AK 6431 0800hrs dari KB ke LCCT bersama 11 yang lain. Tiba di LCCT pada 24 Jun 2013 - 0900 hrs 3 jam memenghabisksn masa sambil pekena nasi padang bersama nescafe tarik RM 9.50 tak la mahal sangat.
Lapangan terbang LCCT Sepang..
Dari kiri : Dr Suratan , Tn Hj Rahim , Kapt ( B ) MUstafa dan Tn Hj Nazri Chik
1100 hrs boarding berlepas ke Kota Kinabalu dengan penerbangan AK 5102 . Berlepas 1200 hrs tiba di Terminal 2 Lapangan Terbang Kota Kinabalu 1430 hrs setelah 2 jam 30 minit dengan ketinggian penerbangan antara 30000 kaki hingga 37000 kaki dalam cuaca baik.
Setibanya di LTAKK , Kota Kibabalu Sabah lebih kurang 1500 hrs
Setiba di Lapangan Terbang Kota Kinabalu dijemput dengan 2 buah kenderaan Jabatan Perkhidmatan Haiwan Dan Perusahaan Ternak Sabah (JPHPT). Dalam perjalanan ke hotel singgah makan di Restoran Sri Sembilan Kota Kinabalu. Menikmati nasi goreng .Meneruskan perjalanan ke tempat penginapan di Hotel Prominade Kota Kinabalu. Boleh tahan hotelnya...
Hotel Promenade Kota Kinabalu
Bersiap untuk lawatan : Tn Hj Nazri , Kapt ( B ) Mustafa , Pok Yie , Cik Zairani , Dr Nornatasha
Untuk kenangan
25 Jun 2013 lawatan ke Taman Ternakan Sembrang , Keningau Sabah dan berhenti solat di Masjid IPGA Keningau
Pintu masuk Taman Ternakan Semberang Keningau
Bergaya bersama Tn Hj Nazri Chik di kuda batu TTS Keningau
Perah Zairani jangan tak perah .. tapi hanya Lembu Batu .Tersenyum kawan kita nampak Zairani memerah susu lembu
Bersama Dato Yap seorang usahawan ternak yang berjaya di Sabah. Terima kasih kepada Dato yang menyediakan makan sepanjang di Keningau. Terima kasih juga atas jamuan makan maklam di rumah Dato. Terima kasih daun keladi kalau pergi jempulah lagi..
Lembu susu yang berjaya diternak dengan baik , gemuk dan cukup membanggakan. Kenapa orang lain tidak boleh lakukan termasuk jabatan jabatan yang terlibat ...
Minum susu segar di Pejabat Dato Yap
26 Jun 13 melawat ke Rumah Terbalik... Tiketnya RM 10.00 tapi hendak ambil gambar galam rumah tidak dibenarkan. Bukan ada apa pun semua benda diterbalikkan tak ada lah istimewa sangat. Rumah terbalik tidak mengapa asalkan jangan otak dan kepada terbalik...
Hai rumah pun diterbalikkan .. silap silap runtuh rasanya bukan kuat mana pun.. Senang cari duit kan
Di atas banjaran Croker , Tempat tertinggi dalam perjalanan dari Kota Belut ke Kaki Gunung Kinabalu ..
Lawatan dan Kunjung Hormat ke Pejabat Veterinar Kundasang
Lawatan ke Ladang Desa Ternak Kundasang . Cantik tempatnya . Satu Projek Agro yang berjaya. Ramai pelawat tempatan kesana
Dihadapan Desa Cattle Livestock Bhd Keningau Sabah.
Melawat tempat jualan sayur segar di tepi jalan Kundasang bersama Nik Zakaria dan Pok Yie
Indah sungguh ciptaan Allah. Nun jauh disana tersergam indah Gunung Kinabalu. Gunung Tertinggi di Asia Tenggara . Telah 4 kali aku kerabat puncak tertinggi ini. Alhamdullilah ... Insyaalah Mac 2014 aku akan kerabat untuk kali kelima.
Peta laluan dari Tempohon Gate ( Tempat Mula ) ke Puncak Kinabalu lebih kurang 8 km... Satu cabaran
Berehat ... konon konon yang dua tu nak panjang tapi sampai 0.5 km pun dah tak larat.. Bersama Pok Yie dan Dr Nornatasha
Jambatan Tamparuli...
Kenangan semasa aku menjalani Kurus Tempur Pegawai Muda di Kem Paradise Kota Belut. Sampaiu di sini jurulati mengatakan bahawa jambatan di bom oleh pasukan musuh. Kenderaan tidak boleh lalu, Semua bakal siuswa terpaksa berjalan kaki hari pertama sampai ke Kota Belut untuk jarak sejauh 37 km melalu jalan bukit. Aduih penahnya tapi itu satu kenangan yang amat manis dan membanggakan aku. Membentuk semangat kental dan semangat jatidiri.
Lirik Lagu Jambatan Tamparuli
Jambatan doh Tamparuli
Bakasut tinggi oku
Sumunsui doh jambatan
Jambatan doh Tamparuli
Pak pak kang ku doh
Bakasut tinggi oku
Silaka nodi kasutku
Naratu lo jambatan
Tinggal poh doh sutakin
Nowid ku di numuli
Ontok di hari 3
Tamu lo Tamparuli
Mingusuk poh hilo kadai
Mogihum doh kasut tinggi
Sebelum berlepas balik sempat melawat Rumah Sembelih di Kinarut. Bersama En Bakar ( kiri sekali ) dan rombongan dari DVS Johor.
Selamat tinggal Kota Kinabalu. Suatu kenangan indah yang tidak dapat dilupakan. Kepada penganjur di bawah Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan diucapkan jutaan terima kasih.