Mengimbas kembali kenangan lalu sebagai satu sejarah hidup kemudian diabadikan kepada isteri , anak anak dan kawan kawan yang sudi membacanya. Terima kasih atas sokongan .....Berjuang dalam Rejimen Renjer dalam pelbagai operasi Tahun 80 an dahulu masih menjadi kenangan. Ketika itu Parti Komunis Malaya ( PKM ) masih aktif. Operasi selama 2 bulan adalah perkara biasa.
Pengalaman yang amat tidak dapat dilupakan didalam OPS Gubir . Tika itu aku sebagai Ketua Platun bersama dengan anggota kehabisan makanan . Mana tidaknya makanan yang dikhaskan untuk 14 hari terpaksa dicatukan untuk tempoh 35 hari. Apa yang terjadi ?. Masuk hari ke 25 semua lubang sisa makanan terpaksa digali untuk mencari makanan. Semua ini berlaku akibat helekopter yang menghantar makanan tidak dapat mendarat atas pelbagai alasan. Tidak selamat kerana ada gangguan komunis dan cuaca buruk.
Sebagai Pegawai Tentera yang terlatih aku telah diajar cara hidup dihutan " Iktiar Hidup " . Melalui pengalaman itu pucuk kayu , buah buahan dan bianatang menjadi sumber makanan. Mujurlah aku bersama dengan anggota kebanyakannya dari keturunan Iban Sarawak yang banyak penagalaman dihutan. Ular sawa dan monyet menjadi santapan mereka tapi aku masih berlum bersedia ketika itu. Hanya umbuk menjadi pengalas perut.
Masuk hari ke 36 bekalan makanan berjaya dihantar dan aku bersyukur kerana aku masih mampu bertahan ketika itu. Atas moto " AGI IDUP AGI NGELABAN" atau " SELAGI HIDUP SELAGI BERJUANG" semangat kental membuat aku dan kawan kawan lain berjaya menghadapi ujian gentir itu.

Captmus:12 Julai 2011 @ 2139 hrs
No comments:
Post a Comment