas Sungai Tahan dan Sungai Tembeling pada 15 November 2011. Menaiki perahu panjang merentasi jeram amat mencabar.


Melihat ikan ikan kelah di sutuari kelah amat mengasyikkan. Betapa indahnya kejadian Allah. Pujian harus diberikan kepada pemandu bot yang menggunakan kepakaran tinggi dalam pemanduan . Kiri kanan  batu menanti tetapi dapat memandu dengan begitu laju .

Dalam perjalanan ke Conopy Walk banyak pengalamannya.  Banyak tumbuhan hutan dapat dikenali. Terima kasih kepada pemandu pelancong yang berpengalaman. 



Meniti Conopy Walk  tidak dapat dilupai . Jambatan gantung yang  melepasi hujung pokok. Ia agak mencabar . Bagi yang gayat oh nampak tersiksa bagi yang tidak ada perasaan itu ia amat enjoy. 


Hutan hujan yang masih dijaga rapi di Taman Negara Gunung Tahan   begitu indah. Ia merupakan detinasi pelacongan yang hebat dengan tawaran produk pelancongan yang tiada ditempat lain. 

Air yang jernih sepanjang Sungai Tahan begitu indah dengan timbunan batu batan  yang entah berjuta tahun disitu.  Keindahan Sungai Tahan di hias pula dengan Lata Berkoh yang begitu cantik . Derungan air  memecah suasana sunyi di kawasan sekitar. Cuma  bagi mereka yang berhasrat untuk mandi harus berhati hati kerana agak merbahaya. Khabarnya terdapat air pusing di kawasan tersebut dan  kepala air juga sering terjadi. 


Menyelami kehidupan kaum asli ( Kaum Batek ) amat mengkagumkan. Kehidupan yang ringkas ditepi sungai Tembeling dan dijadikan salah satu produk pelancongan.





Pertunjukan   membuat api  hasil geselan rotan dengan kayu meranti memberi pengalaman yang tidak dapat dilupai biarpun suatu masa dulu  saya juga berlajar kaedah yang sama dalam kursus “ Iktiar Hidup” . 


" Penerangan diosampaikan oleh pemandu pelancong di perkampungan orang asli "

" Demontrasi menyala api "

Membuat  peluru  sumpit menunjukan betapa mereka mempunyai kemahiran yang tinggi. Namun  kadang kala terasa  dan terdetik juga rasa kesian  kerana seolah olah mereka ini dijadikan bahan pameran .

Anak anak mereka  yang masih kecil sudah diajar cara hidup begitu. Terima kasih kepada “Sena” yang menunjuk ajar cara membuat peluru sumpit. 

Apapun terima kasih kepada penganjur yang menganjur program ini yang memberi pengalaman yang tidak mungkin dilupa sampai bila bila . Syabas.

Captmus: 17/11/11  @ 2239 hrs