Jumlah Pelawat Captain Mus

Popular Posts

Thursday, 28 July 2011

29 Tahun Dalam Kenangan..........

Sekadar  mengingati memori lama. 29 ke 30 tahun yang lalu  apabila aku mengenali dia. Namun  kini khabarnya dia bertarung dengan  sakit jantung dan lumpuh minima. Aku mendoakan moga kau   sihat dan sembuh sepenuhnya. Jangan  tinggalkan solat , banyak kan membaca alquran dan penuhi setiap masa dengan zikir . Dalam keadaan sebegini  kita  kena sedekat dekatnya dengan Allah. Kekecewaan untuk hidup bersama bukan pemusnah segalanya. Berikan perhatian mu kepada anak anak tersayang dan suami tercinta. Yang penting kesihatan perlu dijaga . Makan  perlu diawasi dan terapi hendaklah dibuat tanpa henti.Jangan lalai mengerjakan amal ibadat.
Ingatlah bahawa jika kita terus berusaha peluang untuk lebih sihat akan  menggunung tapi  jika kita tidak berusaha semangat  akan hilang dan kesihatan akan menjadi lebih daif. Jangan lupa nasihat doktor . Jangan tertinggal makan ubat walau pun sekali. Maknanya makan ikut jadual. Ubat tradisional usah dicuba tanpa nasihat pakar. 
Selera makan perlu dikawal dan senaman perlu diteruskan. Jangan berkurung  saja didalam rumah kerana ia lebih memudharabkan. Minta suami tersayang membawa  ke tempat tempat yang boleh menyegarkan minda dan minta anak anak  selalu menghiburkan hati mu. Jangan fikir perkara yang  boleh menambahkan lagi keparahan kepada kesihatan mu tetapi fikir positif   dalam semua perkara.
Jika kau  membaca blog ini lagi , ketahui lah bahawa kita masih berkawan  seperti dulunya  dan sentiasa memberi semangat antara satu sama lain. Masa telah berlalu terlalu lama . 30 tahun  sudah. Ingatlah bahawa semua ketentuan  dari Allah. Jodoh pertemuan , ajal maut  adalah ketentuannya. Kita hanya mampu berdoa. Dan  aku terus mendoakan semoga  kau sihat dan cepat sembuh seperti sedia kala.

Captmus 28jul 11 @ 2323 hrs

No comments:

Post a Comment